Jika makan di kedai mamak dan sukakan masakan India seperti Tosei, pastinya pernah makan kuah Chutney ini. Ia seperti sambal kelapa pekat dan memang sedap dimakan dengan tosei. Cara nak buat pun mudah rupanya, 10 minit dah boleh siap. Bila buat sendiri lebih puas hati makan dan diyakini tahap kebersihannya.
Nak belajar buat Chutney sendiri, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Selvakumar Arunasalam ini.
Resepi Chutney, ramai duk minta benda nie, baru ada masa nak buat. Sebenarnya, chutney nie sangat senang, kalau barang dah siap potong, 10minit siap.
Bahan-Bahan:
Bawang merah
Tomato
Daun Kari
Cili kering
Bawang putih
kelapa parut
Cara Membuat:
1. Tumis bawang merah, tomato, daun kari, cili kering, bawang putih.
2. Masukkan kelapa parut,tumis dan masukkan sedikit serbuk cili (takde dalam gambar), campurkan sedikit air (kalau dia start hangus), garam cukup rasa.
*Tumis satu-satu, saya tak sangai apa-apa terlebih dahulu. Minyak pakai macam biasa cukup-cukup untuk bawang je, ngam lah tu.
3.Masukkan hasil tumis dengar air yang mencukupi dalam blender, kisar sampai dia jadik macam kat gambar bawah. Kalau nak versi putih, jangan masukkan serbuk cili, itu je.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Rupanya rahsia Ikan Masak Cuka sedap, kena letak bawang merah dan bawang putih yang kecil-kecil. Masakan simple ini secukup rasa dan sangat sedap dinikmati dengan nasi yang panas-panas. Buat mak-mak yang suka masakan ringkas untuk keluarga boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Norizah Saad ini. Ia merupakan resipi tinggalan dan masakan kesukaan arwah ibunya.
“Arwah mak pesan kalau buat masak cuka ikan kena boh bawang merah dan bawah Putih yang kecik-kecik..Siap sudah masakan kesukaan arwah mak. Alfatihah untuk mak semoga tenang di Sana.”
“Setengah orang panggil masak cuka ada yang panggil jeruk ikan apa pun selera dimakan dengan nasi panas-panas . Masakan ni kan masak hari ni esok makan lagi sedap.Nak buat ke..senang ja.”
Bahan-Bahan:
2-3 ketul isi ikan ketul (sedap kalau ikan tenggiri atau ikan merah).
10 ulas bawang kecik (pilih ulas yang halus-halus tau)
5 ulas bawang putih
6 biji Cili padi
1 camca biji sawi (mesti ada yang tak kenai)
sikit halia
2 camca Cuka makan
Garam & gula secukup rasa
Sikit minyak untuk menumih.
Cara Membuat:
1.Ikan digaul sikit kunyit dan garam pastu goreng.Jangan garing sangat tau.
2.Ambik periuk buh sikit minyak bila panas tumis biji sawi.
3.Masuk bawang kecil dan bawang putih
4.Masukkan 1/2 cawan air.
5.Masukkan cuka, sedikit garam dan gula secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan cili padi.
7. Biaq sekejap dan angkat..dah boleh dihidang.
Siap! Selamat Mencuba!
MW: Menarik resipi simple ikan masak cuka yang dikongsikan ini. Nak buat pun mudah je. Mak-mak yang tak de idea nak masak apa nanti boleh cuba resipi yang wanita ini kongsikan.
Mak-mak yang dekat rumah tu selalu susah hati bila bahan masak macam serai, lengkuas, halia yang nak diguna tiba-tiba dah kecut.
Ini semua sebab rajin sangat masuk dapur atau sibuk sangat bekerja tapi hujung minggu tetap nak kena masakkan anak-anak dan suami.
Cuba kaedah ini. Sebab wartawan Mingguan Wanita, Netty Ah Hiyer dah cuba teknik ini dekat dua minggu. Barulah boleh rekomen dekat mak-mak yang tengah susah hati tu.
UPDATE: Lengkuas yang disimpan dengan cara ini dalam peti ais, boleh tahan berbulan-bulan
Bahan Diperlukan
Lengkuas yang mak-mak nak simpan
Botol kaca atau plastik
Air
Caranya
1. Buang bahagian gelap lengkuas.
2. Masukkan dalam botol kaca atau plastik.
3. Masukkan air sampai tenggelam lengkuas tu.
4. Simpan dalam peti ais. Boleh tahan berbulan-bulan. Tapi janganlah sampai tahun ya. Teruk beno tahap kerajinan memasak mak-mak ni.
5. Kalau letak di luar dinasihatkan tukar airnya selang 3 hari. Kalau simpan dalam peti ais, selepas seminggu atau bila nak guna, tukarlah airnya. Sebab bila dibiarkan lama airnya akan keruh dan lengkuas jadi kurang sedar.
Rata-rata semua orang suka makan bendi, malah ia menjadi sayuran yang wajib ada untuk masakan kari. Walau bagaimanapun ada juga yang suka goreng bendi untuk gandingkan dengan hidangan lain.
Namun, yang selalu menjadi masalah bila goreng bendi, mesti akan jadi ‘berlendir’. Terus putus selera nak makan bila jadi macam ini.
Ada pelbagai tip dan petua yang diberikan untuk berlendir bila goreng bendi. Mungkin ada yang menjadi dan ada juga yang tetap sama kejadiannya.
Perkongsian daripada Mohd Romzie ini boleh mak-mak jadikan rujukan terutamanya masak goreng bendi. Walaupun nampak simple tapi rasanya mahuy bertambah nasi nanti.
Paling penting Mohd Romzie siap bagi tip untuk pastikan bendi tidak berlendir dan nampak segar walaupun digoreng.
Kali ini, abang kongsikan resipi buat ‘Bendi Goreng Bilis’ yang nampak segar dan tak berlendir.
Ada tipnya bagaimana nak kurangkan lendir bendi bila buat masakan bendi jenis bergoreng macam ni.
Resipi ‘Bendi Goreng Bilis’
Bahan-bahannya:
Bendi
1 keping tauhu putih
Ikan bilis (segenggam)
6 ulas bawang putih
1 biji cili merah
Garam
Cara Membuat:
1. Ini bahan-bahan yang abang telah sediakan.
Segengamikan bilis di cuci bersih.
Tauhu potong dadu.
Bawang putih potong kasar atau diketuk
Cili merah potong serong nipis.
2. 6 TIP Untuk GORENG BENDI Supaya TAK BERLENDIR Semasa Digoreng
a) Basuh bendi dahulu sebelum potong. Untuk kekalkan kesegaran bendi masukkan 1 sudu garam dan rendam sekejap.
b) Toskan dan biarkan kering. Kalau nak cepat, boleh saja keringkan dengan tisu dapur. Jangan di potong lagi bendi tu.
c) Jangan goreng dengan bawang besar untuk elakkan berlendir.
d) Masa nak masukkan bendi dalam kuali baru dipotong. Kalau potong awal buatkan bendi itu berlendir lebih.
e) Masa masukkan bendi dalam kuali, baru dibesarkan api, jadi goreng dalam keadaan api sedikit besar.
f) Jangan dimasukkan sedikit pun air dalam bendi yang di goreng itu sebab bendi tu sendiri akan berlendir. Kalau di tambah air menyebabkan lendir tu makin banyak.
3. Jom kita mulakan memasak. Panas minyak dalam kuali.
4. Masukkan bilis dan goreng sehingga keperangan.
5. Bila ikan bilis dah keperangan masukkan tauhu basah yang dipotong dadu.
6. Apabila tauhu sudah keperangan baru masukkan bawang putih. Tumis sampai bahan-bahan ini garing sedikit. Masa ini masukkan sedikit garam atau perasa. Garam jangan lebih kerana bilis itu dah masin.
7. Masukkan bendi yang dah di potong dan cili merah, baru di besarkan api. Gaul bendi hingga sebati dengan bahan tadi. Terlupa pula abang nak ambil gambar masa masukkan cili merah.
Zahnita nekad bercerai, suami tiada usaha memujuk. Seperti yang diketahui umum pergolakan rumah tangga di antara bekas supermodel dan pelakon Zahnita dan suaminya, Abdul...