Bagi memudahkan kerja memasak, mak-mak gemar sediakan pes siap-siap di hujung minggu agar proses memasak menjadi lebih cepat terutamanya pada hari-hari bekerja. Pes cili kisar antara pes yang wajib mak-mak buat dan simpan di dalam sejuk.
Namun begitu sesetengah mak-mak berdepan masalah apabila pes cili kisar yang disimpan menjadi berbau dan cepat berkulat. Ikuti perkongsian Nad Adleesya ini supaya masalah mak-mak dapat diatasi segera:
PETUA CILI KISAR TAHAN LAMA DAN TIDAK BERKULAT
Kak Nad memang akan buat pes cili kering untuk memudahkan kerja memasak. Jadi sekali buat memang sekali banyak.
Jadi untuk dapatkan pes cili kering tahan lama. Ini saja yang selalu Kak Nad akan buat.
Bahan-bahannya:
Cili kering 2 labu bawang putih
Cara-caranya.
1. Guntingkan dahulu cili kering untuk lebih senang membuang biji-bijinya.
2. Basuhan pertama, cuci dengan air biasa.
.
3. Kemudian, baru rendamkan dengan air suam yang telah ditapis. Jangan sesekali gunakan air paip. Biarkan sekejap.
4. Setelah cili kering kembang, baru masakkan cili kering bersama bawang putih. Boleh tengok cara-caranya di dalam gambar. Masak dengan air yang sudah di tapis juga sampai mendidih. Tutup api.
Ads
.
5. Biar sejuk sedikit, kemudian tapis dan kisar macam halus. Kalau agak kering, tambahkan sedikit air anggaran 1/4 cawan. Kisar sedikit demi sedikit sehingga cili kering habis.
6. Masukkan dalam bekas kedap udara dan setelah sejuk baru simpan di dalam peti ais.
MW: Selepas ini, mak-mak tak perlu risau dan bimbang pes cili kisar berbau atau berkulat. Cara ini akan membuatkan pes mak-mak lebih tahan lama. Lebih mudah jika mak-mak dapatkan pengisar yang lebih bagus di sini.
Chandelier atau lampu gantung memang cantik dijadikan penyeri hiasan rumah. Nak
dekorasi rumah pula tak semestinya kena beli barang-barang yang mahal. Jika kreatif
dan rajin dengan kos bajet, guna sudu plastik dan botol minyak masak terpakai pun
boleh hasilkan lampu gantung yang cantik.
Ini yang dikongsikan sendiri oleh Puan Sufi-ya Diana Azman, DIY lampu gantung di rumahnya.
“Chandelier kos murah. Suami DIY lampu nenas atau lampu gantung buat dengan sudu plastik. Saya pandai tambah diamond je bagi nampak elegant. Boleh la ye. Rasa puas hati simple dan still comel.
Saya pakai jarang-jarang saja. Mahu cantik kejap. Lampu harian guna kalimantang. Lampu ni Insya Allah tak lembik. Lagipun guna mentol yang ada filamen, pakai mentol led tak panas.
Bahan-Bahan Diperlukan;
2/3 paket Sudu plastik
Botol minyak 5kg (cari yang bulat eg. minyak cap buruh)
Glue gun
Diamond kedai eco
1 Spray can warna gold
Suis lampu eco
Mentol
Cara Membuat:
1.Gunting sudu.
2.Lekatkan guna glue gun.
3.Yang ni lampu tanpa spray.
4.Guna suis kedai eco.
Kalau nak bagi nampak gantung-gantung kristal boleh tebuk sudu paling bawah dan sangkut juntaian kristal. Shopee ada jual.
Kos agak-agak RM 25+-
Cuba dulu..ringkas saja. Wiring yang mencabar sikit. Lain-lain senang je.
MW: Tahniah, rajin dan kreatif sungguh DIY lampu gantung guna sudu plastik dan botol minyak masak ni. Boleh dijadikan inspirasi, kalau nak dekorasi di rumah. Paling penting puas hati dan jimat bajet bila buat sendiri.
Mi basah yang terdiri daripada mi kuning atau kue tiau antara bahan makanan yang mak-mak mesti ada untuk masak pada hari-hari tertentu. Semntelah kalau tetamu datang, inilah bahan makanan yang senang dan cepat untuk masak.
Namun, ada masanya mak-mak beli tapi akan tersimpan sampai dua tiga hari baru nak masak. Nak bagi tahan lama, mak-mak terus saja masukkan dalam peti ais. Tiba nak masak,jadi keras dan mi pun patah-patah.
Rupanya, ada cara dan petua nak bagi mi basah yang terdiri daripada mi kuning dan kue tiau ini tahan lama sampai 2-3 minggu. Boleh cuba cara ini.
Hari tu ada yang tanya macam mana nak simpan mi basah ni supaya tahan lama
Selalunya setiap bulan akan masak laksa. Jadi, cara ini nak pastikan laksa basah yang dibeli tahan lama dan tak berbau hapak dan sebagainya.
Cara ni sesuai utk semua jenis mi basah (mee kuning, kue tiau dan mi laksa). Mi basah macam ni kalau letak kat luar peti ais boleh tahan 3 hari. Letak je kat tempat redup (no direct sunlight) kat dapur.
Tapi kalau nak tahan 2-3 minggu, jangan masukkan terus dengan plastik sebungkus-sebungkus tu terus dalam peti ais. Nanti ia mem ‘beku’ dan melekat-lekat mi nya.
Bila nak makan kena rebus balik, lepas tu sebab ia keras kejung mulalah dia patah-patah dan tak cantik mi nya. Lepas tu lama pulak nak tunggu mi tu terurai satu-satukan. Rasa-rasanya mak-mak pun pernah alaminya.
Jadi cara yang sebetulnya (ni tanya penjual laksa dan mee kari), lepas beli keluarkan dari bungkusan dan terus masuk dalam bekas berpenutup, letak minyak sikit dan urai-uraikan mi tu.
Pastikan ia tak seketul membongkah. Jangan kena air. Pastikan bekas nak di isi tu pun kering. Tutup bekas dan masuk dalam peti ais bahagian chiller. Tiga minggu pun boleh tahan. Nanti masa nak makan rebus air sekejap , air dah mengelegak masukkan mi dan nanti mi cantik tak patah-patah.
Semoga bermanfaat.
Mingguan Wanita : Baru tahu cara betul nak simpan mi basah ye. Kalau nak letak dalam peti ais pun dah tak risau, dah tahu cara yang betul.
Satu masalah yang susah mak-mak nak selesaikan pasal baju yang dah siap iron adalah nak pastikan baju-baju tu kekal licin.
Baju anak-anak sekolah yang dah siap digosok misalnya, nak bawa ke taska atau rumah pengasuh. Macam mana nak maintain tak berkedut.
Tip hanger baju anti kedut yang dikongsikan Wani Rashid ini cukup menarik untuk dicuba. Bukan dekat baju sekolah anak semata, baju kerja suami, baju kerja sendiri pun boleh praktik cara ini.
“Sebenarnya tips ni Wani amalkan dari zaman tudung senget rambut belah tepi masa Wani duduk asrama dulu. Wani pun tak tau mana datangnya tips ni.
“Tapi bila Wani dah kawen, tips ni dah berjaya buatkan keje Wani jadi lagi mudah!”
Tip Hanger Baju Anti Kedut
Step dia ni budak 4 tahun pun boleh buat sebenarnya. Kalau orang dewasa lagi la kacang.
Step dia cenggini tau mak mak,
1. Lepas gosok sehelai baju, ambil satu hanger besar dan terbalik kan dia menghadap ke bawah, pastu masukkan dalam baju tu. Alaaa.. hanger macam kita hanger baju biasa. Bezanya cuma terbalikkan jek.
2. Ambil satu hanger kecil, mak-mak selitkan pada hanger besar. Tengok video yang Wani dah rekod tu.
3. Then, bagi la abam pakai. Takkan dah penat gosok lepas tu nak simpan dalam gobok.
Bila dah hanger ikut tips ni, tak adalah mak-mak berpeluh-peluh nak kene gosok balik baju tu.
Sumber/Foto : Wani Rashid,selain share resepi, Wani pun suka share tips mudahkan kerja seharian.
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan kebenaran daripada penulis asal. Sebarang copy paste tanpa memberikan kredit link kepada Mingguan Wanita akan dilaporkan pada copyright.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Zizi Kirana Tak Tersinggung. Penyanyi kecil molek yang juga aktivis kemanusiaan Zizi Kirana akui dirinya tidak berasa tersinggung apabila ada yang mengkritik penyertaannya dalam...