Kalau bab-bab melipat baju memang ‘bercinta’ betul nak buat. Kadang-kadang sampai bertimbun barulah nak lipat dan susun baju. Lebih-lebih lagi, kalau anak ramai. Jawabnya, simpan dalam bilik stor dulu, ada mood baru lipat kan.

Sesetengah mak-mak ada yang ambil jalan mudah dengan menyangkut baju sahaja. Tapi kalau baju dah banyak berapa pula penyangkut baju yang nak digunakan. Jenuh la pulak. Itu kalau anak seorang, kalau anak ramai macam mana pula.

Kali ini, kita berkongsi cara yang dilakukan oleh Muhaszlina Sanip, ibu kepada lima orang anak tentang bagaimana dia uruskan pakaian keluarga dengan cara lipat dan susun yang sangat praktikal.

“Ramai yang pening kepala nak susun almari baju kan? Lebih²-lebih lagi yang ada anak kecil. Kalau yang berkemampuan nak sediakan almari besar, tak mengapa, tiada masalah. Boleh terus gantung dalam almari. Tapi bagi orang yang almarinya kecil memang memeningkan kepala.

“Cara yang saya lipat dan susun ini menggunakan teknik Marie Kondo (Konmari Method). Boleh Google dan tgk kat YouTube. Cara ini paling praktikal untuk uruskan pakaian keluarga saya. Anak-anak dan suami tak ada lagi bising bertanyakan tentang itu dan cari tak jumpa.

“Rasa tenang dan aman tengok kain baju teratur. Ini juga terapi mata bila tengok almari tersusun cantik.

Kongsi Cara Lipat, Susun Baju Teknik Marie Kondo. Paling Praktikal Urus Pakaian KeluargaSeluar jeans suami. Cara lipat pun ada kat Google atau YouTube.

IKLAN

Kongsi Cara Lipat, Susun Baju Teknik Marie Kondo. Paling Praktikal Urus Pakaian KeluargaSeluar slack, khakis, tracksuit & seluar pendek suami susun kat bahagian atas sbb ni adalah antara seluar yg dia selalu pakai.

Kongsi Cara Lipat, Susun Baju Teknik Marie Kondo. Paling Praktikal Urus Pakaian Keluarga
Kongsi Cara Lipat, Susun Baju Teknik Marie Kondo. Paling Praktikal Urus Pakaian Keluarga
Kongsi Cara Lipat, Susun Baju Teknik Marie Kondo. Paling Praktikal Urus Pakaian Keluarga
Kongsi Cara Lipat, Susun Baju Teknik Marie Kondo. Paling Praktikal Urus Pakaian KeluargaDrawer suami. Ada semua pakaian dalam suami. Semua brg kecik² tu letak kat sini.

Kongsi Cara Lipat, Susun Baju Teknik Marie Kondo. Paling Praktikal Urus Pakaian Keluarga
Kongsi Cara Lipat, Susun Baju Teknik Marie Kondo. Paling Praktikal Urus Pakaian Keluarga
Kongsi Cara Lipat, Susun Baju Teknik Marie Kondo. Paling Praktikal Urus Pakaian Keluarga

Tip Dari Puan Muhaszlina Sanip

1. Setiap hari saya akan pastikan kemas baju. Sebab kalau tidak kemas dalam sehari, kain akan bertimbun dan ‘meletup’ macam gunung berapi. Jadi, setiap kali lipat kain, masukkan dalam almari anak-anak itu saya akan kemas semula. Anak-anak turut kemas seperti saya buat tapi bila mereka cuba kemas, tidaklah sekemas macam mamanya buat.

IKLAN

2. Ini adalah kaedah paling sistematik untuk keluarga saya. Kalau nak kemas, saya yang akan buat, tak boleh tangan orang lain sebab ‘air tangan’ itu tak sama.

3. Cara paling mudah untuk kita amalkan adalah KENA RAJIN. Rajin ini dari diri kita sendiri dan buat dengan sepenuh hati dengan apa yang kita buat. Bila kita sudah jatuh cinta, kerja rumah yang kita buat tidak terasa macam bekerja dan rajin ini tiada siapa yang boleh paksa.

4. Saya ambil gambar almari baju yang kemas dan cantik untuk memberi motivasi pada diri sendiri. Kadang-kadang mood malas datang, tengokah gambar baju yang dilipat. Insya Allah, rajin datang semula.

IKLAN

Kongsi Cara Lipat, Susun Baju Teknik Marie Kondo. Paling Praktikal Urus Pakaian KeluargaNi cara sy lipat baju.

Kongsi Cara Lipat, Susun Baju Teknik Marie Kondo. Paling Praktikal Urus Pakaian KeluargaMasukkan skali dgn seluar supaya tak hilang.

Kongsi Cara Lipat, Susun Baju Teknik Marie Kondo. Paling Praktikal Urus Pakaian Keluarga
Kongsi Cara Lipat, Susun Baju Teknik Marie Kondo. Paling Praktikal Urus Pakaian Keluarga
Kongsi Cara Lipat, Susun Baju Teknik Marie Kondo. Paling Praktikal Urus Pakaian Keluarga
Kongsi Cara Lipat, Susun Baju Teknik Marie Kondo. Paling Praktikal Urus Pakaian Keluargadah jadi.

Kongsi Cara Lipat, Susun Baju Teknik Marie Kondo. Paling Praktikal Urus Pakaian Keluarga

MW: Kagum bila tengok pakaian tersusun cantik. Rasa nak usik pun sayang kan. Nanti bolehlah praktikkan cara ini.

Sumber: Muhaszlina Sanip

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI