Selalunya bila nak tanak pulut pasti gunakan periuk pengukus. Namun sebenarnya ada cara lebih mudah dan senang nak tanak pulut ni dengan menggunakan periuk nasi je. Mak-mak yang nak cuba cara ni boleh ikut tip yang dikongsikan oleh PuanSiti Asrien Mohd Hassan ini sebagai rujukan.
“Panjangkan pahala seorang kawan.Tips/cara dari seorang kawan untuk tanak pulut dengan rice cooker.”
Caranya:
1. Basuh beras bersama sedikit garam untuk dapat efek berkilat.
2. Basuh 3/4 kali basuhan.
3. Sukatan air untuk tanak pulut tu guna ruas jari telunjuk macam dalam gambar ni. Tak kisah beras banyak mana, air sukat sebanyak separuh ruas pertama jari telunjuk.(jari diatas beras).
4. Lapik tutup periuk menggunakan kain/tuala kecil dengan kedap. Tak boleh longgar supaya wap panas tak keluar.
5. Tekan COOK dan tunggu sehingga masak dan bertukar ke WARM.
6. Jangan bukak tudung periuk langsung sehingga masak. InsyaAllah pulut cantik.
7. Selepas WARM pun jangan terus bukak biar 5-10 min baru bukak penutup, bagi pulut masak dengan wap panas.
Ads
Dah setahun lebih guna tips/cara ni tanak pulut. Buat tapai pun senang, tak payah kukus.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak tanak pulut, tapi takde periuk pengukus boleh cuba tip dan cara yang dikongsikan ni. Lebih mudah!
Manfaat Simpan Air Dalam LABU SAYONG, Boleh Sejukkan Ruang Dalam Rumah! Cuaca panas melampau ketika ini membuatkan kita tak selesa, selalu berpeluh tak kiralah pada waktu siang mahupun malam. Pelbagai cara dilakukan bagi mengurangkan kepanasan.
Rupanya dengan menyimpan air di dalam labu sayong dan diletakkan di sudut dalam rumah mampu menyejukkan ruang.
Baca perkongsian pengalaman dari Puan Aqilah Norini.
Sebelum ni saya menyimpan air di dalam labu sayong. Tapi, sekian lama air dia kering macam tu sahaja. Tapi saya perasan masa tu, ruang rumah jadi sejuk sedikit. Saya mencari perkaitannya.
Rupanya, ada satu kajian telah dibuat oleh UPM tentang labu sayong dan kaitannya dengan penyejukan. Saya rasa macam ada menyumbang kepada suhu bilik juga.
Saya letak satu labu sayong dalam bilik, dipenuhi air untuk menyejukkan ruang kamar tidur.
Nampaknya kena beli lagi labu sayong untuk diletakkan di ruang lain. Betapa khazanah warisan sebegini, sangat ‘di luar kotak’ manfaatnya.
Mingguan Wanita: Cuaca panas melampau ketika ini, boleh cuba simpan air di dalam labu sayong dan letakkan di dalam rumah untuk membantu penyejukan ruang.
Perekabentuk Hiasan Dalaman ini, Khairunnisa Hamzah berkongsi idea dekorasi ruang dobi yang menawan. Biarpun, ianya cuma tempat untuk mak-mak basuh kain baju, dengan menghias ruangan itu, dapat memberi nilai tambah padanya.
Rupanya dengan menghias waima bilik membasuh sekali pun, dapat mengundang aura positif dalam kediaman mak ayah. Hadamkan perkongsiannya.
Dekor Tempat Basuh Jadi Ruang Dobi Yang LOVELY
Berapa ramai rumah dia ada mesin basuh baju?
Berapa ramai yang sambung dapur sampai habis tanah belakang?
Tapi, berapa ramai yang DEKOR tempat basuh baju dia sampai jadi ruang dobi yang sangat lovely?
Secara emosinya, kita boleh jadi sangat penat menguruskan pakaian bila tempat pengurusan itu tidak ada langsung perhatian diberikan.
Nampak tak kenapa Mommy ini sibuk mengajak pemilik kediaman untuk bangun berjaga dari terus sama begitu selamanya?
DEKOR itu memberikan rasa yang sangat positif pada sesuatu ruang.
Malah ia akan membuatkan pengguna ruang itu SUKA BERLAMA di situ.
Dekor itu pembaziran atau pelaburan jika ia mendatangkan aura positif dalam kediaman?
Dekor itu kehendak atau keperluan jika tanpa ia seseorang rasa terseksa untuk berada di dalamnya?
Ruang berDEKOR menjemput aura.
Ruang berDEKOR merajinkan anggota badan.
Ruang berDEKOR membenihkan kasih sayang dan tujuan kehidupan.
Dekorasi, Hidupkan Aura Positif Dan Berkasih Sayang
Orang di negara maju, misalnya di Eropah, mereka maju atas kesedaran kepentingan dekorasi kerana penting bagi mereka untuk hidup positif, beraura dan berkasih sayang yang bermula dari rumah.
Mereka menyediakan dekorasi dalam kediaman sendiri di setiap penjuru.
Ingat lagi kisah viral dari post Mommy tentang makeover rumah yang si suami minta kami buatkan untuk suprise isteri pulang ke kampung berpantang selama 3 bulan?
Salah satu yang membuatkan isterinya terharu ialah makeover yang dibuat pada ruang membasuhnya.
Katanya, “Macam mana akak buat ni? Tak sangka jadi macam ini“
Mungkin masih ramai lagi yang tak terbayang ruang membasuhnya boleh di DEKOR dengan baik berbanding meletakkan mesin basuh itu di belakang dengan sendirinya saja tanpa dekorasi berfungsi.
Ruang apabila tidak di DEKOR, maka tidak akan kita terfikir untuk menambah nilai padanya.
Malah mungkin setiap penghuni tidak akan berasa penting padanya. Sebab itu ruang tanpa dekor sering menjadi stor dan tempat tikus dan kucing beranak saja.
Banyak lagi kita boleh buat pada ruang tersebut.
Silap silap ada yang buat lounge atau workstation di sebelah mesin basuh selepas lihat idea-idea yang Mommy sertakan sekali melalui carian pinterest yang diselitkan dalam gambar-gambar di bawah ini.
Dekorlah!
Fahami tujuan dan kepentingan dekorasi dalam kediaman itu sendiri.
Kerana dekorasi itu adalah menghiasi peribadi dan kehidupan kita sekeluarga sendiri.
Idea Ruang Dobi Untuk Mak-mak Pilih
Rancang Rekabentuk Makeover Ruang Dobi Lovely Di Rumah Sendiri
Rancang semula di mana lokasi mesin basuh dan ruang mendobi kita. Untuk dapatkan rekabentuk 3d ruang, boleh ke http://rekabentuk3donline.blogspot.my/by http://rekabentuk3donline.blogspot.my/
Mudahnya tanam taugeh kalau mak-mak tahu caranya. Nampak cara nak tanam pun hanya guna bekas dan siram saja. Tak perlu tanah pun.
Begitulah mudahnya tanam taugeh. Kadang-kadang nak gunakan dalam masakan hanyalah sedikit saja. Tapi kena beli ikut sukatan dan nilai yang ditetapkan.
Jadi, cara nak senang dan mudahnya dengan tanam saja di rumah. Tak perlu ambil masa lama, cukup dengan hanya 3-4 hari saja sudah boleh gunakan untuk masak.
Inilah yang dikongsikan oleh Nora Valo tentang mudahnya tanam taugeh sendiri. Menariknya, hanya perlu siram dua kali sehari dan hasil taugehnya memang gemuk-gemuk macam beli di kedai.
“Inilah cara saya buat taugeh sendiri di rumah. Boleh ikut cara berikut:
1. Inilah taugehnya. 3-4 hari sudah boleh tuai. Kalau nak simpan lama, kena penuhkan air dan letak dalam peti ais.
2. Rendam kacang hijau selama 24 jam. Tak perlu banyak pun, hanya segenggam pun dah cukup.
3. Selepas 24 jam, kacang akan mula bercambah.
4. Buang air rendaman dan tukar kacang ke dalam balang plastik. Ikut cara masing-masing, nak letak tisu atau tak nak pun tak apa. Tutup balang dan simpan di tempat gelap. Balut dengan plastik hitam.
5. Jangan lupa siram 2 kali sehari. Caranya, letak air dalam balang dan gocang seketika. Lepas itu buang airnya.
6. Hasilnya selepas 3-4 hari. Gemuk-gemuk macam beli kat kedai.
Selamat mencuba!
Mingguan Wanita : Lepas ni boleh tanam sendiri kat rumah. Nak pakai banyak mana pun tak kisah.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...