“Rempeyek Ekspres” Guna Kulit Popia, Janji Ada Kacang & Ikan Bilis

Share

Senang je bila buat ‘Rempeyek Ekspres’ ni. Janji ada kacang dan ikan bilis, guna kulit popia pun boleh. Mudah, cepat dan senang tak perasan sekejap je habis sebalang. Bolehlah buat stok untuk makan sendiri dengan anak-anak dan keluarga nanti.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan Puan Nor Baizura ini;

“Nak makan rempeyek buatan sendiri macam ni la jadinya. Mudah je, janji ada kacang dan ikan bilis. Stok untuk makan sendiri naa.”

Bahan-Bahan:

Kulit popia potong ikut suka
Bancuhan tepung gandum cair sebagai gam
Kacang dan ikan bilis

Cara Membuat:

1. Basuh kacang dan jemur sampai kering.
2. Ikan bilis ikut la kalau jenis yang lambat garing atau liat elok goreng dulu sat sebab kulit popia cepat garing.
3. Potong kecil kulit popia dan susun atas loyang.

4. Letak gam (bancuhan tepung gandum) pada kulit popia, letak sikit-sikit ja.

5. Baru atur kacang dan ikan bilis kemudian goreng.

6. Pastikan guna api perlahan, kalau tak nanti hangit kulit popia, kacang dan bilis pula nanti tak masak.

Siap! Selamat Mencuba.

Baca Lagi Di Sini: Semperit Susu 3 Bahan Paling SENANG, Sukatan Cawan Kacau Guna Senduk!

MW: Mudah nya buat ‘rempeyek’ guna kulit popia ni. Mak-mak bolehlah cuba buat sendiri di rumah nanti.

Sumber: Nor Baizura

IKLAN