Remaja, masih single & isteri orang sama naik. Geng twitter aktif di grup dark side untuk one night stand. Kita tidak hairan kalau ia berlaku di negara Barat kerana mereka tiada pegangan agama dan anutannya berbeza.
Tapi nampaknya kehidupan bebas di Barat sangat mudah diterima oleh generasi hari ini. Bahkan dara yang sangat bernilai pada zaman dulu, hari ini sudah dianggap biasa saja bagi sesetengah orang.
Satu pendedahan dari Cikgu Mohd Fadli Salleh mengenai aktifnya grup “dark side” untuk berbicata soal hubungan intim geng-geng twitter perlu diberi perhatian serius oleh ibu ayah yang punya anak. Tak kira lelaki atau perempuan, perlu sama-sama dijaga.
Jelas cara ini melanggar batas norma agama kerana generasi hari ini mungkin memikirkan soal duit semata-mata. Lebih menakutkan, bukan saja geng remaja, masih single, isteri-isteri pun sama naik dengan hubungi kekasih lama mereka.
Ketinggalan betul aku bab Twitter ni. Terbaca satu perkongsian tentang bangsa DS di Twitter.
Mulanya aku dok pikir, DS ni pebenda siak? Dropship ke?
Ads
Setelah lama menggali, akhirnya aku jumpa jawapan. Rupanya DS ni merujuk kepada Dark Side. Ramai anak-anak remaja di sekolah menengah, penuntut IPTA/IPTS dan anak-anak gadis Melayu ni bangsa DS.
Biasanya mereka buat satu face acc dan paparkan sisi gelap mereka. Biasanya berkenaan dengan seksual.
Jual gambar bogel. Video call lucah dan mengghairahkkan, teks lucah, bahkan ramai juga check in dan ada yang berakhir di ranjang.
Ada yang tak jual tubuh, tapi suka sama suka. Kenal sejam kat Twitter, terus ajak check in hotel. Esoknya ulang lagi dengan orang lain pula. Mereka tak nak ada komitmen hubungan bf/gf. Hubungan suami isteri jauh sekali.
Mereka hanya nakkan kepuasan. Kau puas, aku puas, so kita fine. Gilerrr lah.
Seramnya dak-dak Twitter zaman sekarang. Ada isteri orang pun jadi DS juga. Contact balik Ex untuk berasmara dan, buat video lucah dan sebagainya.
Aku macam whattt? Sampai tahap ni dah ke teruk generasi kita? Dah macam tak ada agama. Dan macam kat Amerika. Open sungguh cakap bab seks, bahkan remaja baru usia 13-14 tahun pun galak nak jadi DS. Mereka bangga tunjukkan dark side mereka. Bangga bertukar pasangan, amal seks bebas dan songsang.
Ads
Entah macamana nak bendung gejala ini. Semoga ada cara dapat bendung gejala DS ini dari terus berleluasa.
Apa nasib anak bangsa dan generasi kita bila benda ni berterusan? Sumber : FB #MFS
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila jadi mak-mak, tahap risaukan keselamatan dan keadaan anak adalah perkara biasa.Lebih-lebih lagi anak yang masih bayi, belum pandai bercakap mahupun mengadu dan hanya tahu menangis.Bukan apa, sementara anak-anak tidur, itulah waktunya mak-mak, kena cepat-cepat buat kerja, baik memasak, mengemas, mencuci, menyapu dan sebagainya.Tak keruan jiwa jadinya, bila buat kerja rumah, fikirkan keadaan anak dalam bilik yang sedang tidur. Dah terjaga ke? terjatuh ke? menangis ke.
Sebenarnya zaman teknologi sekarang ni, macam-macam aplikasi yang mak-mak boleh cuba. Menerusi perkongsian ibu muda Puan Nurul Wafa, dia kongsikan aplikasi #BabyCam yang digunakan untuk memantau pergerakan bayinya sewaktu sedang tidur didalam bilik.
Menariknya aplikasi ini boleh mengesan bayi telah terjaga, suara bayi menangis serta, boleh berkomunikasi terus dengan anak untuk menenangkan mereka.
Berikut perkongsian antara perkongsian tersebut;
“Simptom mak-mak bila buat kerja didapur terngiang-ngiang suara anak menangis. Bila berlari jenguk dalam bilik, elok je dia tengah tidur. Terpaksa lah mommy install apps #babycam ni. Kebetulan handphone pun memang ada 2.”
“Tak risau dah Afeeya jatuh katil ke, terjaga dari tidur ke sebab apps ni ada noise (bising) & cry recognition (menangis). Jadi boleh buat kerja dengan tenang di dapur dan juga di bilik air.
**2nd device yang mommy guna takde active simcard pun.Just connect dengan hotspot 1st device.
Syok tidur yee.1st device mommy letak kat katil untuk monitor Afeeya.
1st device setup as Baby Station. 2nd device setup as Parent Device.
Kena pair kedua-dua device tadi.
Now, Afeeya tengah tidur dengan lena nya.Mommy nak pergi makan dengan tenang.
Noise detected.
Biasa bila terjaga dari tidur Afeeya tak terus menangis. Dia akan panggil-panggil mommy dulu. Bila mommy tak muncul-muncul baru dia menangis.
Menangis dah dia.Sementara nak sampai ke bilik tu boleh on microphone untuk bagi dia dengar suara kita supaya dia lebih tenang.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Jadi buat mak-mak yang tiada pembantu serta risaukan keadaan anak kecil di rumah ketika ditinggalkan seketika sebab nak buat kerja-kerja rumah, boleh lah cuba aplikasi ini.Semoga ia membantu.
Setiap wanita berperanan penting dalam apa juga bidang yang diceburi. Jika tiada harta benda, kudrat tenaga disalurkan demi memberi sumbangan dan kerja amal untuk membantu masyarakat.
Siapa sangka niat ikhlas dan usaha gigih berterusan membantu golongan memerlukan sewaktu tinggal di luar negara,Datin Paduka Sabariah Hussein,72 atau lebih mesra dengan panggilan Sister Sabria, telah diangkat dan digelar sebagai ‘Muslim Mother Teresa’.
Wanita kelahiran Wadihana, Johor Bahru yang dibesarkan di Singapura ini merupakan seorang sukarelawan yang kini menetap di Kanada.Sister Sabria berhijrah ke Kanada ketika berusia 37 tahun kerana bekerja sebagai seorang guru di Montreal.Beliau kemudian berumah tangga dengan seorang lelaki Kanada dan terus menetap di sana.
Beliau melakukan kerja-kerja amal membantu gelandangan serta mereka yang kurang bernasib baik selama lebih 20 tahun di Montreal, Kanada.Sister Sabria menyediakan jamuan percuma setiap hari kepada golongan kurang bernasib baik dan gelandangan tanpa mengira bangsa mahupun agama.
Tubuhkan Yayasan Sister Sabria & Our Second Home
Sebagai seorang yang prihatin tentang nasib golongan memerlukan,Sister Sabria telah menubuhkan Yayasan Sister Sabria dan mengendalikan dua rumah perlindungan wanita yang diberi nama “Our Second Home”.Sebahagian besar dana yang diperoleh beliau adalah daripada makanan yang dijual pada hari Jumaat di kawasan masjid di negara itu.
Sister Sabria Halal Community Kitchen
Terkini, wanita yang tidak pernah kenal erti penat dalam melakukan kerja-kerja amal ini akan menubuhkan sebuah pusat masyarakat yang dipanggil Sister Sabria Halal Community Kitchen di Kanada.Ia bakal menjadi sebuah hab yang menawarkan pelbagai insiatif sosial dan aktiviti yang tertumpu kepada usaha memberi bantuan serta makanan kepada golongan memerlukan.
Sebuah kedai roti (bakery) dan kafeteria akan dibuka di hab tersebut yang akan dikendalikan sepenuhnya oleh para sukarelawan Sister Sabria Foundation (SSF). Hasil pendapatan yang diraih akan digunakan untuk menyokong projek-projek amal SSF. Dalam pada itu, golongan memerlukan juga boleh mendapatkan makanan dan minuman secara percuma di situ.
Beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam, Sister Sabria Halal Community Kitchen juga mempunyai ‘peti sejuk masyarakat’ bagi membantu golongan memerlukan untuk mendapatkan barang-barang keperluan dapur.
Menurut Sister Sabria lagi, pihaknya akan bekerjasama dengan Yayasan Zakat Kebangsaan Kanada (National Zakat Foundation) dan bank-bank makanan untuk mengumpul dana serta makanan serta menjalin kerjasama dengan banyak badan lain termasuk Human Concern International, Al-Madinah Center dan Anglican Church di negara itu.
Tubuhkan Rumah Anak Yatim Di Johor
Setelah sekian lama menabur bakti di Kanada, Sister Sabria mahu meluaskan kerja-kerja amalnya itu di negara kelahirannya pula. Wanita berjiwa murni ini merancang menubuhkan sebuah rumah bagi anak-anak yatim Rohingnya di Kota Tinggi, tidak lama lagi.
Rumah anak-anak yatim di tapak sebesar 3 ekar itu akan menampung sekitar 70 hingga 80 anak yatim Rohingnya dan 20 hingga 30 anak yatim warga Malaysia sendiri. Menurut beliau lagi, rumah tumpangan yang bertempat di sebuah tanah wakaf itu dijangka melaksanakan pertanian dan penternakan organik agar rumah anak yatim itu dapat meraih sumber pendapatan sendiri.
“Beberapa chalet juga akan dibina berdekatan bagi menggalak lebih ramai pengunjung untuk menziarahi rumah anak yatim itu. Namun sudah tentunya, beberapa peraturan akan ditetapkan bagi menjamin keselamatan anak-anak yatim itu,” jelas Sister Sabria.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Sister Sabria atas pengorbanan dan usaha murni beliau dalam melakukan kerja-kerja amal buat golongan yang memerlukan. Semoga perkara yang dlakukan wanita ini dapat memberi inspirasi buat wanita lain, agar turut melakukan kerja-kerja amal tanpa rasa jemu.
Tahanan Palestin bersyukur dibebaskan, “saya baru keluar dari neraka & kini seolah di syurga. Azab dilalui tahanan Palestin dalam tahanan zionis ternyata amat buruk untuk dikenang. Ia umpama baru keluar dari neraka dan kebebasan di depan mata umpama syurga indah. Kebanyakan tahanan Palestin yang dibebaskan awal pagi ini mendakwa mereka ditahan dalam keadaan mengerikan di penjara Israel di Tebing Barat yang diduduki.
“Saya keluar dari ‘neraka’ dan sekarang saya di ‘syurga’, kami keluar dari ‘neraka’,” kata tahanan yang dibebaskan, Abdelaziz Atawneh Atawneh, kepada Reuters.
Tahanan Palestin Bersyukur Dibebaskan
“Mereka selalu pukul kami, tembak gas pemedih mata ke arah kami. Mereka mengira kami dengan kepala kami tersembam di lantai.
“Tiba-tiba mereka masuk ke dalam sel dan menembak gas ke arah kami. Mereka mengeluarkan kata-kata kesat kepada kami. Tiada makanan, tiada manisan, tiada garam. Tiada apa-apa,” kata Abdelaziz.
Dalam pada itu, pada fasa pertama pembebasan, antara yang dibebaskan adalah tahanan Palestin paling terkenal iaitu pemimpin Barisan Popular bagi Pembebasan Palestin (PFLP) di Tebing Barat, Khalida Jarrar.
Jarrar pernah menjadi ahli Parlimen Palestin dan sangat mengejutkan melihat penampilannya selepas dibebaskan. Wajahnya kelihatan cengkung dan seolah tidak bermaya sejak ditahan dalam penjara Israel.
Dirinya ditahan pada awal Julai 2017, di mana Jarrar berusia 54 tahun ketika itu dan dianggap Israel sebagai pertubuhan pengganas selepas dibebaskan dari penjara setahun sebelum itu.
Beliau ditahan enam bulan tanpa bicara oleh pihak berkuasa Israel.
Jarrar ialah tokoh kanan dalam PFLP, parti yang dianggap pertubuhan pengganas oleh Israel, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah. Tidak hanya Jarrar, ramai pemimpinnya turut berada dalam tahanan dan pernah dipenjarakan beberapa kali.
“Saya Baru Keluar Dari “Neraka” & Kini Seolah Di “Syurga”…
Israel dijangka membebaskan hampir 2,000 tahanan Palestin dalam tempoh enam minggu akan datang semasa fasa pertama perjanjian gencatan senjata.
Kebanyakan yang dibebaskan pada Ahad merupakan wanita dan remaja.
“Kebebasan, kebebasan, kami biasa melihat langit melalui petak kecil. Saya biasa berkata saya berharap saya akan melihat langit tanpa petak-petak ini,” kata tahanan yang dibebaskan berusia 18 tahun, Rose Khwais, kepada Reuters.
Rose berkata pengawal penjara Israel melayan tahanan Palestin “seperti haiwan.”
“Kami keluar dari sel seperti ayam dan kemudian kami dikembalikan ke sel kami. Mereka tidak melayan kami dengan baik, tiada makanan yang baik, tiada rawatan perubatan.
“Saya mengalami simptom strok, cecair di sekitar jantung, dan juga masalah tekanan darah. Saya tidak takut dengan penyakit itu, saya risau keluarga saya akan tahu bahawa saya jatuh sakit,” kata Rose Khwais. – Awani/ Agensi
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.