‘Remaja hilang selepas solat subuh.’ Hilang di Cheras jumpa di Kedah. Alhamdulillah akhirnya remaja ini ditemui semula selepas kehilangan tular sejak beberapa hari lalu.
Muhammad Al Muizz Al Mawardi, 16, telah dilaporkan hilang selepas menunaikan solat subuh di Masjid Al Muqarrabin, Cheras pada Ahad lalu ditemui dalam keadaan selamat.
Remaja Hilang
Perkara itu disahkan oleh bapa remaja berkenaan, Almawardi Mohamad, 41, yang memaklumkan anaknya ditemui selamat oleh pihak polis pada pukul 12 tengah malam tadi di Pokok Sena, Kedah.
Almawardi turut berterima kasih kepada semua pihak yang membantu dan menyiarkan kisah kehilangan anaknya di semua platform media sosial.
“Terima kasih kepada semua pihak yang dan bantu, anak saya sudah ditemui berkat doa dan bantuan semua orang, banyak media bantu menyiarkan kisah kami. Alhamdulillah,” katanya.
Almawardi bagaimanapun tidak dapat menceritakan kejadian tersebut dengan lebih terperinci kerana kes tersebut disiasat polis.
“Maklumat lain tidak boleh didedahkan sebab saya tak mahu mengganggu siasatan pihak polis ketika ini. Polis masih siasat bagaimana anak saya boleh berada di sana dan perincian yang lain,” jelasnya.
Ads
Hilang Di Cheras
Terdahulu, kehilangan Muhammad Al Muizz Al Mawardi, 16, sejak Ahad telah menjadi misteri dan mencetuskan kebimbangan ibu bapanya.
Difahamkan, jarak antara masjid lokasi mangsa menunaikan solat dan rumahnya di apartmen Tasik Height hanyalah kira-kira sejauh 20 meter.
Bapa remaja berkenaan, Almawardi Mohamad, 41, ketika dihubungi Kosmo! berkata, anaknya ada memaklumkan ingin keluar beraya selepas selesai menunaikan solat di masjid.
“Kejadian berlaku selepas kami sekeluarga baru pulang dari kampung saya di Jasin, Melaka pada Sabtu lalu, dia ada memaklumkan kami sekeluarga untuk pergi beraya bersama rakan-rakannya di sekitar kawasan rumah sebaik sahaja menunaikan solat subuh di masjid pada keesokan hari.
“Kami sepatutnya menghantar Muhammad Al Muizz pulang semula ke asrama di Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya pada petang Ahad lalu untuk memulakan sesi persekolahan selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.
“Saya juga ada bertanya kepada rakan sepejabat yang kebetulan menunaikan solat di masjid sama.
“Dia memberitahu anak saya bersolat disebelahnya sebelum tidak mengetahui keberadaannya selepas keluar dari masjid,” kata bapa kepada tiga anak berkenaan.
Katanya, kehilangan anaknya itu merupakan kejadian pertama berlaku dan Muhammad Al Muizz juga tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik atau memberontak sebelum kejadian.
“Dia anak yang sangat baik sentiasa patuh dan tidak pernah melawan atau mempunyai musuh dengan sesiapa. Hati saya sangat berat dan bersedih dengan kejadian ini.
“Saya juga cuba untuk menghubunginya sejak Ahad lalu namun masih tidak terjawab sedangkan sebelum ini setiap kali dihubungi, dia pasti akan menjawab atau sekurang-kurangnya membalas menerusi WhatsApp,” jelasnya.
Sebelum itu, berita kehilangan Muhammad Al Muizz tular di media sosial sejak beberapa hari lalu dan orang ramai juga mendoakan agar remaja berkenaan ditemui dengan selamat.
Ads
Mingguan Wanita : Hanya rasa syukur dapat dizahirkan bila anak ini ditemui selamat. Pasti kehilangannya membuatkan mak ayahnya hilang arah dan risau akan keselamatannya anaknya.
Pelakon dan model terkenal, Natasha Hudson kembali mencuri perhatian ramai selepas tindakannya memadam semua foto berhijab di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
Natasha Hudson atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson Mohd Redzuan, 43, turut berkongsi gambar terbaharu tanpa tudung menerusi ruangan Instastory ketika sedang melakukan aktiviti sukan pantai.
Padam Semua Foto Berhijab Di Instagram
Tindakan pelakon filem Chermin itu menarik perhatian peminat yang mengikuti perkembangan dirinya. Sebelum ini, beliau pernah dilaporkan kembali mengenakan hijab sekitar bulan Julai lalu, namun perubahan terbaharu ini sekali lagi menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengikutnya.
Beberapa tangkap layar yang dikongsi warganet menunjukkan akaun Instagram Natasha Hudson kini hanya memaparkan foto-foto terbaharu dirinya tanpa hijab, termasuk ketika bersukan di tepi pantai.
Kehidupan Tenang Di Langkawi
Pemenang Pelakon Harapan Terbaik Festival Filem Malaysia ke-20 ini sebelum ini sering berkongsi kehidupan sederhana di Pulau Langkawi. Gaya hidupnya yang tenang bersama keluarga, termasuk aktiviti bercucuk tanam dan suasana kampung, sering menjadi inspirasi kepada para pengikutnya.
Selain aktif dengan aktiviti harian, Natasha Hudson juga dikenali sebagai antara selebriti yang lantang menyuarakan pandangan tentang isu Palestin di media sosial. Sikapnya yang terbuka terhadap pelbagai isu menjadikannya sering menjadi perhatian umum.
Pernah Melalui Beberapa Fasa Penampilan
Untuk makluman, ini bukan kali pertama Natasha Hudson membuat keputusan menanggalkan hijab. Sepanjang perjalanan hidupnya, beliau pernah melalui beberapa fasa perubahan penampilan, termasuk pernah mengenakan purdah pada satu ketika dahulu.
Keputusan yang diambil kali ini sekali lagi mengundang perbincangan dan pelbagai reaksi daripada netizen yang mengikuti perkembangan karier serta gaya hidupnya.
Aktif Dengan Gaya Hidup Pantai
Sejak mendirikan rumah tangga kali kelima pada tahun 2022 dan menetap di Langkawi, Natasha Hudson dilihat semakin aktif menjalani gaya hidup pantai serta gemar melakukan aktiviti luncur air bersama suaminya.
Gaya hidup sihat dan bebas yang diamalkannya sering dikongsi di media sosial sebagai inspirasi kepada mereka yang ingin mendekati alam semula jadi.
Reaksi Warganet & Harapan Peminat
Walaupun penampilan terbaharunya menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan warga maya, ramai tetap berharap agar Natasha Hudson terus diberi ketenangan dan kekuatan dalam perjalanan peribadi serta spiritualnya.
Warga maya turut mendoakan agar beliau kekal bahagia bersama keluarga dan terus menjadi inspirasi positif kepada peminatnya, walau dalam apa jua fasa kehidupan yang dilalui.
Dikala peringkat usia 30an, ramai wanita yang masih membina kerjaya mahupun jaga anak yang masih kecil, namun bagi wanita ini telah selamat menimang cucu. Siapa sangka pada usia 33 tahun, wanita ini telah menjadi seorang nenek termuda di Britain, United Kingdom.
Bangga Bergelar Nenek
Seorang wanita mendedahkan dia berasa bangga digelar ‘nenek paling muda di Britain’ selepas mempunyai cucu pada usia 33 tahun, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Gemma Skinner, menerima seorang cucu perempuan minggu lalu selepas anaknya, Maizie, melahirkan bayi tersebut pada usia 17 tahun.
“Pada mulanya, saya enggan dipanggil ‘nenek’, namun kini berasa suka mendengar nama panggilan itu,” ujarnya.
Skinner bersama anak dan cucunya.
Mempunyai 3 Anak Perempuan
Menurut Skinner, ketika Maizie dimasukkan ke hospital sebelum melahirkan cucunya, Jururawat di situ menyangka bahawa dia ialah kakak kepada anaknya.
“Jururawat yang datang untuk memberikan suntikan epidural kepada Maizie bertanya sama ada kami ialah saudara perempuan. Kami ketawa mendengarnya kerana sering mendengar pertanyaan seperti itu,” katanya.
Skinner memiliki tiga orang anak perempuan dengan anak bongsunya, Bella, kini baru berusia empat tahun selain Gracie yang berusia 10 tahun.
Skinner ketika melahirkan Maizie pada tahun 2004 ketika berusia 16 tahun.
Ujian buat para pendaki lagi-lagi yang bawa anak bermalam di dalam hutan pergunungan tentulah berdepan gelap malam, debaran mistik yang boleh terlihat oleh hijab pandangan anak yang mulus hatinya.
Inilah yang dilalui Nour Seedah, yang berkhemah dalam hutan di Thailand bersama suami dan anak kecilnya. Allah buka hijab mata anak ini untuk lihat ‘kakak’ yang mahu masuk ke dalam khemah mereka.
Namun, niat tiga beranak ini sekadar mahu melihat kebesaran Ilahi yang terbentang luas di hadapan mata. Penuh debaran pengalaman ‘mahal’ itu.
Cuma baru-baru ini saja hati Nour Seedah tergerak untuk berkongsi cerita.
‘Kakak’ Nak Masuk Khemah Tiga Beranak Di Hutan, Thailand
Masa ni baru 1st Ayesha tidur dalam hutan
Berdebor jugak
Kat Thailand pulak tu
Kalau paham pahamlah
Teringat pulak cite Nang Nak
Masa 1st malam tidur di sini mestilah ada kejadian mistik
Masa malam tu
Ayesha tanya dengan onde (bonda). Masa tu tengah lepak luar khemah
“Onde kenapa kakak tu tak masuk dalam rumah kita (khemah)?”
Mau tak meremang bulu roma.
Hahaha.. disebabkan onde tak nak tunjuk takut depan anak
Onde pun cakaplah
“Oh! Akak tu rumah dia di tempat lain, jangan bagi dia masuk sebab dunia dia berbeza dengan kita.”
Ayesha jawab,
“Tapi onde dia nak masuk la, kesian dia kat luar sorang-sorang.”
Onde terus seram
Baca Doa Nabi Sulaiman Dan Doa Pelindung Diri
Lepas tu onde baca lah doa nabi Sulaiman dan pelbagai doa pelindung diri sambil cakap,
“Wahai makhluk Allah, anak aku tak nak berkawan dengan kau.. Dia manusia, kau jin.. Tak sesuai berkawan… Lagipun niat kami nak tengok kebesaran Allah SWT bukan nak ganggu kau…kami berniat baik untuk ziarah, bermusafir…”
Entahlah tak tau tetiba macam meremang bulu roma lepas cakap macam tu.
Tetiba Ayesha cakap
“Onde kawan dah tak delah kat pokok tu.”
Fuhh legaaa…
Atas izin Allah SWT “dia tak jadi ganggu”
Nauzubilahiminzalik
Yang penting jangan terlalu takut dengan makhluk halus dan jangan terlalu berani
Bersederhanalah…
Semoga Acap dijumpai dan dikuatkan semangat untuk melawan anasir jahat.
Allahumma amiin ya mujib
MW : Keluarga ini turut berkhemah dengan kumpulan keluarga yang lain termasuk kakak ipar malah anak buah mereka.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.