Rela Ikat Perut MAKAN Sekali Seminggu, Asalkan 6 KUCING Jagaan Tak Berlapar! Mulia sungguh pengorbanan pemilik kucing-kucing ini, rela berkorban dan mengikat perut sendiri, asalkan kucing-kucing di bawah jagaannya mendapat makanan secukupnya setiap hari.
Krisis Kos Sara Hidup
Seorang wanita menganggur, Yasemn Kaptan hanya makan sekali seminggu supaya dia mempunyai cukup wang untuk memberi makanan enam ekor kucingnya semasa krisis kos sara hidup di Britain, lapor portal berita Daily Mirror semalam.
Kaptan, 46, yang juga orang kelainan upaya (OKU), makan seminggu sekali selama setahun kerana membelanjakan £60 (RM327.08) daripada elaun mingguannya sebanyak £69 (RM376.14) untuk haiwan peliharaannya.
Dia yang berasal dari Tottenham, juga menerima faedah hilang upaya bulanan sebanyak £400 (RM2,180) kerana penyakit menghidap penyakit osteoporosis. Dia membelanjakan wang itu untuk membayar sewa rumah dan bil utiliti.
Ads
Tahan Lapar, Minum Teh Pudina
Wanita itu berkata, dia minum teh pudina untuk menahan lapar dan hilang berat 31.75 kilogram (kg) sejak mengurangkan pengambilan makanan serta menjaga kucingnya apabila dia bekerja sebagai pembeli peribadi.
Namun, wanita berkenaan terpaksa meninggalkan pekerjaannya pada 2022 selepas disahkan menghidap osteoporosis, menyebabkan dia mengalami masalah kekurangan wang tetapi dia tidak boleh melepaskan kucing-kucing itu kerana haiwan tersebut membesar bersamanya.
Justeru, dia hanya makan sekali seminggu yang telah menyebabkan berat badannya berkurangan daripada 88.90kg kepada 57.15kg.
Mingguan Wanita: Mulianya hati wanita ini, sanggup menahan lapar mengikat perut, asalkan kucing-kucing tersayang dibawah peliharaannya dapat makan secukupnya.
Pemilik Kedai Dobi Beli 7 Cincin Emas Guna DUIT SYILING Penuh Sebakul! Kebiasaannya apabila ingin membeli barang dalam jumlah yang besar, kita menggunakan duit kertas ataupun pembayaran menggunakan kad. Jarang sekali menggunakan duit syiling dalam jumlah yang banyak, apatah lagi memerlukan ramai pekerja kedai untuk mengiranya.
Namun, Sebuah klip video tular di media sosial Thailand memaparkan situasi seorang pelanggan wanita mengunjungi sebuah kedai emas dengan membawa wang syiling, lapor laman berita Khaosod.
Pemilik kedai emas yang terletak di wilayah Maha Sarakham, Tangmo Konkrakkwai berkata, seorang pelanggan menghubunginya pada 26 Februari lalu dan bertanya sama ada kedai itu menerima duit syiling jika dia ingin membeli emas.
Tangmo menjawab bahawa pihaknya menerima pembayaran melalui syiling tetapi tidak menyangka ia adalah menjadi sebanyak itu.
Apabila melihat seorang pelanggan datang membawa bakul biru besar yang dipenuhi wang syiling, Tangmo terkejut dan meminta izin untuk merakam kejadian itu.
Pelanggan itu berkata, dia berasal dari bandar Roi Et dan merupakan pemilik sebuah kedai dobi automatik. Oleh itu, dia mempunyai banyak wang syiling.
Tangmo kemudian meminta lima pekerjanya untuk mengira syiling tersebut dan tidak mengenakan bayaran untuk tugas pengiraan.
Pelanggan itu kemudian membeli tujuh bentuk cincin emas dan menerima diskaun selain hadiah sagu hati berupa topi.
Mak ayah kena ada simpanan sendiri, anak-anak bukan pelaburan hari tua kita. Ketika anak-anak kecil, ramai mak ayah sudah merancang yang terbaik demi memastikan masa depan anak terjamin.
Mereka berikan pendidikan awal yang terbaik, tuisyen ketika sekolah rendah dan menengah dan seterusnya membuat pelaburan ketika anak di universiti. Niat mereka agar anak menjadi orang berjaya.
Mana mak ayah yang diberikan rezeki lebih, mereka belikan anak-anak sebuah rumah selain kemudahan lain seperti kereta, motosikal dan sebagainya dengan harapan anak ada tempat berteduh bila dewasa nanti.
Tapi tiada mak ayah terfikir, bahawa USAHA membahagiakan anak itu bertukar menjadi sedikit mimpi ngeri kerana anak mempunyai PILIHAN lain dalam kehidupan mereka. Lebih menyedihkan, tidak mampu pun menjaga kita yang sudah memasuki usia tua ini.
Baca perkongsian ditulis oleh Farizal Radzali di fbnya mengenai NASIB dan luahan hati seorang ayah yang kesedihan di usia tuanya dan menjual rumah yang dibelikan untuk anak-anak untuk sara kehidupan sendiri.
Ada seorang lelaki berusia 60an, dia jual dua biji rumahnya di Ipoh sebab dia dah tinggal kat KL.
Dia bercerita sambil ketawa. Sesekali ada wajah kagum dan bangga. Comel je orangnya. Walau agak berusia tapi tubuhnya masih tegap dan sihat.
Katanya, dulu dia beli banyak rumah, kononnya untuk anak-anak. Dia ada 4 orang anak. Tapi hanya seorang yang masih tinggal & bekerja di Malaysia, itupun sebab dia belajar sampai tingkatan 3 sahaja. Dia ketawa.
Seorang anaknya doktor, tinggal & bekerja di London. Dua lagi bekerja di Singapura, seorang arkitek, seorang engineer. Lalu dia senyum bangga.
Katanya yang tinggal di luar negara, dah macam orang luar. Jumpa pun pada cuti perayaan. Setahun atau dua tahun sekali. Dia faham anak-anaknya sibuk.
Yang masih tinggal di Malaysia, walaupun belajar sampai tingkatan 3, tapi dia bijak meniaga. Syarikatnya sekarang dah ada 100 orang staf. Dia senyum bangga.
Saya ikut kagum. Bahagianya seorang ayah bila anak-anaknya berjaya.
Dia kata, hari tu dia saja la cakap kat anaknya, dia nak pencen, tak nak kerja dah. Anaknya diam je, tak cakap apa-apa.
Tapi lepas seminggu, cucunya cakap kat dia, “Tok, janganlah pencen lagi. Saya punya bapak tak boleh tanggung you, sekarang bisnes tak ok,”
Lelaki tadi ketawa kuat, mukanya merah, lama juga. Masa ni saya dapat rasa kesayuan dalam tawanya. Sebaik dia berhenti ketawa, dia lap matanya dengan hujung baju. Saya bagi tisu.
Dengan ketawa yang masih bersisa, sambil lap matanya yang berair, dia cakap, “Saya punya anak takut nak cakap dekat saya. Dia suruh cucu cakap kat atok,” sambil geleng-geleng kepala perlahan. Wajahnya masih merah.
Entahlah hati saya rasa sebak melihatnya. Tapi saya hanya senyum dan diam. Biarkan dia melepaskan perasaannya.
“Zaman sekarang, mak bapak tak boleh nak harap anak-anak akan jaga mereka bila mereka sudah tua. Walau kaya macam mana pun, walau pandai macam mana pun anak kita. Sebab hidup sekarang dah tak macam dulu, semua orang struggle.
Mak bapak kena ada simpanan sendiri. Tak boleh susahkan anak. Asal anak-anak tak susahkan kita, cukuplah. Tugas kita cuma besarkan mereka, anak-anak bukan pelaburan hari tua,” katanya.
Saya terus diam sambil anggukkan kepala.
“Saya lega dah jual semua harta saya. Dengan duit ni, saya akan tanggung kehidupan saya & isteri. Kami dah tua, bukannya makan banyak. Keperluan pun dah kurang. Cukuplah sementara masih hidup ni,” sambungnya.
Aduhai, sebaknya saya dengar.
Ada kebenaran dalam kata-katanyanya. Kita tak tahu masa depan kita. Asalkan anak-anak kita hidup baik-baik kelak, cukuplah. Asalkan mereka tak susah, cukuplah.
Jangan mengharap lebih. Andai anak-anak menjaga & membantu kita di masa tua, itu bonus buat kita.
TEMUI MARSHA LONDOH YANG AKAN HIBURKAN ORANG RAMAI DI DI FIESTA USHA-USHA BISKUT RAYA DI PUSAT BELI BELAH SETIA CITY MALL. ADA 40 VENDOR POPULAR AKAN BERSAMA KAMI DI FIESTA INI MENJUAL BISKUT RAYA. JOMMMSSSS…
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Azhan Rani Simpati Pada Fasha Sandha. Sememangnya perasaan luluh dan patah hati menyelubungi perasaan Azhan Rani yang juga pelakon yang bergandingan dengan Fasha sewaktu insiden tidak diduga berlaku.
Pelakon lelaki itu meluahkan rasa simpati atas kecederaan yang dialami rakan gandingannya, Fasha akibat kemalangan yang berlaku ketika menjayakan salah satu babak di set penggambaran telefilem berjudul Anak Tuan.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya Azhan menerangkan masing-masing sudah sedaya upaya mengelakkan sebarang kecederaan, malah terlebih dahulu melakukan rehearsal sebelum menjayakan babak sebenar. Namun insiden berlaku di luar jangka.
“Sahabat untuk telefilem Anak Tuan semalam mengalami kemalangan waktu pengambaran. Tak banyak yang boleh saya nak katakan perkara dah terjadi. Tak ada siapa yang mahukan kemalangan macam ini.
“Seperti kata tuan punya diri dan pihak produksi, masing-masing telah sedaya upaya mengelakkan sebarang kecederaan. Rehearsal sudah dilakukan, aksi yang diarahkan dibuat separuh tenaga untuk kamera.
“Segalanya hanya teknik sahaja tapi kalau dah tertulis, itulah suratan. Siapa yang tak luluh dan patah hati mengadap keadaan ini,” luahnya.
Dek kerana terlalu risau Azhan juga mendoakan agar Fasha mendapat rawatan terbaik dan kembali pulih seperti sedia kala.
“Kami masing-masing dah lama nak kerja bersama. Dia (Fasha) sangat komited dan saya tahu dia sayang sangat dengan watak Ana dalam cerita ni. Dia jatuh terkena bucu katil, dia pula yang minta maaf sebab takut lambatkan shooting.
“Semalam masa di hospital dalam perbualan di telefon dia minta saya stay, jangan balik KL dulu sebab kononnya nak sambung shooting hari ni. Mujur pihak produksi pun dah stopkan dulu scene dia sampai nanti betul-betul sihat, barulah kita fikir balik pasal kerja ni,” katanya.
Azhan turut memohon agar Fasha tidak diganggu dan diberikan ruang secukupnya untuk berehat.
“Doktor nasihat dia jangan expose dengan cahaya. Jadi berilah dia ruang rehat secukupnya. Nanti asyik kena tengok phone mata dia tak dapat nak rest pula. InsyaAllah nanti dia sembuh banyak lagi boleh tanya dengan dia.
“Semoga Allah permudahkan. Terima kasih atas doa semua untuk beliau. Saya cuma nak tengok dia sihat macam dulu. InsyaAllah dia kuat,” sambungnya.
Sebelum ini Fasha dikejarkan ke sebuah hospital pakar di Johor Bahru setelah mengalami kecederaan pada mata kirinya ketika menjalani penggambaran.
Insiden tersebut berlaku ketika pelakon itu terjatuh sebelum mata serta kepalanya terhentak pada bucu katil yang tajam. Akibatnya, tulang mata kiri patah dan bebola mata kiri Fasha berdarah serta bengkak.
Menerusi ruangan komen rakan selebriti dan juga warganet memberikan kata-kata semangat buat Azhan dan juga doa kesembuhan buat Fasha Sandha.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!