duit syiling

Musim cuti sekolah bermula minggu depan, pasti ramai mak ayah yang rebut peluang untuk bawa anak-anak untuk balik kampung atau pergi bercuti yang menyebabkan rumah ditinggalkan agak lama.Rupanya kalau nak tinggalkan rumah lama-lama, jangan lupa untuk simpan duit syiling dalam peti sejuk beku (freezer).Tip mudah ini bagi mengetahui bekalan elektrik pernah terputus atau tidak untuk memastikan bahan-bahan makanan yang disimpan dalam peti sejuk tidak rosak.

Berikut antara perkongsian oleh Rizzal Abdullah sebagai panduan;

Harini Uncle Chan pesan kat aku, kalau nak tinggalkan rumah lama-lama, jangan lupa simpan syiling dalam freezer.
Apa kena orang tua ni kasi pesanan pelik camni. Boleh kasi syiling tu beranak ke? Simpan lah duit syiling dalam tabung, tu pesan yang selalu aku dengar.Benda ni mudah tapi sangat penting. Ramai orang tak buat sebab tak tau.

Kalau you tinggal rumah lama-lama, you tak tau kan kalau ada gangguan bekalan elektrik kat rumah? Kalau ada, you tak tau kan berapa lama sebelum elektrik sambung balik?

Saya tak kisah sangat pun Uncle, takde siapa dalam rumah tu pun. TV, kipas lampu semua tu memang dah OFF.

Young man (terasa muda kejap), ayam, ikan, daging dalam you punya freezer tu macam mana? Nuggets, sosej dan daging burger untuk anak you macam mana?
Kalau terputus 2-3 jam OK lagi. Kalau TNB rasa nak biar 2-3 hari? Kalau seminggu?

IKLAN

Kalau semua tu dah defrost dan dibiarkan terlalu lama, ia akan mula rosak. Lepas elektrik sambung semula, freezer you akan bekukan balik semua tu. Mungkin ada yang sudah rosak dan you tak perasan.

Betul jugak. Kalau tak perasan rasa macam ok je lagi (beku lagi kot), masak buat kari lepas tu makan. Memang ke hospital la lepas tu. Silap-silap boleh mati.

Lepas tu masak sosej yang dah rosak tu kasi anak makan. Aduhh..

Tapi apa kaitan syiling tu?

IKLAN

Ini tip untuk agak berapa lama freezer tu OFF. You perlu;

Bahan Diperlukan:

Syiling
Gelas plastik yang lut sinar
Air

Caranya:

1.Mula-mula isi air dalam gelas plastik tu 3/4 penuh dan letak dalam freezer. Biar jadi ais.

IKLAN

2. Lepas tu letak syiling atas ais tu.

Setiap kali balik rumah lepas cuti panjang, check syiling dalam gelas tu.
Kalau syiling tu masih diatas, bermakna mungkin tiada gangguan elektrik. Bagus! Tapi kalau syiling tu di lantai gelas, bermakna ais tu dah pernah cair sepenuhnya. Mungkin terdapat gangguan elektrik yang lama.

Buang je lah semua bahan makanan atau minuman yang kemungkinan besar sudah rosak. Good indicator to check all your food supply inside your freezer. Jangan ambil mudah, pilih jalan yang paling selamat.

Terima kasih Uncle Chan Kui Peng – wise old man.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Sumber: Rizzal Abdullah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI