Hidup tidak mulia dengan duit dan kekayaan, yang Allah pandang hati kita.

Pangkat, duit dan harta hanya pinjaman masa hidup di dunia Kalau Allah nak tarik balik sekelip mata je. Nanti mati duit berlanak pun bukan boleh bawa masuk kubur. Jadi janganlah sombong sangat ye, di sisi Allah kita semua sama. Yang membezakan kita hanyalah AMALAN.

Allah tidak hanya menduga manusia dengan kesusahan sebaliknya Allah juga menduga seseorang insan yang dikehendaki dengan kesenangan, pangkat dan bakat  atau kebolehan luar biasa. Sebab itu, ada di kalangan kita terfikir mengapa orang yang zalim masih hidup dalam kemewahan, masih gah dengan pangkat besar dan sangat berpengaruh.

Adakah golongan ini tidak mendapat balasan?  Sebenarnya itulah ujian yang Allah berikan. Golongan ini leka dan kufur dengan segala nikmat yang Allah berikan. Jika mereka bersyukur dan berbuat kebaikan dengan harta yang Allah kurniakan, mereka akan selamat. Namun jika sebaliknya, balasan di akhirat kelak menunggu golongan sebegini.

Pengajaran Kisah  Hidup Qarun

Ustaz Ahmad Dusuki dalam ceramahnya yang bertajuk Hidup Tak Mulia Dengan Harta & Jawatan mengajak kita mengambil pengajaran kisah Qarun yang tidak pernah puas menambah kekayaan.

Akhirnya Qarun yang sombong dan tidak bersyukur itu tenggelam dengan hartanya dalam perut bumi. Ia adalah balasan Allah kepada Qarun.  Kisah ini disebut dalam surah Qashash ayat 76 sehingga 82 dan surah Al-Ahzab ayat 69.

Dalam ceramahnya yang dimuat naik Ar-Rahman TV di Youtube, Ustaz Ahmad Dusuki menegur sikap golongan yang terlalu mengejar kekayaan.

IKLAN

“Cuba tanya diri kita sendiri, turun pagi balik gelap. Apa yang kita kejar dalam hidup? Ada orang jawab, saya kejar duit ustaz. Bila duit banyak saya akan jadi mulia. Rasulullah ajar sahabat, hidup tidak mulia dengan duit.

“Jangan sibuk nak pandang luaran manusia, Allah tak pandang muka kamu, bangsa kamu, kemuliaan kamu.  Allah tak tanya kamu dari bangsa mana? Tapi yang Allah pandang adalah hati kamu dan jasad kamu itu sendiri,”ujar beliau.

Baca sini

IKLAN

https://www.mingguanwanita.my/berkat-beri-kucing-makan-kita-tak-tahu-di-beri-rezeki-tak-disangka-sangka/

https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

Jaga Hubungan Dengan Allah

Justeru, kita sebagai manusia usah ragu-ragu dengan keadilan Allah SWT. Allah Maha Pencipta, Allah lebih mengetahui segalanya. Tidak perlu kita memikirkan balasan untuk orang yang zalim sebaliknya lebih baik kita memfokus kepada kelemahan diri kita. Perbaiki kelemahan, jalinkan hubungan yang erat dengan keluarga dan kenalan serta yang paling penting, jaga hubungan kita dengan Allah. Insya-Allah segalanya akan dipermudah.

IKLAN

Jika kita mengenali orang yang sombong ini, sebaik-baiknya berikan teguran dan nasihat dengan cara yang lembut namun tegas. Jika golongan tersebut tetap tidak berubah, usah pening memikirkan mereka. Usah makan hati dengan sikap angkuh mereka. Orang sombong orang yang rugi, mereka ini syok sendiri kononnya bagus dalam serba serbi. Mereka tidak sedar sikap yang angkuh ini membuatkan orang di sekeliling jauh hati. Orang yang sombong biasanya dikelilingi dan dirapati oleh insan yang suka mengampu untuk kepentingan diri.

Rasulullah Ajar Hidup Tidak Mulia Dengan Duit
Jaga hubungan dengan Allah, jaga akhlak dan banyakkan bersedekah.

Jaga Akhlak & Bersedekah

Di suatu masa, Allah mungkin akan menguji golongan sombong ini dengan penyakit atau kesusahan di dunia. Saat susah dan sakit, adakah orang-orang yang mengampunya akan setia dan membantunya?

Sudah banyak pengajaran di sekeliling kita, berapa ramai orang yang angkuh akhirnya hidup papa kedana dan kehinaan. Justeru, jangan jadi orang yang sombong. Jaga akhlak dan bersedekah.

Bantu keluarga dan insan yang memerlukan. Jika kita bijak, kongsi ilmu dengan masyarakat. Jika kita berpangkat besar, sentiasa merendah hati dan bergaul dengan semua lapisan tanpa memilih bulu. Kita akan lebih disayangi dan dihormati. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah.

Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah. Sayang semua.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI