Rezeki yang diberikan oleh Allah bermacam-macam cara. Kadang-kadang, kita terima rezeki yang tidak disangka-sangka. Mungkin kita tak tahu dengan berkat sedekah kita yang sedikit itulah, doa yang menerima itu diangkat.

Kucing, Rasanya, rata-rata daripada kita suka dengan kucing dan ada yang memang membelanya di rumah. Tak kurang juga ada kucing jalanan yang dibiarkan dan sesetengahnya mencari makan di merata-rata tempat.

Jika kita ternampak kucing yang terbiarlah atau ada kucing yang tiba-tiba datang kat tempat kita semasa makan, berilah sedikit makanan. Mungkin dengan asbab ini, kita peroleh rezeki yang tak disangka-sangka.

Ikuti perkongsian daripada Muhammad Yusof tentang rezeki yang tidak disangka kerana memberi kucing makan.

“Semalam saya pergi sebuah shopping complex nak beli barang. Pagi lagi masa tu. Kebetulan masa saya lalu lorong nak masuk saya nampak sorang mak cik terbongkok-bongkok kat tepi lorong tu. Saya ingatkan dia tengah cari barang hilang ke apa. Saya pun sapalah dia nak tolong cari barang dia. Dia kata ‘takpe dik, takpe..’. Rupa-rupanya dia tengah tuang makanan kucing dalam satu pinggan.

Entah macamana nak sembang punya pasal saya terkeluar ayat ‘Alhamdulillah mak cik, ustaz saya kata tak rugi orang yang bagi kucing makan ni..’ Saje saya nak puji apa yang mak cik ni tengah buat.

IKLAN

Tiba-tiba mak cik tu pandang saya semacam. Ah, rasa bersalah pulak saya, takut saya tersalah kata ke apa.

Berkat Beri Kucing Makan, Kita Tak Tahu Di Beri Rezeki Tak Disangka-sangkaKongsi Cerita

Lepas tu dia kongsi satu cerita. Dia kata sebelum ni dia kerja cleaner tapi oleh sebab syarikat tu tak disambung kontrak, automatik dia hilang kerja.
Bayangkan dia kata dia ada tanggungan nak kena sara, menangis jugak dia masa tu hilang arah tujuan.

Lepas tu merata dia cari kerja tapi tak dapat. Semua kena reject. Satu hari dia pi apply kerja kat tempat dia kerja sekarang ni tapi yang sedihnya dia dibagitau semuanya jawatan dah penuh.

IKLAN

Masa nak balik, dia lalu satu lorong tu, ada beberapa ekor kucing ngiau ngiau. Entah kenapa dia rasa kesian sangat. Dia pun start motor pi kedai runcit dekat-dekat situ, beli makanan kucing timbang dan terus bagi makan kucing-kucing tu. Lepas tu dia balik.

Dan esoknya, satu perkara ajaib berlaku. Shopping complex yang katanya takde kosong tu tiba-tiba telefon dia offer kerja jadi cleaner. Masa tu rasa bersyukur sangat dia rasa.

Buka Rezeki

Masa tu dia terfikir, mungkin asbab dia bagi makanan kat kucing tu, Tuhan buka rezeki dia. Start daripada hari tu dia tak pernah berhenti bagi makanan kat kucing yang dia jumpa tepi jalan.

IKLAN

Dia kata gaji dia taklah besar tapi setiap bulan dia peruntukkan sikit gaji dia beli makanan kucing murah-murah letak kat motor dia. Mana dia nampak kucing jalanan, dia akan bagi makan.

Memang betullah orang kata kalau kita bagi makan kucing, Tuhan akan murahkan rezeki dia. Ni mak cik ni dah buktikan depan mata saya. Kucing ni dalam dia ngiau ngiau, sebenarnya dia tengah doakan orang yang bagi makanan kat dia murah rezeki, panjang umur. Kalau tak percaya, cubalah.

Rezeki Tak Putus

Musim PKPB ni lagilah banyak makhluk Tuhan yang kita boleh sama-sama bantu selain manusia. Mereka pun tengah terseksa sebenarnya. Yakinlah takkan miskin kalau kita memberi pada mereka, kelak Tuhan akan gantikan kebaikan kita dengan nikmat rezeki tak putus-putus yang kadang-kadang kita sendiri tak sangka, sama macam rezeki mak cik yang baik hati ni.

MW: Tak salah, belikan sepaket makanan kucing dan simpan dalam kereta untuk diberikan pada kucing-kucing yang tiba-tiba datang kat kaki.

Sumber : Muhammad Yusof

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI