Ras Adiba luah kerinduan tak putus asa cari Zalina. Selepas hampir setahun menghilangkan diri hingga kini masih ramai yang tidak putus asa mencari bekas personaliti TV3, Zalina Azman yang juga mengendalikan program Money Matters.
Paling merindui Zalina sudah pasti rakan baiknya iaitu Senator Datuk Ras Adiba Radzi, 55.
Pemilik nama sebenar Zalina Shaharah Azman dilaporkan hilang sejak November 2021 apabila anak lelakinya, Mikhael Norman membuat laporan polis berhubung kehilangan ibunya. Mikhael gagal menghubunginya bagi memaklumkan bapanya dimasukkan ke hospital.
Ras Adiba Luah Kerinduan
Menerusi luahan di Instagram, Ras Adiba mengharapkan rakannya itu menghubungi dirinya. Bukan sahaja Ras Adiba rupanya ramai yang berdoa dan memohon agar diberikan petunjuk agar Zalina dijumpai.
“Moga Allah beri petunjuk… sedih sgt²” luah mama_fathimah_abdullah83
“Deep Rindu Kat Zal”
Ras Adiba dalam hantaran dimuat naik menerusi Instagram (IG), semalam, meluahkan kerinduan terhadap teman baiknya itu.
Ads
“Hari pertama 2023 (semalam), Zal masih belum kami temui. Banyak yang diperkatakan dan berita palsu berleluasa.
“Tetapi, saya tidak akan berputus asa, jadi sekiranya Zal membaca mesej ini, tahulah yang Deep rindu kat Zal dan harap Zal akan cari Deep.
“Telefon Deep ya Zal. Pulanglah,” tulis Ras Adiba.
Terdahulu sebelum itu Ras juga memuat naik video kompilasi foto rakannya itu dengan keterangan gambar bertulis, “Zal di mana? Pulanglah, kami rindu,” luahnya.
Untuk rekod sebelum ini Ras Adiba pernah menjalankan misi pencarian sekitar Shah Alam dengan ditemani suami, Mohamed Azam Ali, teman rapat, Juita Jalil dan kru TV3 pada Julai lalu.
Pada operasi hari pertama, mereka meronda selama enam jam bermula antara jam 6 petang sehingga 11 malam. Mereka meronda sekitar kediaman Zalina di Jalan Ketiau, Seksyen 3, Bulatan Kayangan dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam bagi mencari petunjuk di mana sahabatnya menghilangkan diri.
“Jangan Berhenti Berusaha” Netizen
Menerusi ruangan komen ramai yang mohon agar dipermudahkan urusan pencarian bekas personaliti TV3 itu.
Naluri isteri tidak pernah salah, sememangnya luluh hati apabila suami yang disayangi curang. Bukan sekali namun berulang kali.
Sebelum ini pelawak, pelakon dan kini bergelar penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan seorang wanita bernama Fara Salleh. Namun semuanya reda apabila Shuk akui kesilapan tersebut.
Terbaru menerusi perkongsian di Instagram milik isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah telah mendedahkan tentang kecurangan suaminya dengan wanita yang sama.
Pendedahan tersebut ternyata menggemparkan dan wanita yang mempunyai dua cahaya mata ini juga memberitahu Shuk tidak mahu keluar dari rumah wanita tersebut walaupun sudah dirayu. Rossalennah juga mendapat tahu bahawa Shuk masih lagi berhubung dengan Fara dan suaminya itu tidak pulang ke rumah dan tinggal di rumah wanita berkenaan.
Naluri Isteri Tak Pernah Salah, Allah Tunjukkan Semua
“Allah tu maha adil.. naluri isteri x pernah salah.. Allah dah tunjuk semua slama ni tp ak diam.. seraa ada saksi pergi sini dgn p.a shuk.. dia kol faara.. suru shuk kluar.. shuk bercakap melalui fon fara kta xnak kluar.. selagi ak ada.. apa jdi dia xkan kluar.. bygkn la apa perasaan aku .. ak x pernah sesedih ini.. sesakit ini .. ak dah cukup pendam mcm2.. Allahukabar.. bila Allah menghendaki akan sesuatu tiada siapa dpt halang..
“ak dah merayu menangis depan pintu minta belas kasihan dgn kau farah.. kau usir aku.. kau campak kasut shuk depn ak suru bawa balik.. apa dosa ak kamu but mcm ni.. ak ada anak2 ak perlu jaga.. kau canang ak sana sini.. kau persendakan aku.. dan kau @shuk_hotfm kau setiap hari balik menipu dgn aku.. kau buat ak dgn anak2 mcm xda perasaan.. ak dah melutut merayu dgn kau tolong balik pda kmi.. sayang kmi.. tp apa yg kau buat mlm ni.. apa yg kau buat slama ni.. ak sayangg kau dgn anak2 ak x sanggup berpisah.. tapi kau hancurln aku hari demi hari.. kau tpu aku.. ak dah puass sgt menangis.. kaki kau pun ak dah cium @shuk_hotfm minta ampun spy kau balik la dgn aku dan anak2.. esok2 nya kau buat lagi.. kau buat lagi .. dah xda rasa bersalh pun dlm diri,” tulis Rossalennah.
“Selama Ini Aku Hanya Diam, Sabar”
Kongsinya lagi menerusi entri di Instagram;
“Slama ni ak diam, dah ckp diam.. sabar.. kena maki walaupun besabar dan bertahan.. diam demi menjaga aib suami.. tp semakin lama diam drg semakin menyakiti aku smp saat ni.. yg 1 sibuk mengejar yg bujang.. yg bujang ni x sedar diri asyik2 nak buktikan pda smua org yg dia x besalah dan x mengganggu rmh tangga org.. sama ja.. dua2 x sedar diri buat ak dan anak2 aku mcm ni.. ak di cakap mata duitan bertahan sbb nak hidup mewah.. kenapa smp macam tu anggapan kau.. kau prempuan aku pun prempuan.. aku bertahan demi anak2 aku.”
Selama Ini Tutup Kisah Aib Suami
“Dan kau @shuk_hotfm trima kasih dah tinggalkn aku dengn anak2.. ak dah bertahan smp saat ni.. menutup segala celah yg buruk demi masa depan anak2.. tp hari demi hari.. kau buang aku dgn anak2.. kau biarkan aku kena maki hamun dgn betina ni slama ni..
“Aku suruh kau keluar , kau x kluar.. kau x balik duduk rumah betina ni.. ak di halau mcm org xda maruah dan harga diri.. suami aku ada dalam rumah ni.. ak dah suru buka utk cek tp ak d halau.. kasit shuk pergi kerja pagi tadi.. Malam ni perjalanan ku jauhh sgt.. org tido tapi ak bekliaran cari laki aku d mana.. jgn cakap ak buka aib lagi.. sbb bila ak smpn drg makin selesa sgt tgk ak mcm org bodoh”.
Doktor Falsafah ini, Ts. Dr. Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid berkongsi pengalaman mengambil semula peperiksaan kertas Bahasa Inggeris tahun 2022 (SPM 2021). Ada sebab mengapa beliau ulang SPM Bahasa Inggeris ini.
Dahulu, semasa zaman belajar tingkatan lima, beliau akui pernah melakukan kesilapan bodoh. Sehingga pernah dibuang asrama lalu duduk rumah sewa.
Malah, keputusan peperiksaan SPM nya juga tidak dipaparkan dalam sijil kerana kegagalan satu subjek. Seiring dengan kematangan usia, beliau tekad ‘upgrade’ diri. Dan ketika memegang gelaran doktor falsafah, beliau beranikan diri mengulang kertas Bahasa Inggeris untuk SPM 2021.
Semoga kisah ini menjadi inspirasi untuk anak-anak yang lainnya.
Ulang SPM Bahasa Inggeris, Tidak Mustahil Untuk Cemerlang
Learn From Your Mistakes (Belajar Daripada Kesilapan)
1. Alhamdulillah, tahun 2022 (SPM 2021) saya ambil keputusan untuk mengambil semula peperiksaan SPM bagi matapelajaran Bahasa Inggeris. Saya bersyukur kerana keputusan yang keluar hari ini saya mendapat B+ (Kepujian Tertinggi).
2. Mungkin ada yang tertanya kenapa nak ambil balik matapelajaran Bahasa Inggeris ini, secara jujurnya selepas keputusan senat UTM yang memperakui gelaran Doktor Falsafah pada Disember 2021. Saya bertanya kepada diri sendiri, “What Next?” selepas ini.
Saya mula meneliti laluan kerjaya yang saya ada, jika pada masa depan saya ingin memohon jawatan pensyarah universiti (DS51/52), hampir kebanyakan universiti meletakkan syarat subjek bahasa Inggeris semasa SPM adalah Minimum B+ ataupun ujian IELTS (International English Language Testing System) dengan minimum band 6.5 .
Keputusan SPM bahasa Inggeris saya sememangnya teruk iaitu D7.
3. Semasa zaman bersekolah menengah saya membuat banyak kesilapan bodoh. Saya bukannya tidak bijak tetapi saya tidak mempunyai tujuan hidup ketika itu dan hanya mengikut arus dan tidak matang.
Semasa tingkatan 5 saya di buang asrama dan duduk rumah sewa bersama rakan-rakan sealiran yang lain. Saya langsung tidak belajar untuk ambil peperiksaan SPM.
Hasilnya ada subjek dapat 8E, 7D, 5C, 3B. Oleh kerana satu subjek gagal (Kimia) maka tidak dipaparkan dalam sijil.
Tanpa belajar pun saya masih mendapat 1A bagi subjek Sejarah dan Pendidikan Islam yang membuktikan saya bukannya tidak pandai.
Selepas SPM, saya pernah bekerja pergi mengikut orang menjadi nelayan, atendan pam minyak Petronas dan kerja di cyber cafe.
4. Berbalik kepada keputusan saya untuk mengambil peperiksaan bahasa Inggeris SPM, saya terus mencari maklumat untuk berdaftar kerana ketika itu sudah Januari 2022, peperiksaan SPM akan bermula pada Februari 2022.
Saya terus mendaftar dan membayar denda lewat sebagai calon persendirian. Dalam tempoh hanya sebulan saya mendapatkan bantuan daripada rakan guru bahasa inggeris untuk mengetahui format peperiksaan bagi bahasa Inggeris format baru CEFR iaitu terdapat 4 penilaian iaitu Reading, Writing, Listening and Speaking.
Saya telah menetapkan sasaran yang realisitik dalam tempoh sebulan untuk belajar, saya hanya sasarkan untuk mendapatkan B+ .
Langkah Selepas Peperiksaan Ulangan SPM Bahasa Inggeris
5. Saya berterima kasih kepada Cikgu Niwashini Nambiar, Cikgu Booby dan rakan sekerja Pn. Ida Amiza, Yu Kok Hui yang berkongsi tips subjek BI. Selebihnya saya perlu belajar sendiri kerana tempoh terlalu singkat, saya membeli buku rujukan Sasbadi dan Pelangi untuk belajar dan membuat latihan.
Dan saya paling mengujakan saya banyak belajar daripada channel youtube “English Made Possible With Teacher EM” (https://www.youtube.com/channel/UCGdNFBQsFRfmJqBGkiz0fDQ). Selayaknya Cikgu Emily telah menerima pengiktirafan Anugerah Khas PDPR , KPM 2021.
6. Selepas selesai peperiksaan ulangan SPM bagi subjek bahasa Inggeris ini, saya mengambil keputusan untuk mengambil ujian IELTS (International English Language Testing System) pada bulan Mac 2022. IELTS merujuk kepada Sistem Penilaian Bahasa Inggeris Antarabangsa (IELTS).
IELTS adalah ujian penguasaan Bahasa Inggeris paling popular di dunia dan menjadi penanda aras kepada tahap penguasaan bahasa inggeris pelajar di seluruh dunia.
Secara ringkas IELTS terbahagi kepada 4 komponen iaitu Reading, Listening, Writing dan Speaking. Format yang sama dengan SPM tahun ini iaitu CEFR Aligned.
Alhamdulillah saya lebih bersedia ketika itu dan mendapat keputusan Band 6.5 iaitu sasaran yang realistik ketika itu.
7. Rumusannya, saya ingin memberi kesedaran bahawa setiap orang mempunyai kisah dan jalan kehidupan tersendiri. Jangan berputus asa sekiranya kita gagal kali pertama.
Perjalanan belajar saya panjang daripada peringkat Diploma Politeknik (PSMZA), Ijazah Sarjana Muda (UTHM), Master (UTM) sehingga berjaya menggenggam Doktor Falsafah (UTM).
Terus berusaha mengejar impian. Ingat setiap orang akan ada masanya yang tersendiri. Lihat tokoh-tokoh yang berjaya ada yang berjaya pada usia yang lewat ;
Gordon Bowker – Pengasas bersama Starbucks (51 Tahun)
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada calon SPM yang cemerlang. Kalau boleh diputarkan waktu, saya juga ingin cemerlang seperti anda semua pada ketika umur saya seperti anda.
Mingguan Wanita : Tahniah Dr. Semoga kejayaan Dr menyuntik inspirasi kepada yang lainnya. Tidak menjadikan usia sebagai penghalang kejayaan. Sungguh untuk ulang SPM Bahasa Inggeris selepas menggenggam kejayaan yang tinggi bukannya mudah, namun Dr telah buktikan ianya tidak mustahil.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kebanyakan daripada kita menggunakan khidmat “rider” syarikat perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian bagi memudahkan urusan pembelian makanan. Hanya perlu memesan makanan di hujung jari dalam tak lama kemudian rider akan menghantar makanan yang dipesan.
Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan, ini bukan kes pertama yang melibatkan rider meninggal dunia ketika menjalankan tugas sehingga meragut nyawa mereka. Semalam tular di media sosial, puluhan rider menziarahi rumah keluarga arwah yang terlibat dalam kemalangan dan menemaninya hingga ke tanah perkuburan.
MW mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Zaim Azman. Semoga keluarga ini tabah menerima kehilangan orang yang tersayang di bulan ramadan yang mulia. Sebelum kejadian arwah pernah meluahkan pada ibunya bahawa jika dia tak bekerja, siapa yang akan melakukan tugasnya menghantar makanan.
Kalau Nak Mati, Kat Rumah Pun Boleh
“Kalau abang tak kerja, siapa nak kerja hantar makanan? Orang tengah susah nak keluar waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kalau nak mati, kat rumah pun boleh mati.”
Itu kata-kata terakhir pekerja syarikat perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian, Muhammad Zaim Azman, 21, kepada ibunya, Mastura Saman, 52, sebelum terbabit dalam kemalangan di Persiaran Hamzah Alang, Taman Meru Impian menghala ke Meru, semalam.
Kemalangan jam 9.10 pagi itu mengorbankan Muhammad Zaim selepas motosikal ditunggang berlanggar dengan sebuah kereta dipandu wanita berusia 49 tahun.
Ibu Hanya Bertemu Sebulan Yang Lalu
Mastura berkata, kali terakhir dia bertemu anak ketiga dari enam beradik itu kira-kira sebulan lalu sebelum ke Setia Alam bagi menjaga menantunya yang baru bersalin.
“Arwah cakap perkara itu (siapa nak hantar makanan) pada saya dengan nada bersungguh-sungguh sebelum bertolak ke tempat kerja.
“Masa itu, saya tidak bercakap banyak pada arwah kerana takut ia menjadi doa. Apa yang sempat saya pesan padanya supaya berhati-hati ketika menunggang motosikal dan menggunakan alat perlindungan ketika berurusan dengan orang ramai,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Pasir Panjang, Sekinchan, hari ini.
Menurutnya, dia mendapat panggilan berhubung kejadian itu jam 9.30 pagi daripada rakan sekerja Muhammad Zaim.
“Waktu saya mendapat perkhabaran itu, saya sangka arwah hanya cedera. Namun, apabila rakan memberitahu arwah sudah tiada, lutut terasa lemah dan dunia terasa gelap seketika.
“Allah panggil dia pulang buat selamanya dalam bulan Ramadan. Sebagai ibu, saya reda dengan ketentuan Ilahi walaupun sukar terima hakikat ini,” katanya yang menetap di Desa Mawar, Tanjong Karang.
Kehilangan Yang Amat Dirasai
Sementara itu, bapa Muhammad Zaim, Azman Jaafar, 57, berkata, arwah yang baru saja menyambut hari kelahiran pada 24 April lalu disifatkan sebagai seorang yang penyayang terhadap keluarga selain menjaga barang peribadinya terutama motosikal.
“Arwah menjaga motosikal miliknya dengan cermat dan baik selain kerap menyelenggara berikutan dia sering berulang-alik menghantar makanan pelanggan.
“Kehilangan arwah amat dirasai kerana sifat peribadinya yang mendengar kata orang tua dan cepat menghulurkan bantuan sekiranya keluarga dalam kesusahan,” katanya.
Jenazah Muhammad Zaim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit 9, Sekinchan, jam 6 petang semalam.
Dalam pada itu, tular di laman sosial Facebook (FB) gambar puluhan ‘rider’ penghantar makanan menziarahi rumah keluarga Muhammad Zaim dan menemani jenazahnya sehingga ke tanah perkuburan.
Menerusi status dimuat naik pengguna Facebook, dia menasihatkan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan penghantaran supaya tidak berkira dengan caj yang dikenakan dan menganggap ia sebagai sedekah kepada ‘rider’.
Rata-rata netizen melahirkan rasa simpati terhadap kejadian yang menimpa Allahyarham dan mendoakan supaya rohnya ditempatkan bersama orang beriman.
Sumber: Harian Metro
MW: Diharap semua rider yang berkhidmat sepanjang musim PKP ini dilindungi Allah sentiasa. Lagi satu, janganlah berkira dengan cas perkhidmatan pernghantaran kerana itulah satu-satunya punca rezeki mereka untuk meneruskan hidup. Malahan dalam masa yang sama mereka bertarung nyawa untuk kebaikan bersama.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...