Rupanya ramai yang masih tak tahu bahawa pemegang kad, waris mahupun mak ayah yang mempunyai anak OKU (Orang Kelainan Upaya) boleh memohon cukai jalan atau ‘roadtax’ secara percuma di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Hanya perlu bawa dokumen asal dan salinan yang diperlukan serta mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Baca perkongsian daripada Encik Akhi Akmal ini sebagai rujukan;

Bukan roadtax RM2 je dapat percuma, roadtax Honda Accord Rm536 setahun pun dapat percuma. Roadtax sahaja, bukan INSURAN. Sebab ramai yang tanya insuran kena bayar jugak ke. Ya, insuran masih kena bayar. Roadtax sahaja percuma.

Masih ramai lagi yang tak tahu untuk roadtax percuma bagi ibu bapa yang mempunyai anak oku. Bukan untuk OKU sahaja yang layak mohon, ibu ATAU bapa ATAU penjaga pun layak mohon. Dengan syarat waris yang didaftarkan di JKM mestilah nama pemilik kenderaan.

Contoh, Ali ada anak oku berumur 5 tahun. Dalam sistem JKM Ali sebagai waris. Kereta atas nama Ali, dan Ali ada lesen memandu. Secara automatik Ali layak memohon roadtax percuma dengan syarat kereta tersebut buatan Malaysia atau pemasangan tempatan.

Ramai Tak Tahu, Mak Ayah Ada Anak OKU Boleh Mohon Roadtax PERCUMA!

Cara Mohon Roadtax Percuma Di JPJ

Bagi waris yang nak mohon roadtax percuma, boleh mohon di JPJ CAWANGAN atau JPJ NEGERI sahaja. UTC memang tak boleh ya. Bawa dokumen original dan salinan 1 keping.

1.Kad oku
2.Ic oku
3.Ic waris
4.Lesen waris
5.Geran
6.Isi borang permohonan di kaunter JPJ

IKLAN

Permohonan hanya sekali sahaja boleh digunakan. Contoh sekiranya OKU tu sendiri nak mohon untuk dirinya, waris dah kira tak layak.

Syarat-Syarat:

1.Ada lesen memandu.
2.Kenderaan pemasangan tempatan dan kenderaan nasional sahaja.
3.Hanya satu kenderaan kereta dan satu motosikal sahaja untuk satu permohonan.

Ramai Tak Tahu, Mak Ayah Ada Anak OKU Boleh Mohon Roadtax PERCUMA!

 

IKLAN

Ramai Tak Tahu, Mak Ayah Ada Anak OKU Boleh Mohon Roadtax PERCUMA!

#akhiakmal
#roadtaxoku
#roadtaxpercuma

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

IKLAN

Mesti Baca:ADD ON Coverage Yang Perlu Kita Tahu Bila Renew Insuran Kenderaan
Baca Lagi Di Sini:Mudahnya Nak Tanggalkan Gam Pelekat Road Tax Lama, Guna Kain & Air Panas Je
Artikel Menarik:PENTING Cop E-Batal, Tukar Hak Milik Kenderaan Bila Habis Bayar Pinjaman Bank

Mingguan Wanita: Jadi buat pemegang kad OKU, waris mahupun mak ayah yang ada anak OKU, bolehlah rebut peluang ini. Mohon cukai jalan percuma di JPJ ikut syarat dan bawa dokumen yang diperlukan.

Sumber:Akhi Akmal

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI