
Sebagai warganegara yang bertanggunjawab dan mematuhi undang-undang, setiap tahun pasti kita akan memperbaharui cukai jalan kenderaan. Tak kiralah untuk kereta, lori,van dan sebagainya.Menjadi rutin juga setiap tahun,kita akan melakukan perkara yang sama iaitu menanggalkan pelekat yang lama dengan yang baharu pada sisi cermin depan kenderaan.
Tetapi masalah mulai timbul apabila Gam Pelekat Road Tax Lama meninggalkan kesan comot pada cermin kenderaan dan susah untuk menghilangkannya. Pasti sakit mata memandang bila lihat kesan comot tersebut kan.
Seorang pengguna Facebook bernama Debu Putih berkongsi satu cara mudah dan selamat tanpa meninggalkan kesan gam pada cermin kereta apabila pelekat “Road Tax” ditanggalkan.
Jom, cuba cara mudah ini bagaimana nak tanggalkan “Road Tax” kenderaan tanpa sebarang kesan hanya dengan menggunakan dua bahan sahaja.
Bahan-Bahan:
Air panas
Kain
Cara Membuat:
1. Rendam kain dengan air panas.
2. Letakkan kain tadi diluar cermin kereta, betul-betul “Road Tax” yang hendak ditanggalkan.
3. Biarkan 5-10 minit sehingga gam berkenaan cair.
4. Selepas 5-10 minit. tanggalkan “Road Tax” berkenaan perlahan-lahan.
5. Dan hasilnya, tiada sedikitpun bekas gam yang ditinggalkan.
Selamat Mencuba!
Sumber & Foto: Debu Putih
Punyalah Senang Buat Resepi Air Detox Ini, Buat Sendiri Di Ofis Pun Jadi

Resepi air detox dari 4 jenis buah-buahan ini dibuat sendiri oleh Aniey Juhaini (Juhaini Haki). Gabungan buah lemon, oren, epal hijau dan merah ini menjadi resepi terbaik untuk membuang toksin dalam badan dan membantu mengurangkan lemak serta meningkatkan kadar metabolisme.
Cara nak buatnya pun tak susah. Hebat tak hebatnya, air detox ini boleh dibuat sendiri masa di pejabat. “Senang-senang boleh buat kat rumah sendirikan. Ini Kak AJ buat sendiri di opis sebab tak sempat buat di rumah.” Mudahkan nak buat, sambil-sambil kerja pun boleh minum.
“Resepi air detox untuk buang toksin dan paling best boleh kurangkan berat badan. Kak AJ dah lakukan memang berat badan turun sikit & badan rasa ringan je seharian.
Buat Minuman Air Detox Ikut Cara Ini



Manfaat Air Detox Terbaik
Lemon : Dapat membantu merawat segala kesakitan tubuh badan dan dalam masa yg sama boleh mengeluarkan toksin yang terkumpul.
Oren : Membantu meningkatkan sistem Imun tubuh badan dan membantu penghasilan kolegen sebagai stuktur penting untuk kulit, tulang dan sendi.
Epal merah : Boleh mengurangkan risiko diabetis, memberi kesihatan jantung yang baik, meningkatkan fungsi Otak serta kekebalan tubuh.
Epal hijau : Boleh membantu menurunkan berat badan, menurunkan paras kolestrol dalam badan dan dapat mengatasi masalah sembelit.
Syarat Tambahan Ni Wajib Baca
√ Jangan lakukan diet detox jika sedang hamil, menyusukan bayi, sudah berusia lanjut, mengalami tekanan darah tinggi, berat badan terlalu rendah, atau masalah khusus lain sebagaimana yang disarankan oleh doktor.
√ Pesanan di atas untuk mereka yang ingin mengamalkan minuman detox.
√ Minum air masak secukupnya supaya kita tak kena hydration (kekurangan air dalam badan).
Sumber/Foto/Video : Aniey Juhaini (Juhaini Haki)
Rebusan 7 Helai Daun Sirih Mujarab Rawat Keputihan, Jangan Cuma Obses Nak Putih Saja!

Anak remaja sekarang malah yang dah jadi mak-mak pun ada yang obses dan putih. Sampai tak sedar, pemakanan yang diambil membahayakan diri. Walhal ada lagi masalah lain yang ramai alami tapi malu nak cerita.
Ini perkongsian daripada Pengasas jamu Suzy Honey Herbs, Suzima Hazish apabila dirinya ditanyakan oleh seorang remaja belasan tahun yang masih bersekolah.
“Macam mana nak putih ya?” Haa.. ni akak nak berleter sikit. Semua orang obses nak putih! Kenapa ya? Kerana trend dunia moden hari ni. Sehingga sanggup membahayakan diri.”
Tak tahu apa kandungan atau kemudaratan yang bakal terjadi.
“Bukan berfikiran negatif, tapi perlu diambil kira kerana kita tak tahu kesan dan akibat bakal tread. Ianya melibatkan sel dalaman badan.
Yang Penting Sihat, Cergas Dengan Selamat
Sebenarnya perkara yang perlu di titik beratkan ialah bagaimana mahu sihat, cergas dengan selamat. Ilmu ini penting untuk di sebarkan. Bila sihat barulah cantik itu datang sendiri. Pakej yang baguskan!
“Saya yakin ramai tahu khasiat amalan bersireh ini. Apapun sekali lagi saya suka ingatkan para wanita yang mungkin sibuk dengan tugasan harian akan kebaikan bersireh ini.”
“Saya syorkan kita sebagai ibu ajarkan pada anak-anak agar lebih menggunakan bahan-bahan semulajadi/pokok herba yang makin dilupakan. Tidak salah jika kita kekalkan tradisi amalan nenek moyang yang terbukti memberi manfaat.”
Resepi Rebusan Air Sirih
5 atau 7 helai daun sirih
Di rebus dengan 1 liter
- Boleh di minum oleh anak remaja seminggu 2 atau 3 kali dan ajarkan menggunakan rebusan ini sebagai pencuci miss V secara semulajadi bagi mengelakkan dan juga merawat keputihan.
Wanita yang dalam pantang lepas bersalin sesuai guna bersama tambahkan manjakani. Untuk memulihkan dalaman.
Antara amalan yang simple dan mudah.
Kebaikan Air Rebusan Daun Sirih, Boleh Dicampur Manjakani
1.Melancarkan perjalanan darah
2. Memecahkan lemak
3. Mengubati penyakit asma dan batuk
4. Melancarkan haid
5. Mengatasi masalah keputihan
* digunakan dengan minum dan membasuh missV
6. Mujarab menghilangkan bau badan / bau mulut
* Tiada lagi ketiak berbau..sila cuba ya !
Perlu diingatkan para wanita..semua boleh amalkan ini. Rajin2kan diri lah.
Apa salahnya kalau rebus ini dan bawa ke ofis juga boleh kongsi dengan geng-geng satu pejabat. Selain duk bawa makanan-makanan manis selalu sangat!
Kita mengubah kita memupuk budaya sihat dengan semulajadi.
Sumber/Foto : Suzy Honey
Rahsia Kulit Cantik Bak Artis Bollywood Dengan Kunyit

Nak tahu salah satu rahsia cantik ala-ala artis Bollywood? Ha..ni dia. Kunyit! Penggunaan kunyit di dalam masakan bukan lagi asing. Sebaliknya, untuk kecantikan juga ia memiliki pelbagai khasiat.
Rahsia Cantik Dan Sihat
Kunyit merupakan salah satu herba terbaik untuk kesihatan dan kecantikan. Ia mengandungi senyawa berkhasiat yang disebut kurkuminoid, terdiri daripada kurkumin dan desmetoksikumin. Kunyit juga cukup tinggi kandungan vitamin C.
Selain itu, kunyit juga berkhasiat dari sudut kecantikan. Memang sejak dahulu lagi, amalan menjadikan kunyit sebagai masker untuk golongan wanita di India adalah sangat popular untuk menjadikan kulit lebih mulus dan bebas jeragat.
Kunyit mengandungi pelbagai zat dan vitamin, kunyit turut mengandungi bahan antiseptik yang dapat mencegah radang kulit akibat tumbuhan jerawat atau luka. Selain itu kunyit juga dapat memperbaiki kulit yang rosak akibat terdedah di bawah pancaran matahari.
Antara Khasiat Kunyit Untuk Kulit
Membasmi sel kulit mati
Kehadiran sel kulit mati di permukaan kulit akan membuat kulit tampil kusam serta tidak bermaya. Terdapat pelbagai cara untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati ini agar ia dapat memberi ruang untuk penumbuhan sel-sel yang baru.
Dengan menggunakan kunyit untuk proses eksfoliasi ia terbukti amat berkesan kerana tekstur dan kandungan kunyit dapat membantu dalam pengelupasan sel kulit mati. Ianya lembut dan menepati setiap jenis kulit tanpa menyebabkan iritasi.
Tiada Lagi jerawat
Dalam cuaca yang tidak menentu ada kalanya kulit juga tidak dapat bernafas dengan sempurna. Bagi kulit yang sensitif dan mudah dihinggapi jerawat, anda bolehlah mencuba cara ini. Kunyit boleh menyingkirkan jerawat kerana ia mengandungi sejenis bahan yang digelar curcumin yang mengeluarkan warna kuning dan memiliki sifar antiseptik dan antibakteria.
Kedua-dua sifat ini dikatakan dapat menghapuskan bakteria dan kuman yang merupakan antara punca jerawat. Bertindak dengan hebat, curcumin juga dapat mengelakkan tumbuhan jerawat yang baru hendak berjinak-jinak di permukaan kulit.
Atasi kulit berminyak
Habuk dan kotoran mudah hinggap dan terperangkap pada kulit yang berminyak. Ia akan merangsang pembiakan bakteria sehingga menyebabkan munculnya jerawat. Oleh itu, penting untuk mencuci dan membersihkan kulit dengan kerap. Tak boleh malas dan ambil lewa dengan setakat mencuci menggunakan air saja kerana ia tidak berkesan.
Sebaliknya, campurkan dengan kunyit jika inginkan proses mencuci muka menjadi lebih efektif. Kunyit mengandungi minyak mudah meruap (volatile) yang berfungsi sebagai antiradang dan mampu mencegah jerawat yang tidak diingini selain mengawal lebihan pengeluaran minyak dan sebum pori-pori kulit wajah.
Untuk Hapuskan kedutan
Ramai yang tidak inginkan kulit kedut sebelum tiba masanya! Untuk mengekalkan keanjalan dan seri pada wajah sememangnya tidak sukar. Kehadiran antioksidan dalam kunyit dapat memelihara kecantikan kulit wajah.
Malah, kandungan nutrisi dalam kunyit juga didapati dapat melewatkan proses penuaan kulit dan menghapuskan kedutan selain merangsangkan kelembutan.
Baca lagi artikel cantik di sini:
Nutrisi Di Dalam Aloe Vera Bagus Untuk Kecantikan Kulit Wajah
Guna Mekap Kena Tahu Tarikh Luput. Daripada Nak Cantik, Timbul Masalah Lain
https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Rahsia Skrub Kunyit
Bahan-bahan:
1 genggam beras (rendam 2 jam)
1 inci kunyit hidup
1 sudu jus lemon atau limau kasturi
1/2 cawan air
2 biji sengkuang Cina
Cara Membuat:
- Kesemua bahan dikisar hingga halus.
- Kemudian tuang dalam bekas bertutup dan biarkan selama 1 jam.
- Buang air di lapisan atas, ambil mendapannya sahaja.
- Sapu di muka sambil gosok-gosok seluruh muka kecuali bahagian mata. Biarkan lebih kurang 10 minit. Bilas bersih.
- Bakinya boleh disimpan di dalam peti sejuk. Lakukan dua kali seminggu untuk kesan maksimum.
Skrub Kunyit Dan Lidah Buaya
Bahan-bahan:
1/2 cawan gel lidah buaya
1/2 cawan air bersih
1 sudu teh serbuk kunyit
Cara membuat:
- Campurkan semua bahan di dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati dan halus.
- Masukkan ke dalam bekas kiub ais dan bekukan di dalam peti sejuk.
- Pada waktu pagi, ambil beberapa ketul kiub ais itu dan gosok perlahan pada seluruh permukaan kulit wajah hingga ais mencair.
- Biarkan sehingga wajah separuh kering, kemudian bilas dengan air bersih.