Biskut sedap memang ramai orang suka. Tak sangka selama 30 tahun wanita ini menggunakan resipi yang sama untuk buat ‘Chocolate Chip Almond Cookies’ yang dikongsikan ini. Memang nampak sedap, rangup dan mudah nak buat.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Norliza Ali ini.
Salam Ramadhan kepada semua.
Saya minta maaf lambat kongsi resipi ni. Alhamdulillah saya sibuk dengan kerja. Ni baru dapat curi masa sedikit ya.Semoga kita semua diberkati dengan rezeki yang berlipat ganda, dunia dan akhirat. Amiin.
Resipi ni saya dah pakai dekat 30 tahun lamanya. Alhamdulillah, ramai orang suka my own version of Chocolate Chip Almond Cookies
Bahan-Bahan:
250gm butter
140gm gula kastor
120gm Gula perang
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
370gm tepung gandum biasa
1 sudu teh bicarbonate soda
1 sudu teh garam
200gm nibbed almonds
400gm chocolate chips
1. Dengan menggunakan hand mixer, pukul butter dengan gula kastor dan gula perang sehingga kembang.
2. Tambahkan 2 biji telur, pukul sebiji dahulu sehingga kembang, baru tambahkan sebiji lagi.
3. Masukkan esen vanilla.
Ads
4. Ayak tepung gandum, bicarbonate soda dan garam ke dalam adunan. Guna spatula dan kacau sebati.
5. Masukkan nibbed almonds dan chocolate chips.
6.Selepas adunan siap, boleh simpan dalam peti sejuk selama setengah jam supaya senang untuk dibentuk, tidak terlalu lembik.
7. Gunakan sudu penyukat saiz 1/2 sudu besar atau tablespoon sebagai acuan. Isi sudu penuh penuh, ratakan, cungkil dan letak atas baking pan yang dilapik dengan baking paper. Saya guna pan segi empat 12 inci dan muatkan 25 ketul cookies. Jarakkan 5 x 5 baris.
Ni saya bentuk siap-siap letak sebelah sementara tunggu giliran masuk oven.
8. Bakar dalam oven suhu 175°C selama 18 minit.
Ads
9. Sejukkan biskut sebelum simpan dalam bekas yang kedap udara.
Rajin rajin lah buat ya. Nak berniaga pun bagus.
Semoga bermanfaat.
Mingguan Wanita: Nampak sedap dan menarik sungguh biskut ‘Chocolate Chip Almond ni.30 tahun lamanya guna resipi yang sama. Boleh cuba buat untuk biskut raya nanti.
Betul ke wanita bekerja sebab bimbang bebankan suami?
Chili Flakes merupakan kepingan kecil cili yang menambah rasa pedas bagi menyedapkan lagi makanan. Selalunya ditambah pada pasta, pizza, sup, bubur dan sebagainya. Jika dibeli selalunya chili flakes ini berbau hapak, banyak biji dan kurang menyakinkan tahap kebersihannya.
Namun sebenarnya, mak-mak boleh buat sendiri chili flakes di rumah. Baunya wangi, kurang biji, terjamin kebersihannya dan lebih puas hati. Namun syaratnya pastikan cili kering yang digunakan adalah masih baru dan segar.
Boleh jadikan perkongsian daripada Puan Jauharatuddini Taib ini sebagai panduan;
“Sebelum ni pernah beli dah chili flakes. Tapi rase dia tak sama macam yang dominos punya. Rase pahit, bau pun tak mengancam.Pernah cakap dengan kawan brand apa ye yang sedap chili flakes? Ada dia tunjuk botol, tapi dia cakap tak sedap mana jugak dan biji banyak. Tersembang dia cakap buat lah kak.”
Cari punya cari maka terhasillah #homemade_chili_flakes.
Masya Allah,Puas hati sungguh buat sendiri, #bau_wangi, #biji_kurang, rase yang sangat #sedap. Tak ada rasa pahit, bau pelik ke apa. Sis dini dah jatuh cinta buat sendiri. Kos pun murah dan berbaloi.
Cili kering sis dini pakai beli dekat jusco.
Cara Membuat:
1. Selepas basuh cili dan toskan, bakar cili guna kuali pun boleh, guna air fryer pun lagi mudah. Agak agak jer jangan kasi cili hangit ye.
2. Dah garing cili, patah-patahkan guna tapisan supaya senang biji 2 cili tu jatuh. Nanti senang kita ambil cili sahaja untuk masuk dalam blender kering.
3. Masuk dalam blender kering, agak agak jangan terlalu kasar atau terlalu halus. Sedap sangat buat sendiri..pastikan cili kering tu fresh ye.
Tadaaa dah siap!
Masukkan dalam botol yang ada lubang-lubang senang untuk kita pakai.
Siap, sangat berbaloi.
Selamat Mencuba!
Sesuai makan dengan sebarang menu berasaskan sup.Sesuai makan dengan Spagheti Carbonara.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang suka dan nak buat chili flakes sendiri di rumah, boleh cuba cara yang dikongsikan ini.
Ada masanya nak makan masakan yang ringkas je dan tak perlu banyak lauk, mak-mak boleh masak resipi simple Terung Masak Sambal Berlada ni. Memang sedap dan mudah disediakan. Cukup rasa sambal pedas, masam dan manisnya disamping kerangupan ikan bilis.
“Terung Masak sambai Berlada” Style saya masak simple jaa..Mai hari tak berapa nak rajin 1 menu cukup. Makan pulak dengan nasi panas-panas taruh kicap kipas udang sikit, tak da lauk lain pun tak pa dah.
Bahan-Bahan:
Terung (Goreng sekejap)
Ikan Bilis (digoreng)
Asam Jawa
Garam & Gula secukupnya
*Bahan Kisar
Bawang Merah
Bawang Putih
Cili Merah
Cili Padi
Cara Membuat:
1. Tumis bahan kisar dalam kuali dan masak sehingga cili garing.
2. Kemudian masukkan sedikit asam jawa.
3. Masukkan pula garam & sedikit gula perang utk seimbangkan rasa.
4. Saya suka goreng dulu terung, sebelum masukkan dalam sambal.
5. Kemudian masukkan pula ikan bilis. Kacau rata.
6. Siap! makan dengan nasi panas-panas memang sedap.
Jika selalu ikan pekasam dibuat menggunakan ikan-ikan dari sungai seperti Lampam, talapia, puyu, sepat dan sebagainya.Jarang sekali jumpa menggunakan ikan dari laut. Namun menurut perkongsian oleh Siti Aminah, ikan pekasam yang beliau buat menggunakan ikan tamban iaitu ikan laut. Menurutnya rasanya juga lebih sedap berbanding ikan sungai.
Jadi buat mak-mak yang penggemar ikan pekasam bolehlah cuba resipi yang dikongsikan ini.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Semalam pergi pasar jumpa ikan tamban lagi.Tak tahu la tempat sahabat semua panggil ikan apa…terus teringat anak yang belajar kat Terengganu..pekasam memang dia suka..terus buat stok pekasam untuk dia balik bercuti nanti.”
Bahan-Bahan:
Ikan Tamban (Boleh juga guna ikan kembung/ selangat)
Garam
Asam Jawa/ Asam Keping
Beras
Cara Membuat:
1.Ikan disiang dan dibasuh bersih. Buang perut dan kepala ikan.
2.Selepas itu perap dengan garam dan air asam jawa atau guna Asam keping pun boleh.Agak-agak je garam dan asamnya.Perap semalaman atau 2 hari.
3.Bila dah perap semalaman ikan tersebut, boleh lah mula menggoreng beras@sangai di dalam kuali.Jangan letak minyak, goreng biasa je hingga bertukar perang coklat.
4.Selepas itu kisar beras agak-agak hancur dan golekkan ikan di dalam beras tersebut.Saya tak basuh dah ikan yang di perap tu sebab ikan dah di basuh dengan bersih.
5.Tadaaa..dah siap. Bole di simpan dalam peti sejuk.Seminggu atau 2 minggu lagi boleh di makan.Kalau yang tak tahan sabar boleh goreng terus tapi memang tak sedap laa..sebab beras tak melekat dan sebati dengan ikan lagi.
Selamat Mencuba!
Goreng panas-panas dengan bawang dan cili padi, perah dengan limau kasturi, memang boleh makan nasi bertambah-tambah.Tak perlu lauk lain dah.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...