Setiap wanita pasti ingin memiliki kulit yang cantik, gebu dan mulus. Jika anda perasan, semenjak dulu lagi, ramai wanita di luar sana yang mencemburui kecantikan wajah yang dimiliki oleh wanita Jepun.
Malah ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah mereka kelihatan begitu sempurna, memiliki kulit yang cantik, lembut dan muda tidak kira usia mereka!
Bagi wanita di luar sana yang kagumi kecantikan wanita Jepun terdapat beberapa rahsia tentang mereka yang boleh anda cuba sendiri. Ini mudah diikuti dan hasilnya agak serupa.
Paling penting individu Jepun mempunyai kesedaran yang sangat tinggi dalam pengunaan produk kecantikan dan memilih jenama Hada Labo sebagai jenama penjagaan kulit. Malah Hada Labo Hydrating Lotion pula merupakan pilihan losyen nombor 1 di Jepun selama 16 tahun berturut-turut.
4 Rahsia Awet Muda Wanita Jepun!
Kebanyakkan wanita Jepun memiliki kulit yang halus, licin dan bersih. Mereka sangat memelihara kecantikan walau sudah berusia namun kelihatan muda dan berpenampilan sangat menawan. Antara rahsia kecantikan wanita Jepun yang menjadi inspirasi ramai;
Memberi Penghidratan Yang Mendalam Pada Kulit
Kekalkan Cara Yang Lebih Minimal
Gunakan Bahan Yang Terbukti Berkualiti
Gunakan Produk Yang Berkualiti
Jadi tidak hairanlah jika wanita Jepun sangat cantik walau mereka tidak bersolek tebal namun tetap berseri!
Ads
Wajib Ada Losyen Pelembap
Losyen pelembap juga adalah salah satu kemestian dalam rutin rejimen penjagaan kulit wajah wanita Jepun. Malah ia juga sebagai langkah pertama selepas mencuci muka.
Bagi wanita di luar sana anda tidak perlu risau jika ada masalah kulit wajah kusam dan tak bermaya sebabnya Hada Labo Hydrating Lotion ada penyelesaiannya!
Aplikasikan Hada Labo Hydrating Lotion bagi mencapai kulit yang cantik dan sempurna. Sebenarnya tak susahpun untuk mendapatkan kulit cantik yang lembap dan sihat. Penghidratan adalah kunci! Apabila kulit terhidrat, seseorang boleh mencapai cahaya semula jadi yang sihat, tidak berminyak, pori-pori menjadi lebih kecil, kulit lebih licin dan menggalakkan solekan tahan lebih lama.
Ads
Hidrasi Menyeluruh Kelembapan Berpanjangan
Gunakan Hada Labo Hydrating Lotion selepas mencuci wajah. Dapat membantu mempercepat penyerapan produk seterusnya.
Produk ini mengandungi 5 jenis Hyaluronic Acid, kulit akan dilengkapi dengan hidrasi menyeluruh dan bagi kelembapan berpanjangan. Ia juga mengandungi HA yang difermentasi pertama di dunia untuk memperkuat lapisan perlindungan kulit. Pastinya kulit anda akan kelihatan lebih bersinar.
Dengan mengamalkan produk ini membantu merawat masalah kulit seperti kekeringan, kusam, garis halus, jeragat dan masalah kulit yang lain. Malah kulit anda akan nampak ‘glowing’ dan pastinya mencapai kulit yang cantik dan sempurna.
Ads
Kecilkan Liang Pori
Hada Labo Hydrating juga mampu mengecilkan liang pori. Bukan itu saja malah mampu mengawal minyak dan mengecilkan liang pori sekaligus menjadikan kulit lebih lembut dan licin bak kulit bayi.
Hydrating Lotion juga merupakan langkah yang pertama untuk dapatkan kulit yang flawless dan glowing sebab ia mampu menyerap kelembapan untuk jadikan kulit kita lebih sihat. Jika kulit sudah sihat nak pakai apapun bukannya satu masalah. Selepas menggunakan produk jenama ini kulit memang terasa lebih licin lembap. Masalah kulit berminyak pun makin berkurang dan liang pori juga sudah semakin mengecil.
Mekap Tak Bercapuk
Penggunaan Hydrating Lotion ini juga merupakan asas penjagaan kulit wajah dengan memberikan kelembapan sekaligus membuatkan kulit wajah kita lebih sihat dan glowing ala-ala wanita Jepun. Paling penting sebelum menggunakan mekap pastikan anda sapukan losyen ini dan pastinya tidak akan bercapuk. Mekap pun akan kekal di wajah dan menarikkan aura kejelitaan anda!
“Tujuh tahun lalu saya kehilangan anak sulung lelaki akibat nahas jalan raya dan kali ini insiden yang sama turut menimpa anak bongsu saya.”
Itu luahan Jamaludin Hussin,53, bapa kepada salah seorang penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) dungun yang maut dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu oleh seorang Wanita, malam tadi.
Jamaludin Hussin
Lebih memilukan apabila kedua-dua anak lelakinya itu meninggal dunia pada bulan serta masa yang lebih kurang sama.
Jamaludin berkata anak sulungnya itu dijemput Ilahi pada 3 Oktober 2017 dalam kemalangan jalan raya di Senawang, Negeri Sembilan.
Katanya lagi, semalam anak bongsunya, Khairil Anwar, 20, pula meninggalkan mereka dalam keadaan yang sama.
Menurut Jamaludin dia menerima khabar hiba yang menimpa Khairil Anwar Jamaludin itu kira-kira jam 9 malam tadi dan bergegas ke Dungun, dari Ukay Perdana, dan tiba jam 3.30 pagi.
“Allahyarham abang dia pun meninggal juga kemalangankira-kira tujuh tahun lepas pada bulan yang sama, cuma tarikh saja lain. Ketika yang saya terima telefon… waktu (lebih kurang sama) saya terima berita kematian (abang) dia. Kini saya tiada lagi anak lelaki.
“Saya tak sangka kejadian ini berulang lagi dengan kehilangan dua anak lelaki akibatkemalangan pada bulan yang sama,” katanya ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Dungun di sini hari ini.
Jamaludin berkata, kali terakhir dia dan isteri, Norma Mohammed Nor,52, bertemu dengan anak bongsu daripada lima beradik itu pada 6 Oktober lalu ketika menghantarnya ke Dungun untuk memulakan semester baharu.
Jenazah Khairil Anwar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana.
Dalam kejadian malam tadi, tiga pelajar UiTM Dungun maut manakala seorang lagi parah selepas terbabit dalam kemalangan di hadapan universiti berkenaan.
Dalam kemalangan kira-kira jam 7.20 malam itu turut mengorbankan penuntut Ijazah Sarjana Muda Perakauanan, Ku Adib Aizab Ku Azmi, 20 dan Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Makanan.
Manakala rakan mereka, Mohd Ammar Danish Mohd Ridhuan, 20, cedera parah.
Sementara itu, suri rumah dipercayai mengalami kecelaruan mental yang merempuh dua motosikal meragut nyawa tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun direman empat hari sehingga Ahad ini.
Perintah reman terhadap suspek berusia 49 tahun itu dibenarkan Majistret Nur Amira Fatihah Osman di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Tiga pelajar UiTM Dungun maut, manakala seorang lagi cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh kenderaan Honda SUV dipandu suspek.
Cikgu Neermala banggakan nama Malaysia, menang guru terbaik 2024 anugerah pendidikan Asia di Bangkok. 19 tahun mencurah bakti dalam bidang pendidikan, guru prasekolah Malaysia, Neermala Doraisamy mencipta nama dan membanggakan negara apabila menerima penghormatan di Anugerah Pendidikan Asia 2024 yang berprestij.
Pendidik berusia 43 tahun dari SJKT Lurah Bilut,Pahang ini menerima anugerah Guru Terbaik 2024 bagi kategori Pendidikan Prasekolah daripada Asia Education Conclave (AEC), sebagai pengiktirafan terhadap minatnya dalam mengajar dan komitmennya dalam mendidik kanak-kanak kecil.
Cikgu Neermala Banggakan Nama Malaysia
Dalam temubual Mingguan Wanita bersama guru berdidikasi ini, Cikgu Neermala meluahkan rasa syukur atas penerimaan anugerah yang diadakan di Bangkok pada Sabtu (9 Nov 2024) lalu. Ini kerana dari 5000 penyertaan diterima dari 11 negara Asean, 123 orang guru dipilih ke peringkat akhir sebelum dirinya dinobatkan sebagai Guru Terbaik 2024 di anugerah berprestij ini.
Neermala Doraisamy mencipta nama dan membanggakan negara apabila menerima penghormatan di Anugerah Pendidikan Asia 2024 yang berprestij.Dari 5000 calon bagi pelbagai kategori dari 11 negara Asean, senarai pendek calon menjadi 123 orang dan Cikgu Neermala bersyukur dinobatkan Guru Terbaik 2024 bagi kategori Prasekolah.
Menang Guru Terbaik 2024 Anugerah Pendidikan Asia Di Bangkok
“Saya benar-benar berbesar hati menerima Anugerah Guru Terbaik – Prasekolah daripada Asia Education Conclave. Platform ini menyatukan para pendidik dari seluruh dunia dan menonjolkan peranan penting kami sebagai pendidik dalam membentuk masa depan.
“Saya sangat bersyukur kepada Tuhan atas rahmat, petunjuk dan peluang yang membawa saya ke saat ini. Pengiktirafan ini memberikan saya rasa syukur dan rendah diri yang mendalam dan saya berasa gembira untuk berdiri di kalangan pendidik dan pemimpin yang berdedikasi dalam bidang ini,” katanya yang berasal dari Temerloh, Pahang.
Wakil guru-guru dari Malaysia dari pelbagai kategori turut hadir di anugerah berprestij ini.
Memaklumkan tidak mudah mengajar murid pra sekolah, khususnya mereka di usia empat hingga enam tahun namun berkat kesabaran serta teknik pembelajaran yang betul, dirinya mencurah bakti mengajar kanak-kanak prasekolah sejak 14 tahun lalu.
“Dahulu selepas habis belajar, pilihan matapelajaran mengajar saya ialah Sains dan Bahasa Tamil termasuk Bahasa Inggeris. Sampailah saya sambung pengajian di peringkat ijazah dan selepas itu terus mengajar murid prasekolah hingga kini,” katanya yang pernah dua kali memenangi anugerah Guru Inovasi Prasekolah Negeri Pahang iaitu pada tahun 2020 dan 2021.
“Saya mengajar berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan anugerah ini merupakan bukti kepada usaha kolektif semua pihak yang bekerja keras untuk meningkatkan pendidikan awal kanak-kanak.
“Saya berhasrat untuk terus memberikan impak positif dalam pendidikan awal kanak-kanak. Perhubungan yang baik di antara ibu bapa murid dengan saya di Prasekolah juga membantu dan memudahkan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran saya di kelas dan ini juga salah satu faktor menyumbang kejayaan saya dalam bidang Prasekolah ini.
Neermala turut menyampaikan ucapan terima kasih yang tulus kepada suami En.Youva Raj, ahli keluarga, PPD Daerah Bentong, JPN Pahang, KPM,Guru Besar SJKT Lurah Bilut dan rakan-rakan sekerja atas sokongan dan dorongan mereka yang tidak pernah pudar.
AEC berfungsi sebagai platform untuk mengiktiraf pencapaian guru dan pendidik cemerlang atas sumbangan mereka dalam memajukan pendidikan di Asia dan luar negara.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kita tidak pernah tahu beban yang dipikul seseorang, kerana tidak semua luka terlihat di wajah. Ada yang menanggung derita dalam diam, tersenyum di luar namun berperang hebat dalam diri.
Namun, di sebalik kesakitan dan kelelahan itu, ada yang memilih untuk tidak menyerah. Kisah luar biasa Nur Syahidatunnajwa Mohamad Naim, graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tuanku Bainun ini benar-benar menjentik semangat dan inspirasi buat semua wanita sama ada sedang berhadapan ujian ataupun inginkan motivasi untuk merubah haluan hidup.
Di usia muda, tatkala rakan sebaya sibuk merancang masa depan, Syahidatunnajwa diuji dengan dugaan yang tidak semua mampu hadapi, iaitu kanser. Penyakit yang bukan hanya mencabar fizikal, tetapi juga menggugat emosi dan keteguhan jiwa. Namun gadis ini memilih untuk melawan.
22 kali rawatan kemoterapi dan 15 sesi radioterapi bukan angka kecil, malah dia masih menjalani rawatan susulan hingga kini. Tetapi di sebalik kelelahan tubuh yang saban hari diuji, semangatnya tetap menyala untuk menyelesaikan pengajian dalam bidang Pendidikan Islam Pendidikan Rendah.
Teguh di Pentas Konvokesyen, Tersenyum Dalam Air Mata
Hari konvokesyen bukan sekadar detik menggenggam segulung ijazah tetapi detik kemenangan peribadi bagi Syahidatunnajwa. Dalam jubah hitam dan topi mortarboard yang tersarung kemas, terselit kisah air mata, kesakitan dan kekuatan yang tidak pernah putus.
Beliau bukan sekadar berdiri atas pentas sebagai graduan, tetapi sebagai simbol harapan dan inspirasi buat semua wanita yang sedang berjuang — sama ada melawan penyakit, cabaran hidup, mahupun tekanan jiwa.
Akaun Instagram pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim, kini menjadi ruang limpahan doa dan kata-kata semangat daripada peminat selepas kisah rumah tangganya menjadi perhatian...