Akaun Instagram pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim, kini menjadi ruang limpahan doa dan kata-kata semangat daripada peminat selepas kisah rumah tangganya menjadi perhatian umum.
Rata-rata warganet menitipkan sokongan agar pemain sayap Selangor FC itu, yang lebih mesra disapa Mickey, kekal tabah menghadapi dugaan hidup.
Ads
Rumah Tangga Jadi Perhatian
Terdahulu, isteri Faisal, Nur Syazwani Mizuana Shahril, dilaporkan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Klang pada 2.30 petang. Difahamkan, proses itu hanyalah sebutan awal dan belum ada keputusan lanjut mengenai status perkahwinan mereka.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Khalish Aryan.
Dugaan Demi Dugaan
Ini bukan kali pertama Faisal diuji. Tahun lalu, beliau berdepan insiden ngeri apabila disimbah asid di sebuah pusat membeli-belah di Kota Damansara pada 5 Mei. Namun pada 8 Mei lalu, peguamnya mengesahkan kes tersebut diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut oleh Pejabat Peguam Negara.
Pelajar tingkatan dua ditendang senior, ditumbuk kerana lewat masuk asrama. Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengah di Limauan, Kinarut, Kota Kinabalu, Sabah mengalami kecederaan selepas dipercayai dipukul oleh pelajar senior kerana masuk lewat ke bilik asrama.
Insiden itu dilaporkan berlaku sekitar jam 11 malam pada 7 September lalu. Susulan kejadian, ibu mangsa yang berusia 42 tahun membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar pada 9 September, sebelum hadir sekali lagi hari ini untuk membuat laporan kedua di IPD Kota Kinabalu.
Menurut peguam yang mewakili ibu mangsa, Nurshalilah Fauzan Mailin, kes berunsur buli tersebut menyebabkan anak guamnya mengalami kecederaan selepas ditendang pada bahagian perut, ditampar di pipi serta ditumbuk di hidung oleh seorang pelajar Tingkatan Empat.
“Pada malam sama, mangsa juga diminta ‘menggosok’ baju oleh seorang pelajar Tingkatan Tiga sekolah tersebut.
“Anak guam saya membuat laporan polis selepas dimaklumkan oleh salah seorang guru sekolah berhubung kejadian itu,” katanya ketika ditemui di pekarangan IPD Kota Kinabalu, hari ini.
Nurshalilah menambah, beliau percaya pihak polis di IPD Papar sudah memulakan siasatan, namun bimbang wujudnya cubaan untuk menyelesaikan isu tersebut secara damai antara ibu bapa pelajar terbabit dengan pihak mangsa.
“Jika perkara ini diselesaikan sebegitu, kejadian buli akan terus berlaku tanpa sebarang tindakan undang-undang diambil kepada pembuli atau pelajar yang melakukan kesalahan seperti ini,” katanya.
Datin Shahida pesan pada anak-anak. Sebagai ibu bapa, nasihat yang berkesan kepada anak merangkumi aspek agama dan duniawi seperti mendidik akhlak mulia, berbakti kepada ibu bapa, menjaga adab, mengajar tanggungjawab, menyokong minat dan bakat anak, memberi kepercayaan, serta menjadi contoh terbaik melalui perbuatan. Penting juga untuk membina bonding yang kuat, bersabar dalam proses mendidik, dan memilih masa serta cara yang tepat untuk memberi nasihat agar ia meresap ke dalam diri anak.
Begitu jugalah yang diamalkan pasangan pempengaruh dan juga ahli perniagaan berjaya Dato’ Seri Aliff Syukri dan isterinya Datin Seri Shahida. Sebagai ibu dan ayah banyak yang dipesan. Malah biasanya seusai solat mereka akan memberi tazkirah pada anak-anak.
Benarlah bukan mudah untuk mendidik anak-anak namun cara Datin Shaheda dan Dato’ Aliff boleh dijadikan contoh buat ibu bapa di luar sana. Sememangnya kebahagiaan sebenar bukanlah terletak pada harta semata-mata, tetapi pada kasih sayang yang kaya dalam keluarga.
Terbaru video Dato’ Aliff Syukri menyampaikan tazkirah penuh kasih sayang kepada anak-anak meraih perhatian warganet. Ramai terkejut kerana jarang melihat sisi lembut dan mendalam seorang bapa yang ada dalam dirinya.
Kata-kata nasihat yang lahir dari hati itu bukan sahaja menyentuh anak-anak, malah turut mengundang sebak dalam kalangan netizen.
Menerusi perkongsian di TikTok yang berjaya mencuri perhatian ramai hingga meraih lebih 2.1 juta tanda suka dan lebih 5 ribu komen itu, terserlah detik penuh keberkatan apabila Datuk Aliff bersama isteri menyampaikan nasihat dan amanat, ketika duduk berhimpun selepas solat Maghrib berjemaah.
Dalam suasana tenang itu, lahirlah tazkirah seorang ayah yang sarat dengan kasih sayang dan nasihat bernilai.
Tatkala itu juga isi hati seorang ayah yang mahu melihat anak-anaknya membesar dengan jiwa yang kuat, hati yang lembut, serta menjadikan agama sebagai pedoman hidup.
Ramai netizen mengakui tersentuh dengan pengakuan tersebut, rata-rata menyifatkan ia sebagai sisi berbeza Dato’ Aliff yang jarang ditonjolkan.
Ada yang mendoakan beliau terus istiqamah membimbing keluarga dengan nilai agama, malah tidak kurang juga yang berkongsi kerinduan terhadap arwah ayah dan ibu masing-masing setelah menonton momen tersebut.
“Mungkin, inilah watak sebenar Dato’ yang anak dia selalu cakap,”
“Kepada ibu bapa luar sana, kaya atau miskin.. ini satu contoh yang perlu ada pada setiap keluarga, kena ada sesi untuk deep talk, tazkirah dan lain-lain.. buatlah setiap bulan ke, 3 bulan sekali ke, 6 bulan sekali ke.
“Bagus Dato’ Aliff motivasikan anak-anaknya ke jalan Allah. Semoga dirahmati Allah selalu dan dimurahkan rezeki,”
Setiap ibu bapa pasti menyimpan harapan agar anak-anak bukan sekadar berjaya dalam pelajaran atau kerjaya, tetapi juga cemerlang di akhirat.
Anak yang mampu berdikari, berperibadi mulia, serta menjaga maruah keluarga adalah doa yang tak pernah putus daripada setiap ayah dan ibu.
Bagi Dato’ Aliff Syukri, ukuran kejayaan tidak hanya terletak pada wang ringgit atau kemewahan hidup. Sebaliknya, kejayaan sebenar ialah apabila beliau dapat membentuk zuriatnya menjadi anak-anak soleh dan solehah, berilmu, berdisiplin, serta tahu menjaga nama baik keluarga.
“Kekayaan mungkin boleh diwarisi, tetapi bukan iman, kerana itulah abah sentiasa ingatkan anak-anak abah untuk jadi anak yang beriman, soleh dan solehah,”katanya.
Menurut bapa asal Kuala Lipis, Pahang itu, beliau menegaskan, kejayaan dunia hanyalah pinjaman, tetapi kejayaan akhirat adalah bekalan yang kekal abadi.
“Solat jangan ditinggal, jangan tunggu disuruh baru nak buat. Ingat, bila abah dah tiada nanti, semua ini jadi kenangan. Keluarga itu satu amanah. Amayan sebagai anak sulung perlu belajar jadi pemimpin, bertanggungjawab, menjaga adik-adik dan perniagaan keluarga. Jadilah seorang yang tegas, bijak, berfikiran luas dan berjiwa besar,” pesan beliau.
Menurutnya lagi, beliau sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak — termasuk memberikan pendidikan terbaik dan keselesaan hidup.
Namun, hanya Allah yang mampu menjadikan seseorang itu anak soleh dan beriman.
“Sebab itu doa abah tak pernah putus, semoga kamu semua jadi insan yang hebat, beragama, dan mendengar kata. Satu hari nanti, bila abah sudah tiada, kamu jugalah yang akan solatkan dan uruskan jenazah abah,” katanya penuh sebak.
Beliau turut berpesan agar anak-anak menjauhi cinta remaja yang melalaikan, pergaulan bebas dan amalan yang boleh merosakkan masa depan.
“Abah tak kisah anak nak berkawan atau keluar ke mana, asalkan jangan tipu. Ingat, orang bahagia adalah orang yang hidup dengan kasih sayang, bukan dengan kebohongan.”
Tentang soal jodoh, beliau menegaskan pilihan pasangan bukan kerana harta atau pangkat, tetapi kerana budi pekerti dan keturunan yang baik.
“Abah dan mama pernah melalui zaman remaja, memang masa tu hati memberontak. Tapi bila dah meningkat usia, baru kita faham bahawa nasihat orang tua semuanya demi kebaikan,” katanya lagi.
Mahu Anak-Anak Jadi Insan Berguna
Inilah percaturan seorang ayah dan ibu, setiap nasihat, doa dan teguran yang diucapkan hanyalah untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang baik, berakhlak mulia, berjaya di dunia serta mulia di sisi Allah di akhirat kelak.
Detik itu akan menjadi satu contoh bahawa kebahagiaan sebenar bukanlah terletak pada harta semata-mata, tetapi pada kasih sayang yang kaya dalam keluarga.
Masalah kesihatan seksual lelaki, termasuk fungsi ereksi (Erectile Dysfunction, ED) dan pancut awal (Premature Ejaculation, PE) bukan lagi isu terpencil. Kajian antarabangsa mendedahkan bahawa dua daripada tiga lelaki berisiko menghadapinya sepanjang hayat.
Lebih membimbangkan, masalah ini bukan sekadar menjejaskan keyakinan diri lelaki, malah turut mengganggu keharmonian rumah tangga dan kesejahteraan keluarga.
Menurut Dr. Ahmad Samhan, Pengarah Urusan HIM Wellness, ramai lelaki masih memilih untuk berdiam diri kerana malu kalau pancut awal. Akhirnya, isteri pula yang mengambil langkah berani tampil mendapatkan nasihat pakar.
“Kesihatan seksual lelaki bukan isu peribadi semata-mata, tetapi mencerminkan kesejahteraan keluarga. Apabila lelaki sihat, rumah tangga lebih bahagia, dan produktiviti hidup juga meningkat,” jelas beliau ketika Seminar Pengukuhan Dan Sambutan Bulan Kesedaran Kesihatan Lelaki anjuran Klinik Kesihatan Sungai Besi bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Masalah mati pucuk (ED) dan pancut awal (PE) bukan sekadar berpunca daripada faktor usia. Menurut Dr. Ahmad, punca boleh hadir daripada:
Penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis
Tahap hormon rendah
Gaya hidup tidak sihat termasuk stres dan tabiat merokok
Faktor-faktor ini sering terlepas pandang kerana masyarakat masih melihat isu ini sebagai sesuatu yang memalukan untuk dibicarakan.
Berita baiknya, rawatan kini semakin mudah dicapai. Antara langkah yang boleh diambil termasuklah:
Berhenti merokok dan mengawal paras gula
Melakukan senaman berkala, termasuk senaman kegel untuk menguatkan otot pelvik.
Mengamalkan teknik kawalan semasa hubungan intim
Mengambil makanan tambahan berdaftar yang selamat
Bagi kes lebih serius, rawatan moden seperti shockwave therapy membantu memulihkan aliran darah ke zakar sekali gus memperbaiki fungsi ereksi.
Seminar yang dianjurkan turut memberi fokus kepada mitos dan fakta berkaitan kesihatan seksual lelaki, pentingnya rawatan awal, serta gaya hidup sihat. Dr. Ahmad berharap usaha sebegini dapat memecahkan stigma agar lebih ramai lelaki berani tampil mendapatkan bantuan profesional tanpa rasa malu.
“Saya percaya kesihatan lelaki adalah sebahagian daripada kesihatan keluarga dan negara. Jika stigma ini berjaya dihapuskan, masyarakat kita akan menjadi lebih sihat dan harmoni,” katanya.
Sebagai sebuah pusat kesihatan lelaki di Kuala Lumpur, HIM Wellness Sdn. Bhd. komited mendidik dan meningkatkan kesedaran lelaki Malaysia mengenai kesejahteraan seksual dan fizikal mereka.
Sokongan mereka selari dengan usaha KKM untuk memperkukuh kesihatan masyarakat melalui pendidikan, konsultasi profesional, serta program kesedaran awam.
“Saya harap program ini dapat memecahkan stigma dan mengubah persepsi masyarakat bahawa kesihatan lelaki adalah sebahagian penting daripada kesihatan keluarga dan negara,” kata Dr. Ahmad.
Kesihatan seksual lelaki bukan sekadar tentang kemampuan seorang suami, tetapi tentang kebahagiaan sebuah rumah tangga. Di sinilah peranan isteri begitu besar. Bukan sekadar pasangan intim, tetapi penyokong setia yang membantu suami melangkah keluar dari rasa malu dan kembali berkeyakinan.
Semakin cantik dan tampal manis, pelakon Salina Saibi kini tampil berhijab selepas pulang menunaikan umrah pada bulan Syawal lalu tanpa niat awal untuk berhijab.