Ika Nabella Tegas! Setuju dengan pendapat Ika Nabella bila bab keselamatan anak-anak. Jika berada di luar anak-anak tidak sewenangnya dibiarkan berseorangan apatah lagi bila tiada pengawasan ibu bapa.
Terbaru menerusi perkongsian di platform Threads, Ika Nabella tegas dengan pendiriannya untuk membawa anak lelakinya menggunakan tandas wanita apabila mereka berada di luar rumah.
Pemilik nama sebenar Ika Nabila Abdul Rahim itu menyatakan dirinya akan bawa anak lelaki ke tandas wanita bersamanya selagi dia belum bersedia untuk ke tandas lelaki sendirian.
“Cakap apa yang nak dicakapkan tetapi anak saya akan tetap ikut saya ke tandas wanita selagi saya rasa dia belum sedia untuk ke tandas lelaki sendirian.
“Keselamatannya tidak boleh dibawa dirunding. Kalau perkara itu buatkan sesiapa rasa tidak selesa, itu bukan masalah saya,” katanya menerusi Threads.
Ika Nabella Tegas!
Hal tersebut diluahkan susulan kenyataan seorang individu yang meminta golongan ibu jangan membawa anak lelaki yang berusia antara tujuh hingga sembilan tahun memasuki tandas wanita.
Warganet Bersetuju Dengan Ika Nabella
Ads
Menerusi ruangan komen warganet ramai sependapat dengan Ika.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bagi seorang ibu, melihat anak membesar dengan senyuman adalah kebahagiaan terbesar. Namun, bagaimana jika senyuman itu diganti dengan tangisan dalam diam, luka di hati, malah torehan di pergelangan tangan?
Itulah yang dilalui oleh Nurul Afeeza Mohd Tarmedi, 31, seorang suri rumah yang kini berperang dengan keresahan selepas anak perempuannya berusia 14 tahun berdepan trauma akibat buli.
Anaknya berpindah ke sebuah sekolah menengah di Hulu Langat, Selangor, pada Julai lalu dengan harapan baharu. Tetapi seawal hari kedua, dunia si gadis kecil ini sudah mula suram. Diejek, dipulaukan, dijadikan bahan ejekan berulang kali.
Aduan demi aduan dibuat kepada guru disiplin, namun kisah itu tidak pernah berhenti. kemuncaknya berlaku pada 12 September, apabila anaknya sekali lagi diejek hingga pulang ke rumah dengan jiwa yang semakin luka.
“Saya mula perasan keadaannya semakin teruk bila dia duduk terperap dalam bilik dan melukis gambar pelik-pelik,” cerita ibunya dengan nada sebak.
Lukisan itu bukan sembarangan. Ada imej gelap, simbol tekanan, bahkan tulisan yang menggambarkan keinginan untuk menamatkan hidup: “Saya stress, penat dan serabut.” Lebih memilukan, si anak mengaku menoreh tangannya sendiri.
Dengan bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), remaja itu kini menjalani rawatan pakar psikiatri. Pemeriksaan mendapati skor emosinya sangat tinggi, dengan simptom kemurungan yang membimbangkan, berisiko ke arah cubaan bunuh diri tahap satu.
Menurut Panel Penasihat PPIM, Prof Dr. Mohd Sahandri Gani Hamzah, mangsa jelas menjadi mangsa buli berterusan: ejekan verbal, fitnah dan pengasingan sosial. Semua itu menghakis keyakinan diri seorang remaja yang baru belajar memahami dunia.
Kisah tragis ini bukan satu-satunya. Seorang lagi murid Tingkatan Dua di Mantin, Negeri Sembilan turut menjadi mangsa buli sehingga trauma untuk ke sekolah.
Adiknya dituduh cuba “merampas” kawan dan teman lelaki pelajar lain, lalu dihukum dengan kejam. Ditendang, tudung ditarik sehingga menampakkan rambut dan leher, wajahnya dipukul dengan botol kaca.
Namun lebih mengejutkan, kes itu hanya “diselesaikan” di bilik kaunseling dengan permintaan maaf dari pembuli, tanpa pengetahuan ibu bapa mahupun pengetua.
Di Cheras, seorang bapa, Mohd Izham Zakri Mohd Desa, meluahkan kekecewaan yang tidak terungkap. Anak lelakinya, pelajar Tingkatan Tiga yang aktif dalam sukan dan pernah mengharumkan nama sekolah hingga ke peringkat negeri, rupa-rupanya menjadi mangsa buli sejak tahun 2023.
Lebih memilukan, penderitaan itu disembunyikan, bukan hanya oleh pelajar lain, bahkan wujud dakwaan melibatkan guru yang menekan emosi si anak.
Sebagai seorang ayah, tiada yang lebih menyakitkan daripada mengetahui penderitaan anak disembunyikan.
“Mereka rahsiakan perkara ini, malah dalam diam minta anak saya tandatangan satu surat menyatakan tak berlaku buli di sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa,” katanya dengan nada kecewa.
Bagi Izham, perbuatan ini bagaikan menikam dari belakang. Bagaimana mungkin sebuah institusi yang sepatutnya melindungi, sanggup menutup mata dan menutup mulut anaknya sendiri?
Menurutnya lagi, anaknya bukan sahaja ditampar oleh rakan, malah menjadi mangsa buli siber yang didakwa turut melibatkan beberapa guru.
Lebih mengejutkan, ketika si ayah bersuara, ada pula guru yang membuat laporan polis terhadap dirinya seolah-olah keberanian seorang bapa membela anak dianggap ‘campur tangan hal sekolah’.
Aduan telah dibuat melalui laporan polis dan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA). Apa yang diharapkan hanyalah keadilan untuk anak, dan tindakan tegas daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
Kerana bagi seorang ayah, tiada luka yang lebih perit daripada melihat anaknya berjuang seorang diri dalam senyap, dikhianati oleh sistem yang sepatutnya menjaga.
Buli bukan sekadar masalah disiplin. Ia adalah luka jiwa yang boleh membawa kepada kehilangan nyawa. Kisah dua remaja ini membuktikan betapa seriusnya isu yang sering dipandang ringan.
Setiap anak berhak berasa selamat di sekolah, bukannya dihantui rasa takut, dipulaukan atau dicederakan. Dan setiap ibu bapa berhak mengetahui apa yang benar-benar berlaku kepada anak mereka.
Kerana pada akhirnya, yang kita lindungi bukan sekadar fizikal mereka, tetapi hati, jiwa dan masa depan yang masih panjang terbentang.
“Tak pernah putus doa”, itulah antara ungkapan Norman Hakim buat anak kesayangannya Maria Danisha Hakim. Baru-baru ini Norman sekeluarga telah meraikan hari lahir yang ke 17 anak ketiga bersama bekas isteri Abby Abadi.
Kecantikan Maria Danisha Hakim menarik perhatian dan kini Maria Danisha Hakim yang lebih senang digelar Baby Danisha akan menghadapi peperiksaan SPM tidak lama lagi.
Sebagai bapa Norman tidak pernah putus mendoakan kesejahteraan buat anak-anaknya.
“Hari-hari tak pernah putus doa untuk baby semoga baby terus membesar didalam kasih sayang,lindungan & rahmat Allah s.w.t, menjadi hambaNya yang solehah dan menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w yang sentiasa memberi manfaat kepada agama,keluarga & masyarakat.
“Papa,Mama,Mummy,Abah,Abang,Kakak & Adik2 semua love baby so much.Kitaorang doakan baby dikurniakan rezeki kefahaman ilmu, terang hati & bijaksana untuk menjalani peperiksaan SPM tahun ni.
“Mohon sahabat-sahabat semua sama-sama jugak mendoakan baby Maria Danisha Hakim berjaya dunia akhirat dan dapat score straight A’s dalam exam SPM tahun ni nanti ok,” ungkap Norman menerusi akaun Instagramnya.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Jantung kanak-kanak dipukul dengan tukul terhenti 14 minit, keluarga rayu doa buat Ammar. Keluarga kepada kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang cedera parah selepas dipukul dengan tukul kini melalui detik getir apabila mangsa masih berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi (ICU) selepas enam hari dirawat.
Ibunya, Nur Ayuni Mohd Kamaruzaman, 29, memaklumkan pihak perubatan ada memberitahu bahawa jantung anaknya, Muhammad Ammar Muhammad Badrul, terhenti seketika kira-kira jam 9.30 pagi tadi.
Menurutnya, pasukan perubatan sedang berusaha sebaik mungkin menyelamatkan Ammar yang mengalami kecederaan serius di bahagian kepala.
Sementara itu, bapanya, Muhammad Badrul, merayu orang ramai agar mengadakan solat hajat dan berdoa untuk kesembuhan anak sulungnya yang mesra dipanggil ‘Abe’.
Katanya, dirinya buntu dan sukar menerima berita apabila dimaklumkan jantung Ammar terhenti selama 14 minit pagi tadi.
“Saya tak boleh nak bercakap sekarang, fikiran saya tidak tahu ke mana dah,” katanya ringkas ketika dihubungi.
Dalam tragedi yang berlaku Khamis lalu di sebuah rumah kedai di Pasar Jelawat, Bachok, Ammar dilaporkan menerima lebih 50 jahitan selepas diserang bapa saudaranya berusia 46 tahun menggunakan tukul.
Akibat kejadian itu, tempurung kepalanya retak di beberapa bahagian selain otaknya turut mengalami bengkak dan luka.
Manakala suspek yang menyerangnya kemudian ditemui meninggal dunia di Pantai Melawi, kira-kira tiga kilometer dari lokasi insiden berkenaan.
Sebak mendengar luahan pengasas dan penyampai radio Bapakku FM, Ismahalil Hamzah tentang apa yang dikongsinya bersama ibu tersayang yang kini sudah uzur menggunakan kerusi roda, berusia 86 tahun.