Radin Era FM atau nama sebenar Radin Amir Effendi sudah sinonim dalam penyampai radio Era dan banyak menjadi pengacara di Astro. Tidak hairanlah, buat pertama kalinya dia telah disunting untuk menjadi pengacara dalam rancangan temu bual Mingguan Wanita Talkhow yang akan bersiaran tidak lama lagi. Dia juga adalah salah satu kumbang yang akan menyerikan bual bicara ini, selain Norman Hakim.
Dalam Mingguan Wanita Talkshow, Radin akan mengendalikan segmen Food & Travellog yang akan digandingkan bersama Elizad pada setiap hari Selasa pada jam 11pagi – 12 tengah hari.
Ads
Jadi, dalam mempersiapkan diri dan memantapkan lagi semasa ke udara secara ‘live’ ini, Radin bakal menuntut ilmu dengan Pak Nil, antaranya mengikuti kelas Pak Nil. maklum sahaja, sebelum ini, dia bercakap seorang ketika di radio dan selepas ini dia akan bercakap bersama audiens ketika di tv.
Ads
Nak tahu apa kelainan yang akan Radin bawakan dalam Mingguan Wanita Talkshow ini, sama-sama kita saksikan nanti ye!
Esok umat Islam akan menyambut hari raya Aidilfitri. Selepas sebulan berpuasa, sudah tiba masanya meraikan hari kemenangan. Mereka yang bekerja di perantauan juga tidak lepaskan peluang untuk bersama keluarga tercinta. Pada saat inilah masing-masing dapat berkumpul dan bertanya khabar.
Ketika menemubual penyanyi dan pelakon yang juga pemilik nama sebenar Muhammad Izzul Islam Mazlan atau lebih dikenali sebagai Izzue Islam, 29 dia dan isteri juga bakal pulang ke kampung halamannya yang terletak di Kelantan pada hari raya kedua.
“Tahun ini saya akan sambut Aidilfitri dulu di kampung isteri di Klang dan pada hari raya kedua baru kami akan bertolak ke Kelantan.
“Raya tahun ini saya akan pulang ke Kelantan selama empat hari. Pada waktu inilah yang terbaik untuk bersama-sama keluarga. Setelah sibuk sepanjang tahun, hari raya adalah masa yang terbaik untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga, mak dan saudara mara di kampung.
“Sebelum ini sibuk bekerja sahaja, jadi tak sempat dan tak puas nak borak panjang dengan mereka, ” ujar Izzue yang ditemui pada majlis berbuka puasa Watie Collections di Hotel Concorde, Shah Alam baru-baru ini.
Menyentuh tentang persiapan Syawal Izzue dan isteri, Awin lebih selesa mengamalkan kesederhanaan.
“Kami masih sama seperti tahun sudah mengambil konsep bersederhana sahaja. Macam saya sendiri hanya menggayakan koleksi baju Melayu dari Izzuexclusive. Isteri pula akan mencari baju yang bersesuaian dengan dirinya,”sambung Izzue.
Beralih kepada juadah hari raya, pada kebiasaanya rendang, ketupat, nasi impit dan kuah kacang antara hidangan yang wajib ada.
Izzue juga menerangkan dia turut muncul dengan lagu raya baru bersama The Novic Gypsy yang berjudul, ‘Pulang Ku Tak Sama Tanpa Mu’ ciptaan Adam Armin dan Joseph Khan.
Menurutnya lagi lagu raya perlu dipelbagaikan supaya banyak pilihan untuk pendengar nikmati sempena hari raya nanti.
“Lagu raya kena ada, kalau generasi sekarang macam saya tak buat untuk generasi masa datang, nanti mereka akan putar dan membesar dengan lagu-lagu lama sahaja.
“Nanti ada pula orang bertanya lagu raya tak ada yang baru ke? Setidaknya ada variasi untuk lagu raya,” ujarnya yang tidak menafikan lagu raya lama tetap menjadi kegemarannya.
Dalam perkembangan lain, lakonan Izzue menerusi telefilem raya bakal disiarkan pada hari raya ketiga ini yang berjudul, ‘Wakaf Dosa’ saluran TV3 terbitan Suhan Movies. Telefilem itu menampilkan pelakon Rosyam Noor, Sweet Qismina, dan Faradhiya.
Foto: Sumber Instagram @izzueislam & @izzueislamandthenovicgypsy
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Alhamdulillah, Syawal yang tinggal beberapa hari lagi, memberikan sejuta rahmat dan seribu kebahagiaan yang paling bermakna buat pelakon Anzalna Nasir seisi keluarga. Ini kerana setelah menanti sekian lama untuk mendapat cahaya mata, pelakon cantik manis Anzalna Nasir,31 telah selamat melahirkan anak pertama pada hari Jumaat , 31 Mei lalu.
Bayi lelaki tersebut merupakan cucu lelaki pertama yang dinanti-nantikan bagi keluarga Nasir, memandangkan Anzalna mempunyai lima beradik perempuan serta 3 anak saudara perempuan.
Berita gembira ini dikongsikan oleh Pelakon Memori Cinta Suraya menerusi video pendek didalam laman Instagram beliau.
“Jumaat, 31.5.19. Syukur Alhamdulillah dipermudahkan segalanya. Setelah sekian lama menantikan kehadiran cahaya mata, akhirnya, bertemu jua! Raya yang paling bermakna buat kami sekeluarga. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan untuk kami” kata Anzalna
Sementara itu, di laman instagram suami pelakon ini, Hanif Zaki juga mengucapkan rasa syukur dan mengumumkan kelahiran anak lelaki pertama mereka.
“Segala puji hanya bagi Allah tuhan sekalian alam. Alhamdulillah , isteri saya telah selamat melahirkan anak lelaki kami pada 31/5/2019, Jumaat yang lalu. Perasaan yg tak dapat saya gambarkan. Both baby and mummy are well and ready to rock my world, syukur” ujarnya.
Pelbagai perasaan bercampur baur, sebak, gembira dikongsikan didalam video tersebut. Seluruh ahli keluarga menanti dengan penuh debaran dan teruja dengan kelahiran tersebut di hospital.
Terdahulu, Anzalna dan Hanif berkahwin pada 21 Februari 2016 dan pada awal tahun lalu pasangan ini mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata pertama setelah lebih 3 tahun berkahwin.
MW: Tahniah buat Anzalna, suami dan seisi keluarga atas kelahiran cahaya mata pertama. Semoga anak yang dilahirkan sihat sempurna dan menjadi penyeri dalam rumahtangga. Selamat berpantang sewaktu raya nanti!
Tulisnya, “Tak tahu kenapa semalam (ketika catatan ini dimuatnaik pada 9 Jun), Ija teringat betul kat Shea.”
“Rupa-rupanya 9 June adalah tarikh Shea pergi bertemu Ilahi buat selamanya pada hari cukup mulia Hari Jumaat, Bulan Ramadhan.”
“Betapa Allah kasih pada Shea, Allah detikkan hati untuk kongsikan kembali amalan Shea lakukan. Paling MasyaAllahhh ialah, amalan itu diketahui selepas Shea dah tak ada di dunia ini.”
Maklum Heliza lagi, kisah sahabatnya itu turut dikongsikan dalam buku Ayat-Ayat Cinda Dari Tuhan. Dengan doanya agar kebaikan sahabatnya itu kekal berpanjangan.
“Terima kasih Shea untuk segalanya. Ija sangat RIN…. kat Shea. Moga dapat bertemu kembali di Syurga Allah.”
Dalam buku tersebut ada 33 kisah motivasi inspirasi, semua ada di @nurelhikmah.
Doa Heliza lagi untuk arwah sahabat baiknya ini, “IJA RINDU @shearasol, moga Shea sekarang sedang berada dalam taman taman syurga Allah. Moga kita dapat berjumpa kembali di Syurga. Aaminn..”
“Selepas Shea meninggal dunia, adik Shea terjumpa catitan Shea, sepertinya perancangan sebelum bertemu sang Pencipta, ALLAH.”
“Ija kagum MasyaAllah dengan Shea, hati bersih dan mempunyai perancangan harian seperti ini.”
“Kakja kongsikan kembali amalan Shea sebelum bertemu Allah, moga Allah berikan kita rezeki untuk terus beramal dengan amal soleh, moga apa Shea tulis ini, pahala berpanjangan buat Shea. Amin.”
Jom kita sama-sama hadiahkan Al-Fatihah buat sahabat yang Ija sangat rindui, Shea Rasol.
MW: Al Fatihah.. semoga roh arwah Shea Rasol di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Terkejut dengan kes kanak-kanak meninggal dunia di dalam bilik mandi, rupanya punca utama sebab sinki itu pecah dan terkena serpihan di leher. Allah, berat untuk mengucapkan perkataan sabar denagn ujian Allah bungkuskan.