Ads

Punca Pelajar Ditemui Meninggal Dunia Didedahkan, Ada Kesan Jerutan Di Leher Muhammad Al Fatih

Pelajar Ditemui Meninggal Dunia
Pelajar Ditemui Meninggal Dunia

Semalam media sosial dipenuhi dengan kisah seorang pelajar ditemui meninggal dunia di sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di Kuala Kangsar.

Punca Pelajar Ditemui Meninggal Dunia Didedahkan

Punca Pelajar Ditemui Meninggal Dunia Didedahkan, Ada Kesan Jerutan Di Leher Muhammad Al Fatih

Dan hari ini menerusi poratl Sinar harian, polis mengesahkan jerutan pada leher disahkan menjadi punca kematian pelajar lelaki Tingkatan Tiga sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di Kuala Kangsar.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mangsa meninggal dunia sekitar jam 10.35 pagi di tandas sebuah bangunan sekolah berkenaan sebelum disedari seorang pelajar kira-kira jam 2.45 petang.

Mangsa berada di sebuah bilik sakit di sekolah tersebut sejak Isnin kerana kurang sihat. Bilik itu disediakan untuk pelajar yang kurang sihat dan tidak memerlukan rawatan di hospital. Bilik itu dilengkapi CCTV bagi membolehkan pihak sekolah memantau keadaan mereka.

Ads

Pihak polis turut menyatakan, penelitian terhadap tiga siri CCTV yang diterima di bilik berkenaan tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah atau buli.

Ada Kesan Jerutan Di Leher Muhammad Al Fatih

Punca Pelajar Ditemui Meninggal Dunia Didedahkan, Ada Kesan Jerutan Di Leher Muhammad Al Fatih

Ads

Menurut bapanya, Mohd Idzwan Razali, 48, sepanjang perbualan dengan anak ketiga daripada lima beradik itu, tiada sebarang perkara luar biasa diceritakan mengenai kehidupan persekolahannya.

Anaknya, Muhammad Al Fatih Mohd Idzwan, 15, yang mula bersekolah di institusi berkenaan sejak Tingkatan Satu juga tidak pernah berkongsi sebarang masalah berkaitan kehidupan asrama.

Ads

“Persekolahan macam biasa. Kehidupan asrama pun sama seperti pelajar-pelajar lain,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Taiping pada Khamis.

Anda mungkin berminat dengan

Punca Pelajar Ditemui Meninggal Dunia Didedahkan, Ada Kesan Jerutan Di Leher Muhammad Al Fatih

Jenazah mangsa dijadualkan dikebumikan di Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Khamis. Sedih dengan perkhabaran duka ini, nak-nak ibu ayahnya yang diuji dengan sebuah kehilangan.

Semoga semua pihak dapat selesaikan isu ini dengan baik dan adil. Al Fatihah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Selebriti Wanita yang bangkit

7 Selebriti Wanita Ini Bangkit Selepas Melalui Fasa Sukar

Setiap wanita mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi perubahan dalam hidup. Ada yang perlu membina semula kerjaya selepas lama menyepi, ada yang belajar berdikari selepas...