
The Artisans Haven rai pembukaan di 118 Mall, iktiraf artisan tempatan & PMKS
The Artisans Haven terus mengangkat martabat artisan tempatan apabila membuka cawangan runcit baharu di 118 Mall, Presint Merdeka 118, Kuala Lumpur. Bermula sebagai inisiatif membantu penggiat kraf bangkit selepas pandemik, platform ini kini berkembang menjadi antara ruang pemasaran yang mengetengahkan kreativiti, warisan dan keusahawanan tempatan.
Majlis pelancaran pada 17 November lalu turut menyaksikan YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) hadir merasmikan Anugerah Impak Perniagaan (Business Impact Awards) yang mengiktiraf 50 artisan kraf tangan tempatan dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) atas daya tahan serta pencapaian jualan mereka yang membanggakan.
Menurut YB Hannah Yeoh, usaha gigih para artisan ini bukan sahaja berjaya menjana pendapatan mampan untuk keluarga dan komuniti, malah menjadi duta kecil yang memperkenalkan jiwa dan kisah Malaysia kepada pelancong dari seluruh dunia melalui produk cenderamata tempatan.
The Artisans Haven Jana Nilai Jualan Lebih RM3.5 Juta

Lebih RM3.5 Juta Nilai Jualan Dijana
Sejak ditubuhkan pada tahun 2020, The Artisans Haven telah menjadi platform penting buat usahawan wanita dan komuniti tempatan memasarkan karya seni mereka.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jade Lee, menyifatkan pembukaan di 118 Mall sebagai pentas terbaik untuk mengangkat martabat usahawan perintis yang telah mengharungi cabaran getir pasca-COVID-19.
“Sejak awal penubuhan lagi, kerjasama bersama kumpulan artisan ini telah berjaya menjana lebih RM3.5 juta dalam nilai jualan. Fasa seterusnya di 118 Mall ini adalah untuk menyatukan lagi operasi kami dan meneruskan misi memperkasakan mereka,” katanya.
Sebelum ini, The Artisans Haven pernah mengendalikan kedai fizikal di beberapa lokasi tumpuan seperti Pavilion KL, Berjaya Times Square, Stesen MRT Merdeka, dan Fahrenheit 88 sebelum menyatukan kesemua operasinya di bawah satu bumbung di 118 Mall.
Anda mungkin berminat dengan
The Artisans Haven Sasar Jualan RM500,000 Pada 2027
Cawangan baharu yang terletak di L3 K02G, Aras 3, 118 Mall ini menyasarkan jualan tahunan sekurang-kurangnya RM500,000 pada tahun 2027. Lebih daripada sekadar angka, lokasi strategik di tengah pusat bandar ini diharapkan dapat menarik jutaan pelancong untuk membawa pulang hasil kraf asli buatan Malaysia.
Bagi orang ramai yang ingin melihat sendiri koleksi barangan berinspirasikan warisan budaya tempatan ini, mereka boleh terus berkunjung ke 118 Mall, Jalan Hang Jebat, atau membelinya secara dalam talian menerusi platform Shopee dan laman web rasmi www.artisanshaven.com.my.

download sekarang!
