Ads

Sempat Bermaafan Sebelum Keluar Bekerja, Isteri Salah Seorang Anggota Polis Sebak Kenang Moment Terakhir

Bermaafan Sebelum Keluar Bekerja
Bermaafan Sebelum Keluar Bekerja

Siapa sangka, detik bersalaman, bercium dan saling bermaafan sebelum keluar bekerja pagi tadi menjadi kenangan terakhir Nor Ilyanie Abd Aziz, 26, bersama suaminya, Allahyarham Muhammad Shahrul Alif Yaacob.

Sempat Bermaafan Sebelum Keluar Bekerja

Sempat Bermaafan Sebelum Keluar Bekerja, Isteri Salah Seorang Anggota Polis Sebak Kenang Moment Terakhir

Nor Ilyanie berkata, perbuatan itu sememangnya menjadi rutin harian mereka setiap kali sebelum keluar bekerja, tanpa menyangka pertemuan pagi tadi adalah kali terakhir mereka bersama.

Katanya, beliau hanya mengetahui suaminya terbabit dalam kemalangan selepas dihubungi rakan anggota polis sebelum menerima pengesahan daripada seorang pegawai bahawa suaminya meninggal dunia.

Nor Ilyanie yang bekerja sebagai eksekutif akaun di Jelapang, Ipoh, berkata, mereka mendirikan rumah tangga pada April 2024 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Aqif Irsyad Muhammad Shahrul Alif, yang kini berusia lebih enam bulan.

Ads

Isteri Salah Seorang Anggota Polis Sebak Kenang Moment Terakhir

Sempat Bermaafan Sebelum Keluar Bekerja, Isteri Salah Seorang Anggota Polis Sebak Kenang Moment Terakhir

Mengimbas kehidupan bersama Allahyarham, beliau menyifatkan suaminya sebagai seorang yang sangat baik, penyayang dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai suami serta bapa.

“Dia selalu menjaga saya, bertanya sama ada saya sudah makan dan bagaimana keadaan saya di pejabat. Saya pula selalu sakit belakang dan dia akan urut saya pada waktu malam.

“Dia juga seorang suami dan ayah yang sangat bertanggungjawab serta tidak pernah culas dalam menjalankan tanggungjawabnya,” katanya ketika ditemui.

Ads

Menurutnya, Allahyarham juga seorang anak yang amat baik sehingga sanggup menghentikan pengajian demi menjaga ibunya.

Beliau turut menyifatkan Allahyarham sebagai anggota polis yang komited dan berdedikasi dalam menjalankan tugas.

Sempat Bermaafan Sebelum Keluar Bekerja, Isteri Salah Seorang Anggota Polis Sebak Kenang Moment Terakhir

Ads

Allahyarham yang bertugas di Cawangan Pengangkutan, Batu Gajah, adalah antara 11 anggota polis yang dalam perjalanan ke Melaka bagi mengambil semula kenderaan yang dipinjamkan untuk kegunaan Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini.

Anda mungkin berminat dengan

Bagaimanapun, perjalanan berkenaan berakhir dengan tragedi apabila mereka terbabit dalam kemalangan yang meragut nyawa Muhammad Shahrul Alif.

Dalam kejadian itu, seorang anggota polis meninggal dunia, empat cedera parah manakala enam lagi mengalami kecederaan ringan. Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Sri Tujuh, Tumpat, Kelantan, untuk dikebumikan.

Sumber: BERNAMA

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Wanita Bangkit Semula

8 Situasi Wanita Yang Mungkin Sedang Membina Semula Kehidupan

Wanita bangkit semula melalui pelbagai fasa kehidupan yang berbeza. Ada yang sedang membina keluarga, mengejar impian kerjaya dan ada juga yang sedang mencari arah...