Ads

Anne Isteri Achey Hamil Selepas 15 Tahun Menanti Zuriat, “Akhirnya Ada Nyawa Kecil Yang Sedang Membesar Dalam Rahim Ini…”

isteri achey hamil

Anne, isteri Achey hamil selepas 15 tahun menanti zuriat. Penantian panjang pelawak terkenal Achey dan isterinya, Nor Hasanah Yahaya atau mesra disapa Anne, akhirnya berakhir dengan berita paling menggembirakan apabila pasangan ini bakal menimang cahaya mata kandung.

Menerusi perkongsian di Instagram, Anne meluahkan rasa syukur apabila impian yang disimpan sejak awal perkahwinan mereka pada 2011 akhirnya menjadi kenyataan. Lebih menyentuh hati, pasangan ini sebelum ini pernah melalui pelbagai ujian termasuk menjalani rawatan kesuburan bagi mendapatkan zuriat.

isteri achey hamil
15 tahun menanti, akhirnya Allah memakbulkan pasangan ini bakal mempunya zuriat sendiri

“Bukan sehari dua kami menunggu. Bukan setahun dua kami berharap. Tetapi selama 15 tahun, kami menyimpan impian yang sama…

“Ada doa yang tidak pernah putus walaupun berkali-kali diuji. Perjalanan ini bukan mudah, tetapi kami percaya setiap yang Allah aturkan pasti ada hikmahnya.

“Sehinggalah Allah hadirkan satu berita yang selama ini kami impikan,” luah Anne.
Isteri Achey Hamil Selepas 15 Tahun Menanti Zuriat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anne Achey (@anne_achey._)

 Syukur Doa 15 Tahun Dimakbulkan

Ads

Sebelum ini, Achey dan Anne pernah menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) sebagai ikhtiar mendapatkan cahaya mata kandung. Walaupun percubaan terdahulu tidak berhasil, pasangan ini tidak pernah berputus asa dan terus berusaha merealisasikan impian mereka.

Dalam perkongsian sama, Anne turut meluahkan perasaan terharu apabila akhirnya berpeluang merasai pengalaman mengandung selepas sekian lama menanti.

“Alhamdulillah… kami bakal menimang cahaya mata.

Ads

“Akhirnya ada nyawa kecil yang sedang membesar dalam rahim ini. Hadiah terindah daripada Allah, yang tidak mampu kami ungkapkan dengan kata-kata,” kongsinya.

isteri achey hamil
Pasangan ini mengambil Tiara sebagai anak angkat bagi menyerikan hubungan mereka

Untuk rekod, Achey dan Anne mendirikan rumah tangga pada 2011 dan mempunyai seorang anak angkat perempuan, Nur Tiara Zinnirah, yang dipelihara sejak 2018.

Ads

Kehadiran Tiara selama ini menjadi penyeri rumah tangga mereka dan berita kehamilan Anne pastinya menambahkan lagi kebahagiaan keluarga kecil berkenaan.

Anda mungkin berminat dengan

Anne turut merakamkan penghargaan kepada Dr Haris Hamzah dan Alhaya Fertility serta semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang usaha mendapatkan zuriat.

“Terima kasih Ya Allah, kerana tidak pernah mensia-siakan doa hamba-Mu,” titipnya.

Semoga segala urusan kehamilan Anne dipermudahkan dan pasangan ini dikurniakan cahaya mata yang sihat. Tahniah buat Achey dan Anne atas berita gembira ini.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Tanda-tanda Vertigo

Tanda-tanda Vertigo, Jangan Pandang Ringan Dan Anda Perlu Dirawat!

Wanita, ambil tahu tanda-tanda vertigo jika anda berasa seolah-olah dunia sedang berpusing walaupun tidak bergerak, jangan sesekali menganggapnya sebagai pening biasa.