Ads

Gaji Isteri Lebih RM15K, Peguam Syarie Dedah Suami Mohon Poligami Kerana Rasa Ada Duit Lebih

Ramai suami menyangka mereka “mampu” berpoligami hanya kerana melihat baki gaji di hujung bulan masih banyak. Hakikatnya, angka itu wujud bukan kerana mereka benar-benar berduit tetapi kerana ada seorang isteri di belakang yang sedang menanggung hampir semua beban rumah tangga.

Inilah realiti pahit dalam satu kes sebenar yang dikendalikan oleh peguam syarie, Tuan Fahmi Ramli dari Tetuan Fahmi Ramli melibatkan seorang isteri yang mempunyai pendapatan lebih RM15,000 sebulan mengadu suami mahu berpoligami lain selepas merasakan ada lebihan duit gaji.

Pada hal, sepanjang perkahwinan, isteri inilah yang banyak menanggung perbelanjaan keluarga  daripada ansuran rumah, kereta, persekolahan anak-anak hinggalah pelbagai komitmen lain. Bukan kerana suami langsung tiada pendapatan tetapi kerana isteri mahu membantu dan meringankan beban suami.

Sehinggalah satu hari, suami memfailkan permohonan untuk berpoligami di Mahkamah Syariah. Alasan suami, dia mampu kerana setiap bulan masih mempunyai lebihan gaji yang banyak.

Ads

Tetapi suami terlupa satu perkara. Dia nampak mampu kerana selama ini isterinya yang banyak menanggung perbelanjaan keluarga. Apabila isteri mula meminta suami mengambil alih tanggungjawab nafkah yang sepatutnya, suami pula mempertikaikan tindakan tersebut:

“Selama ni boleh ja bantu. Kenapa bila abang nak kahwin lain, tiba-tiba tak boleh bertolak ansur?”

Inilah realiti yang menyedihkan  apabila pengorbanan seorang isteri akhirnya dianggap sebagai kewajipan, sedangkan tanggungjawab sebenar suami semakin dilupakan.

Ads
poligami
Seorang isteri mendedahkan kepada peguam syarie suami mahu berpoligami lagi kerana rasa ada lebihan duit setiap bulan
Apa Kata Undang-Undang Syariah?

Dalam permohonan poligami, antara perkara utama yang dinilai oleh Mahkamah Syariah ialah kemampuan kewangan suami untuk menanggung semua isteri dan tanggungannya. Mahkamah tidak sekadar melihat berapa banyak baki gaji suami setiap bulan, sebaliknya menilai komitmen dan tanggungjawab nafkah yang sebenar.

Ads

Isteri yang mempunyai pendapatan besar tetap mempunyai hak nafkah daripada suaminya tertakluk kepada hukum syarak. Bantuan kewangan yang diberikan secara sukarela oleh isteri tidak secara automatik memindahkan tanggungjawab nafkah kepada isteri.

Anda mungkin berminat dengan

Bagaimana Isteri Boleh Membantah Permohonan Poligami Suami?

Ramai isteri beranggapan apabila suami sudah memfailkan permohonan poligami, mereka tiada pilihan selain pasrah. Sebenarnya, isteri sedia ada mempunyai ruang untuk mengemukakan bantahan dan menjelaskan kedudukan sebenar rumah tangga kepada mahkamah melalui prosedur berikut:

  1. Menerima saman atau notis permohonan poligami Apabila suami memfailkan permohonan, isteri sedia ada lazimnya akan dipanggil hadir ke mahkamah. Isteri perlu meneliti alasan permohonan, pendapatan suami, komitmen kewangan serta maklumat tanggungan yang dikemukakan.

  2. Memfailkan jawapan atau bantahan Mengikut tatacara mahkamah negeri berkenaan, isteri boleh memfailkan bantahan terhadap permohonan suami. Contohnya, suami mendakwa mempunyai lebihan pendapatan RM5,000 sebulan, sedangkan hakikatnya lebihan itu wujud kerana isteri yang membayar ansuran rumah, kereta dan perbelanjaan anak-anak. Perkara inilah yang perlu didedahkan kepada mahkamah.

  3. Mengemukakan bukti kemampuan kewangan sebenar suami Isteri boleh menyediakan dokumen seperti penyata bank, resit pembayaran, bukti ansuran rumah, perbelanjaan anak-anak dan komitmen keluarga supaya mahkamah dapat menilai kemampuan sebenar suami.

  4. Menghadiri pendengaran di Mahkamah Syariah Mahkamah akan menilai bantahan isteri berdasarkan syarat poligami undang-undang negeri — termasuk keperluan perkahwinan baharu, kemampuan kewangan, keupayaan berlaku adil serta sama ada ia mendatangkan darar syarie (kemudaratan) kepada isteri sedia ada. Bantahan yang disokong bukti kukuh menjadi pertimbangan penting mahkamah.

  5. Menuntut hak nafkah isteri dan anak-anak Selain membantah poligami, isteri juga boleh mendapatkan nasihat guaman untuk memfailkan tuntutan nafkah isteri, nafkah anak atau nafkah tertunggak sekiranya mempunyai asas tuntutan.

    NASIHAT SAYA KEPADA WANITA BEKERJAYA

    Tidak salah membantu suami. Tidak salah menggunakan duit sendiri untuk memberikan keselesaan kepada keluarga.

    Tetapi jangan sampai suami terlalu selesa dengan pengorbanan kita sehingga menganggap semua itu memang tanggungjawab isteri.

    Simpan rekod pembayaran, penyata bank dan segala bukti perbelanjaan keluarga.

    Kerana apabila berlaku pertikaian, bukti-bukti inilah yang mungkin membantu menjelaskan siapa sebenarnya yang selama ini menanggung keluarga.

    Ingat, isteri yang banyak membantu bukan bermakna suami sudah terlepas daripada tanggungjawabnya.

    Kadang-kadang suami bukan benar-benar mampu menanggung dua keluarga.

    Dia cuma kelihatan mampu kerana selama ini seorang isteri telah menanggung sebahagian besar tanggungjawabnya.

    Dan apabila isteri mula menuntut haknya, jangan pula pengorbanan selama bertahun-tahun itu dipersoalkan atas nama “tolak ansur”. Kredit :-Peguam Syarie, Fahmi Ramli & Co
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Kesihatan Mental Wanita

Bukan Mudah Melupakan Trauma, Ini Cara Wanita Bina Semula Kekuatan Mental

Kesihatan mental wanita merupakan aspek penting yang sering terjejas apabila seseorang melalui pengalaman traumatik, sama ada akibat penderaan, keganasan rumah tangga, gangguan seksual atau...