Prihatin Golongan Memerlukan, Siti Nurhaliza Ajak Masyarakat Sumbang Untuk Dana P.K.P
kredit foto Instagram Siti Nurhaliza @ctdk

Duduk di rumah dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak membataskan penghibur tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza mengambil inisiatif membantu para pejuang barisan hadapan dan orang ramai yang terkesan dengan wabak covid-19.

Justeru, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. telah mengambil inisiatif untuk membantu para pejuang barisan hadapan dan orang ramai yang terkesan dengan situasi ini melalui pengumpulan Dana Peduli, Kemanusiaan, Prihatin (PKP) Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Secara ringkasnya, dana ini dinamakan Dana P.K.P Siti Nurhaliza.

Dato’ Siti Nurhaliza juga akan menjayakan YouTube Live P.K.P Siti Nurhaliza di saluran YouTube Siti Official Video pada 19 April 2020, bermula jam 2.30 petang.

Para penonton YouTube boleh menderma dengan cara membuat imbasan Kod QR (QR Code) dan Siti akan menghiburkan mereka dengan nyanyian lagu-lagu pilihannya.

Ketika dihubungi MW, usahawan dan penyanyi terkenal ini menjelaskan beliau terpanggil untuk menubuhkan Dana P.K.P Siti Nurhaliza ini kerana beliau tahu keprihatinan rakyat Malaysia.

Dan saya mahu bersama-sama mereka menyumbang kembali kepada kita. Justeru saya menggunakan tagline Kita Bersama-sama Membantu Kita. Saya tidak mahu berseorangan kerana pada masa inilah kita semua harus berganding untuk memenangkan negara kita dari masalah Covid19. Apabila ada dana ini, orang ramai dapat sama-sama menyumbang dan ada platform rasmi untuk bantuan yang mahu disalurkan.”

Produktif Masa PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa wabak covid-19 ini turut memberi kesan terhadap dirinya dalam kerjaya sebagai artis dan usahawan.

IKLAN

Semua orang sedia maklum, aktiviti artis atau peniaga pastinya terbatas tetapi ini tidak menghalang untuk kita produktif. Saya berjaya merakamkan single Ramadan di rumah, memang satu perkara yang tak pernah saya lakukan, kerana biasanya di studio.

“Saya juga menjayakan Youtube Live untuk kempen Dana P.K.P dan orang ramai boleh menyumbang secara langsung menggunakan QR Code. Sebagai peniaga, saya dan pasukan kerja melakukan jualan atas talian dan saya juga banyak membuat tutorial solekan dan sebagainya.

Jelas Siti lagi, beliau berharap dana yang dikumpul ini dapat membantu insan yang memerlukan.

Ada 3 objektif saya dengan penubuhan dana ini dan setiap kategori iaitu Peduli. Kemanusiaan. Prihatin dan ada golongan sasar yang akan disalurkan bantuan. Saya berharap sedikit sebanyak usaha saya dan orang ramai yang menyumbang ini, akan dapat meringankan beban semua yang memerlukan.”

IKLAN

Prihatin Golongan Memerlukan, Siti Nurhaliza Ajak Masyarakat Sumbang Untuk Dana P.K.P

Sebagai langkah permulaan, beliau mensasarkan pengumpulan dana untuk keperluan segera dalam kategori Peduli iaitu sebanyak RM50,000. Jumlah sasaran ini akan dinaikkan dan berterusan memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan serta banyak jenis bantuan akan disalurkan

*Untuk kempen bencana alam dan kecemasan (seperti Covid-19), Kitafund tidak mengenakan caj 5% fi untuk platform. Fi yang perlu dibayar adalah fi payment gateway yang akan ditolak dari jumlah keseluruhan terkumpul kempen. Apabila seorang penderma menyumbang di kempen, payment gateway fees yang dikenakan adalah:

Razer (Molpay): RM1/transaction

IKLAN

Paypal: 3.9% + RM2/transaction

E-wallet (Grabpay, boost, TnG): 1.4%

Cara untuk Menyumbang ke Kempen ini
  1. Tekan butang “Sponsor”
  2. Nyatakan jumlah dana yang ingin diberikan
  3. Pilih cara pembayaran (Online Banking atau Debit/Credit Card/Paypal).
  4. Berikan e-mel untuk menerima resit dan kemas kini dari kempen ini
  5. Tekan butang “Sponsor”
  6. Teruskan dengan membuat pembayaran di laman seterusnya.
  7. Anda akan di kembalikan ke laman ini selepas membuat sumbangan anda. Sumbangan anda akan direkod di sini juga.

Kitafund

Platform Kitafund dibina bagi memupuk nilai murni untuk menderma di samping memudahkan orang ramai untuk menyumbang di atas talian (online) tanpa ragu-ragu.

Bagi warganegara Malaysia yang berhasrat untuk menyumbang, anda boleh layari laman web rasmi Kitafund di www.kitafund.com dan pilih kempen ‘Dana P. K. P Siti Nurhaliza’. Bagi memudahkan pencarian kempen, anda juga boleh memasukkan kata kunci ‘siti nurhaliza’.

Baca ini juga:

sedia-hamil-anak-kedua-siti-nurhaliza-jalani-pembedahan-prosedur-ivf

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI