Bapa pilu peluk jenazah anak perempuan, kereta menjunam ke gaung. Seorang bapa tidak mampu menahan tangisan kehilangan anak perempuan berusia lima tahun selepas kenderaan dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung di jalan lama Raub-Bentong dekat jambatan besi pertama Tras di sini pada Selasa.
Dalam gambar dikongsi ini, bapa ini menangis sambil memangku jenazah anaknya yang sudah tidak bernyawa lagi selepas terlibat dalam nahas tersebut.
Bapa Pilu Peluk Jenazah Anak Perempuan
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, kanak-kanak terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Keadaan kereta Honda Accord yang dinaiki mangsa dalam kejadian tersebut. – Foto: PDRM
Kereta Dipandu Terjunam Masuk Gaung
Ads
Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta jenis Honda Accord dipandu bapa mangsa yang juga buruh ladang durian dalam perjalanan dari arah Tranum menuju ke Raub.
“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung.
Ads
“Akibat kemalangan tersebut, pemandu berusia 30 tahun masih sedar dan telah membawa naik mangsa penumpang hadapan, seorang kanak-kanak perempuan iaitu anaknya sendiri yang tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Bantuan pernafasan yang diberikan kepada kanak-kanak terbabit sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. – Foto: PDRM
Pasukan bomba dan penyelamat juga berusaha memberikan bantuan pernafasan dalam usaha menyelamatkan mangsa. Tambah Mohd Shahril, pembantu perubatan Hospital Raub yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Isteri tunggu mesej sehingga tertidur, rupanya suami sudah meninggal dunia. Penantian seorang isteri yang ingin tahu keberadaan suami hingga tertidur berakhir dengan kedukaan bila mana suaminya terlibat dalam kemalangan pada tengah malam, Rabu.
Mangsa, Muhammad Taqiyyuddin Zulkifli, 35, parah di kepala selepas motosikal ditunggangnya terlanggar tayar ganti sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang terlibat dalam kemalangan di kilometer 232.1 Utara- Selatan (PLUS) arah utara, di sini.
Isterinya, Nur Izzaty Abd Jalil, 35 berkata, suaminya dalam perjalanan pulang ke Johor susulan akan memulakan kerjanya semula di Singapura selepas bercuti lama sempena Tahun Baharu Cina.
“Arwah dari rumah kami di Rawang, Selangor dan bergerak pulang ke Johor dalam jam 10.30 malam Selasa. Selalunya dia ambil masa dalam dua jam setengah untuk sampai sana.
“Tapi dalam jam 2 pagi macam itu saya tunggu dia mesej, tidak ada. Jadi saya mesej tanya… abang dah sampai ke, tetapi tidak berjawab. Sementara menunggu itu sampai saya tertidur,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Rembau pada Rabu.
Ujar suri rumah itu, kira-kira jam 5 pagi bapa mentuanya datang ke rumahnya memaklumkan suaminya terlibat kemalangan.
“Sebelum kejadian kami berkesempatan bercuti bersama sampai arwah tambah cuti dua hari iaitu Isnin dan Selasa yang mana sepatutnya dia pulang ke Johor pada hari Ahad.
“Tak tahulah, saya memang nampak dia sugul macam tak nak balik,” katanya yang arwah akan pulang setiap minggu ke Rawang.
Allahyarham bekerja di Singapura sejak 2016 sebelum pulang ke negara ini susulan wabak Covid-19 dan bekerja semula di Kota Singa itu pada 2022 sehingga kini.
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura berkongsi mengenai pemergian isteri tercinta Akiko Okumura sememangnya mengejutkan banyak pihak.
Mana tidaknya, ramai followers memberi komen bahawa pasangan ini baru sahaja membuat sesi siaran langsung bersama-sama di media sosial malam tadi.
Perasaan sedih pastinya menyelubungi keluarga ini apatah lagi Akiko baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiran pada 19 Februari lalu. Manakala anak kesayangan mereka iaitu Sky pada 21 Februari serta Ridzokumura pada 11 Februari 2025.
Selain itu, Akiko dan Ridzo juga sempat meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-16 pada 14 Februari lalu.
“Al-Fatihah untuk arwah isteri saya Akiko Okumura telah pergi meninggalkan saya dan anak saya selamanya,” tulisnya ringkas di Instagram miliknya.
Punca kematian Akiko masih tidak diketahui manakala anak saudara Ridzokumura iaitu aktres Zarina Zainuddin tidak menjawab panggilan telefon yang dibuat oleh pihak media.
Untuk rekod, Ridzokumura dan Akiko yang merupakan warga negara Jepun, mendirikan rumah tangga pada Februari 2009. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Sky Taizo Okumura, yang baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-13 semalam.
Wanita jangan wangi-wangi sangat, ‘bahaya’ bila lalu depan lelaki. Dalam kehidupan seharian, menjaga kebersihan dan penampilan diri adalah sesuatu yang dituntut, lebih-lebih lagi bagi seorang wanita.
Berpakaian kemas, berbau harum, dan tampil menarik adalah sebahagian daripada fitrah manusia. Namun, adakah wajar jika seorang wanita memakai wangian yang terlalu kuat sehingga menarik perhatian lelaki lain?
Wangian bukan sekadar untuk menyegarkan diri, tetapi ia juga boleh memberi kesan kepada orang di sekeliling. Apabila seorang wanita memakai minyak wangi yang terlalu kuat, ia boleh menarik perhatian lelaki, sama ada secara sedar atau tidak.
Bau yang menyengat boleh mengundang rasa tertarik, mencetuskan perasaan yang tidak sepatutnya, dan dalam sesetengah keadaan, boleh menjadi fitnah.
Rasulullah SAW pernah mengingatkan bahawa wanita yang memakai wangian hingga menarik perhatian lelaki bukan mahram boleh dianggap seperti melakukan sesuatu yang tidak baik. Dalam satu hadis, Baginda bersabda:
“Seorang wanita, apabila memakai minyak wangi lalu melewati suatu kaum supaya mereka terhidu baunya, maka dia adalah perempuan zina.” (Hadis Riwayat Abu Daud & An-Nasa’i)
Hadis ini bukan bermaksud wanita tidak boleh memakai wangian langsung, tetapi ia mengingatkan agar tidak berlebihan sehingga menarik perhatian yang tidak sepatutnya.
Sebagai wanita, memakai wangian bukanlah satu kesalahan, tetapi ada batas yang perlu dijaga. Berikut adalah beberapa garis panduan yang boleh diikuti:
– Pilih wangian yang lembut dan tidak terlalu menyengat. Wangian yang terlalu kuat boleh mengganggu orang lain dan menarik perhatian yang tidak perlu.
– Sebaiknya, wanita memakai wangian ketika berada di rumah, khususnya untuk suami. Ini lebih baik berbanding memakai wangian yang berlebihan ketika keluar rumah.
– Jika perlu memakai minyak wangi di luar rumah, cukup sekadar yang memberi kesegaran diri tanpa menarik perhatian orang lain.
– Wangian yang sebenar bukan hanya dari minyak wangi, tetapi juga dari keperibadian dan akhlak yang baik. Wanita yang menjaga aurat, tutur kata, dan tingkah laku akan lebih dihormati berbanding yang sekadar wangi tetapi tidak menjaga batas pergaulan.
Tiada salahnya wanita memakai wangian, tetapi perlu berpada-pada dan mengikut batas yang ditetapkan dalam agama serta norma masyarakat. Memakai minyak wangi secara berlebihan sehingga menarik perhatian lelaki bukan mahram boleh mengundang fitnah dan membuka pintu kepada perkara yang tidak diingini.
Keindahan seorang wanita bukan sekadar terletak pada wangian yang dipakai, tetapi pada akhlak, kesopanan, dan maruah yang dijaga. Wangian yang sebenar adalah kesucian hati dan keindahan peribadi yang akan dikenang oleh orang lain, bukan sekadar bau yang hilang dibawa angin.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!