Ibu Sebak, Hafiz Mahamad Buat Kejutan Hadiahkan Kereta Di Hari Persaraan. Ibu bapa merupakan insan yang banyak berjasa kepada kita.

Terdapat banyak cara membalas jasa ibu bapa, namun ia tidaklah mampu membalas semua jasa mereka sejak melahirkan kita sehinggalah kita dewasa. Ibu dan ayah juga banyak berkorban wang ringgit untuk membesar dan memberikan didikan yang sempernah kepada anak-anak.

Mereka juga mencurahkan kasih sayang sejak kita di dalam  kandungan lagi. Oleh itu, menghormati mereka dengan sepenuh hati merupakan salah satu cara kita membalas jasa-jasa mereka.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Ibu Sebak, Hafiz Buat Kejutan Hadiahkan Kereta Di Hari Persaraan

Ibu Sebak, Hafiz Buat Kejutan Hadiahkan Kereta Di Hari Persaraan “Tak Terbalas Jasa Besarkan Kami”

 

Sayangilah ibu bapa kerana tiada galang gantinya di dunia ini. Sebagai anak, kita perlu mencari keberkatan di dunia dan akhirat.  Menerusi perkongsian terbaru personaliti media sosial yang juga usahawan, Hafiz Mahamad berkongsi dirinya membuat kejutan kepada ibunya dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah di hari akhir ibunya bekerja.

Ternyata apa yang dikongsikan membuatkan warganet terharu. Semestinya sebagai anak wajib membalas jasa ibu bapa yang tak ternilai harganya.

“Harini hari terakhir mama bekerja,

Dalam lori ni, ada hadiah pencen untuk mama & abah

3 bulan saya persiapkan untuk “hari bahagia” ini

Semalam saya datang surprise di “tempat kerja” mama. Sebak sangat rasa & surprise ni adalah surprise paling bermakna

Mama besarkan saya & adik dengan bekerja sebagai jururawat. Bila dh besar ni, saya mula sedar. Bukan mudah untuk besarkan kami

Ingat lagi waktu kecik dulu, kita minta apa pun Mama & Abah cuba sediakan tanpa ada air muka yg menunjukkan dia tak mampu walhal saya tahu dia perlu berkira kira. Itu yg saya mula sedar sekarang.

Ibu Sebak, Hafiz Buat Kejutan Hadiahkan Kereta Di Hari Persaraan “Tak Terbalas Jasa Besarkan Kami” Ibu Sebak, Hafiz Buat Kejutan Hadiahkan Kereta Di Hari Persaraan “Tak Terbalas Jasa Besarkan Kami”

Membesar Di Kuarters

Saya membesar di kuarters kerajaan. Sampai 1 masa. Mama perlu pindah kerja ke negeri lain

“Harini, seolah olah seperti “saya dapat mama & Abah saya balik

Diwaktu umur 13 tahun lah hingga lah besar. Saya terpaksa hidup berjauhan dgn “Mama”. Saya & adik pun, kami terpaksa berjauhan atas sebab Abah & mama bertuga di negeri lain lain

Orang lain boleh rasa masakan Ibu setiap hari, tp saya ? “menjemput” Mama setiap kali dia datang di stesen kereta api, dari sk sampailah besar. itu saat saya paling bahagia

Apa yg saya boleh banggakan Mama ?

Tak terbalas semuanya

Mama & Abah selalu doakan perniagaan @ainaabeautyofficial maju

Saya bangga dibesarkan dengan didikan Abah Mama. Saya bangga dengan usaha abah mama besarkan saya

Harini, saya nk hadir untuk bahagiakan mama & abah

Terima Kasih untuk isteriku, sayang tanpa awak “abang bukan siapa siapa” & abang hanya menumpang rezeki awak

Terima Kasih team sampai pukul 4AM bantu saya siapkan surprise ni, Terima Kasih officemate mama bantu untuk mencipta kenangan ni & Terima Kasih @hafisnaserr permudahkan saya untuk hadiahkan kereta ini

Abah pesan

“Selepas Abah Mama Pencen”

Kami hanya ada 10 tahun sahaja lagi, disaat kami umur 70 tahun nanti. Selepas pada umur tu, semuanya hanya lah bonus

Abah Mama,

Hafiz takda membazir & bermewah selamani

Usaha Hafiz semuanya untuk Mama Abah

Hafiz janji akan menjadi anak yg sentiasa sebarkan

“Kejayaan Demi Kebahagiaan”.

Baca Disini : Hafiz Buat Kejutan, Umum Bawa 120 Staff Tunai Umrah. Belum Kerja Sebulan Pun Direzekikan Pergi

Selepas Kematian Ibu, Dua Beradik Putuskan Hidup Bawah Jambatan, Akhirnya Diselamatkan

“Sentiasa Tak Lupa Ibu Ayah dan Isteri” Warganet

Menerusi ruangan komen ramai yang memuji sikap Hafiz yang berbuat baik dengan ibu dan ayahnya.

Ibu Sebak, Hafiz Buat Kejutan Hadiahkan Kereta Di Hari Persaraan “Tak Terbalas Jasa Besarkan Kami” Ibu Sebak, Hafiz Buat Kejutan Hadiahkan Kereta Di Hari Persaraan “Tak Terbalas Jasa Besarkan Kami” Ibu Sebak, Hafiz Buat Kejutan Hadiahkan Kereta Di Hari Persaraan “Tak Terbalas Jasa Besarkan Kami”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

 Mingguan Wanita :  Allahu bagusnya Hafiz begitu baik pada ibu dan ayahnya. 

Sumber  : Instagram Hafiz Mahamad

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda! 

Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI