Petua Onde-Onde Tahan Lama & Lambat Basi, Kelapa Parut Kena Kukus Dulu

Share

Onde-onde, resipi ini bukan saha menjadi kegemaran orang Pantai Timur tetapi juga seluruh Malaysia. Bila gigit, terasa letupan dan manisan gula melaka di dalamnya.

Cara nak buat onde-onde pun tak susah sangat, guna tepung pulut saja dan ada sesetengah makan-mak akan tambah tepung gandum. Bergantung pada resipi masing-masing.

Apa yang menjadi masalahnya, kalau masak waktu pagi, tak sampai petang, kita akan bau masam. Bukan sebab onde-onde itu dah basi tapi berpunca pada kelapa parut yang menyalutinya.

Ada cara nak bagi onde-onde ini tahan lama dan lambat basi. Ikuti resipi dan perkongsian daripada Ayza Nur ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: CARA Mudah Rebus Nasi Impit Jimat Gas, Tak Guna Pressure Cooker

Resipi Kuih Ketayap, Adunan Jangan Terlalu Pekat, Masak Ada Lubang-Lubang Baru Menjadi!

Info Lebih Menarik DI SINI

Resipi Onde-Onde Lambat Basi

2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan atau lebih air daun pandan + sedikit pewarna hijau
Seketul gula melaka (di potong dadu)
Sedikit garam
1/2 biji kelapa parut – di tambah sedikit garam

Cara Membuatnya:

1. Satukan tepung pulut, tepung gandum & garam di dalam satu bekas..

2. Tuang air pandan tadi sedikit demi sedikit sambil menguli adunan tadi.

3. Uli hingga adunan sebati dan tidak melekat di tangan dan boleh dibulat-bulatkan.

4. Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.

5. Letakkan gula melaka di bahagian tengah dan bulat-bulatkan

6. Bulatkan adunan tadi hingga habis dan susun di dalam dulang yaag ditabur sedikit tepung gandum.

7. Didihkan air di dalam periuk.

8. Masukkan kuih ke dalam air yang sedang mendidih.

9. Biarkan sehingga kuih tadi timbul di permukaan air seketika kemudian bolehlah di angkat dan ditoskan airnya.

10. Selepas itu golekkan kuih tadi di atas kelapa parut

TIP PENTING
Kelapa parut perlu dikukus seketika untuk bagi tahan lama supaya kuih tidak cepat basi. Paling penting, bila buat sendiri, kita boleh letak gula melaka di dalamnya ikut citarasa sendiri.

Mingguan Wanita : Sedapnya. Patutlah ada sesetengahnya, tak sampai separuh hari dah rasa masam. Rupanya kenalah kukus dulu kelapa parut.

Sumber: Ayza Nur

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

IKLAN