Onde-onde, resipi ini bukan saha menjadi kegemaran orang Pantai Timur tetapi juga seluruh Malaysia. Bila gigit, terasa letupan dan manisan gula melaka di dalamnya.
Cara nak buat onde-onde pun tak susah sangat, guna tepung pulut saja dan ada sesetengah makan-mak akan tambah tepung gandum. Bergantung pada resipi masing-masing.
Apa yang menjadi masalahnya, kalau masak waktu pagi, tak sampai petang, kita akan bau masam. Bukan sebab onde-onde itu dah basi tapi berpunca pada kelapa parut yang menyalutinya.
Ada cara nak bagi onde-onde ini tahan lama dan lambat basi. Ikuti resipi dan perkongsian daripada Ayza Nur ini.
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan atau lebih air daun pandan + sedikit pewarna hijau
Seketul gula melaka (di potong dadu)
Sedikit garam
1/2 biji kelapa parut – di tambah sedikit garam
Ads
Cara Membuatnya:
1. Satukan tepung pulut, tepung gandum & garam di dalam satu bekas..
2. Tuang air pandan tadi sedikit demi sedikit sambil menguli adunan tadi.
3. Uli hingga adunan sebati dan tidak melekat di tangan dan boleh dibulat-bulatkan.
4. Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
5. Letakkan gula melaka di bahagian tengah dan bulat-bulatkan
Ads
6. Bulatkan adunan tadi hingga habis dan susun di dalam dulang yaag ditabur sedikit tepung gandum.
7. Didihkan air di dalam periuk.
8. Masukkan kuih ke dalam air yang sedang mendidih.
9. Biarkan sehingga kuih tadi timbul di permukaan air seketika kemudian bolehlah di angkat dan ditoskan airnya.
Ads
10. Selepas itu golekkan kuih tadi di atas kelapa parut
TIP PENTING
Kelapa parut perlu dikukus seketika untuk bagi tahan lama supaya kuih tidak cepat basi. Paling penting, bila buat sendiri, kita boleh letak gula melaka di dalamnya ikut citarasa sendiri.
Mingguan Wanita : Sedapnya. Patutlah ada sesetengahnya, tak sampai separuh hari dah rasa masam. Rupanya kenalah kukus dulu kelapa parut.
Nikmatnya dapat makan puding karamel sejuk yang sedap dan cantik licin kejadiannya. Bukan apa jika salah teknik, puding karamel ni jadi berongga, berbuih dan tak licin.Tip paling penting pukul adunan cukup sekadar ia larut dan sebati.
Nah ni chef kongsikan Resepi Puding Karamel Sedap, Chef belajar dulu. Dulu chef buat kat offshore untuk crew-crew pelantar minyak.
Masa Penyediaan: 10 minit
Masa Memasak:25 minit
Jumlah Hidangan:5 orang
(Bahan-bahan untuk Gula Karamel):
1/4 cawan gula + 1 sudu besar gula
3 sudu besar air
(Bahan-bahan untuk puding):
5 biji telur, saiz B
1 tin susu cair
150ml air
1/4 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
1.Panaskan gula dan air di dalam periuk di atas api perlahan sehingga warna bertukar keperangan, kemudian baru kacau sekata.
2.Tuang dalam loyang berukuran 6 inci dan ketepikan.
3.Dalam mangkuk, satukan semua bahan menggunakan whisk.
4.Pastikan gula cair dan jangan terlebih pukul sehingga adunan sehingga berbuih. Cukup sekadar adunan larut dan sebati.
5.Tapiskan adunan ke dalam loyang gula karamel. Tuang dengan berhati-hati supaya lapisan bawah karamel tidak terjejas.
6.Tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tidak bertakung sewaktu dikukus. Kukus selama 30-35 minit minit, atau sehingga puding menjadi pejal.
(Kaedah ‘water bath’)
Boleh juga sediakan puding karamel menggunakan kaedah ‘water bath’ atau ‘bain marie’ dan bakar di dalam oven pada suhu 170°C, selama anggaran 40-45 minit. Kaedah ini menghasilkan puding yang lebih licin dan tidak berongga.
Caranya ialah dengan meletak air panas ke dalam loyang yang lebih besar, kemudian letakkan loyang puding karamel yang telah di tutup dengan kertas aluminium foil dan bakar sehingga masak. Jangan buka oven di sepanjang proses memasak kerana wap air akak meruap keluar dan mengganggu hasil puding nanti.
Mingguan Wanita: Begini rupanya nak buat Puding Karamel yang sedap dan cantik licin tak berongga.Pastikan jangan terlebih pukul sehingga berbuih, dan kacau sekadar adunan larut dan sebati sahaja. Boleh ikut kaedah dan resipi yang dikongsikan ini. Sedapnya makan sejuk-sejuk.
Ada setengah daripada mak-mak susah nak pilih oren yang manis. Selalu yang dapat mesti masam. Lepas tu, mulalah terperap dalam peti ais sebab tak sanggup nak makan oren masam.
Ada cara nak pilih oren yang manis. Kena cari yang berlubang kecil di kepala oren tersebut. Rupanya lubang kecil di kepaka oren itu adalah oren betina. Manakala lubang besar di kepala oren pula adalah oren jantan.
Inilah yang dikongsikan oleh Nora Yusof tentang cara nak pilih oren yang manis.
“Bila potong buah, dalamnya memang nampak bezasedikit. Walaupun rasa keduanya agak manis sebab harga pun boleh tahan, tapi oren betina lebih manis berbanding oren jantan.”
Biasa kita panggil buah oren dan semua oren sama saja. Rupanya, buah oren ini banyak jenis. Disenaraikan beberapa jenis oren untuk pengetahuan mak-mak.
1. OREN NAVEL :
Sejenis oren yang amat unik kerana kualitinya yang mengejutkan sebaik sahaja mengupasnya. Ia berbentuk bulat mempunyai kulit yang nipis dengan warna isinya yang oren kuning kuat. Buat ini selalunya terbentuk selepas pendebungaan dengan buahnya ada dua setangkai di hujung ranting pokok. Kedudukan buah ini yang seperti pinggang manusia membolehkan oren ini diberikan gelaran ‘Navel Orange’. Limau Oren Navel ini luas ditanam di Brazil, dan di USA (Calofornia, Arizona dan Florida) dan sedikit di Cnina serta Meditrenean.
2. OREN VALENCIA:
Jenis oren bersaiz besar yang mudah dikupas dimana mempunyai permukaan kulit luar tidak rata (pebbled surface). Jenis limau ini ada biji dimana buah jenis ini apabila cukup masa memang sangat manis. Dilaporkan oren Valencia adalah jenis oren yang paling baik untuk dijadikan jus minuman Walau pun mempunyai kulit yang agak nipis dan mudah dikupas, oren Valencia ini kehebatannya kerana ia tahan lama hayatnya (lengthy shelf-life). Apabila anda ke Hypermarket mudah jumpa limau ini dipamerkan dengan harga sederhana mahal di mana pengguna akan membeli mengiku kiraan biji atau timbangan kilogram.
3. OREN MORO:
Ia berlainan sekali kerana masih mengekalkan warna kulit luarnya yang berwarna oren akan tetapi isinya berwarna kemerahan (Sila lihat foto disebelah). Nama oren ini diberikan kerana warna isinya yang merah darah atau dipanggil sebagai ‘Moro Blood’. Warna isi yang juga ‘red striped to totally deep red’ memang mempunyai kulit luar kadang-kadanga oren kemerahan juga terutama pada bahagian tangkai buah. Warna merah ini disebabkan oleh kandungan bahan pigmen iaitu antosianin (Anthocyanin) sama ada di dalam buah atau bunganya. Dari segi rasa pula ia seakan rasa buah Raspberry. Makanan dikenali sebagai minuman ais (sorbets) menjadikan ia berwarna merah yang diminati ramai orang.
4. OREN CARA-CARA:
Ia merupakan sejenis oren yang isinya berwarna merah tetapi dipanggil sebagai Merah Bunga Mawar (Rose Red Colour). Kultivar oren ini juga ada variasi warna isinya daripada rosy flesh kepada warnak Pinkish sehingga menyamai buah grapefruit. Ramai pengguna mendakwa bahawa limau ini lebih baik dan adcance daripada oren Navel dari segi rasa dan khasiatnya. Ini menjadikan buah ini sangat laris apabila tiba musimnya.
5. OREN HAMLIN:
Ia dilaporkan antara kultivar yang paling luas ditanam di Florida USA dan istimewanya pokok oren ini tahan dengan suhu sejuk. Oren ini didakwa mampu menghasilkan buah yang banyak hasil dari biak baka yang sangat baik di Florida. Oren ini biasanya diisikan didalam kotak dimana akan dipasarkan kebeberapa negara luar dengan konsisten. Walau pun warna isinya tidak berapa kuat seperti oren navel akan tetapi masih menerima pasaran agak baik di seluruh dunia. Ia juga sesuai untuk diperah untuk djadikan jus minuman oren.
6. OREN CLEOPATRA:
Ia mempunyai bentuk agak bulat leper (glaborous) dengan warna kulit luar oren lembut. Pokok ini mempunyai kurang duri pada batang dan ranting agak panjang dan ada yang tidak berduri. Ia merupakan jenis oren yang berkualiti akan tetapi tahap kematangannya umum. Buahnya agak sedikit kecil dengan banyak juga ditanam di Australia di mana mempunyai kulit tebal berwarna oren dengan isinya yang memang manis. Sesuai dimakan segar atau pun dijadikan jus minuman.
7. MANDARIN ORANGE :
Merupakan jenis oren yang paling popular di Malaysia terutama semasa sambutan Tahun baru China. Oren Mandarin (Citrus recticulata) merupakan luas jenis lagi seperti jenama Clemetine, Satsuma, Honey, Pixie, dan juga Dancy. Limau ini mempunyai kulit yang sederhana tebal dan memang sangat mudah dikupas dengan did alamnya banya serat seperti miselium yang berwarna putih. Isinya berwarna oren dengan tahap kemanisan yang berbeza bergantung kepada indeks kematangan. Buah yang masak (tidak dipetik muda memang sangat manis) dan sesuai dimakan segar dan kurang sesuai dijadikan jus minuman seperti limau navel. ia sesuai juga dipanggil sebagai limau kupas dan dimakan segar. Negara China antara negara yang luas menanam limau mandarin yang dibawa masuk ke Malaysia dengan pelbagai jenama.
8. TANGERINE ORANGE:
Adalah oren yang mempunyai warna kulit dan is berwarna oren. Walau pun oren ini adalah hampir menyamai dengan limau Mandarin tetapi kulit dan susunan isinya berlainan. Ia tidak mempunyai serat seperti miselium limau mandarin. Limau ini mudah di dapati di pasaraya kerana memang banyak diimport ke Malaysia. Limau ini juga sering dikaitkan dengan jenis limau Mandarin (Citrus reticulata). Tangerin ini saiznya agak kecil berbanding dengan Mandarin Ia mudah diasingkan isinya dan dimakan dengan rasa sangat manis dan hampir tiada rasa masam. Selain dimakan segar ia juga dimakan sebagi salad, pencuci mulut dan juga dibuat minuman. Tangerine yang dikeringkan amat populat sebgai snek di Sichuan.
Sumber: Anim Agro Technology
Mingguan Wanita : Kalau manis, memang sekejap saja habisnya.
Kuih Gunting antara kuih tradisi yang ramai orang buat setiap kali tibanya Hari Raya. Bahan-bahannya yang digunakan tak banyak, malah nak buat pun senang. Jimat masa dan sangat sedap.