Rupanya antara cara mudah untuk bersihkan kerang, hanya perlu letak serbuk kunyit dan garam. Elok kulit kerang putih bersih tak perlu ‘sental’ atau berus untuk hilangkan lumpur berkerak.
Memang ada macam-macam cara untuk hilangkan lumpur pada cengkerang kerang ni. Namun petua ni yang paling mudah.
Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Ain Fatin Lyana ni. Memang senang sangat!
Bahan Diperlukan:
Garam
Kunyit
Air Secukupnya
plastik
Cara Membuat:
1.Masukkan kerang dalam bekas dan masukkan air secukupnya.
2.Kemudian masukkan garam dan serbuk kunyit.
4. Ramas-ramaskan seketika biar semua rata.
5.Biarkan sekejap dalam 10 hingga 15 minit.
Ads
6.Buang air rendaman tadi dan bilas bersih kerang tersebut.
7. Hasilnya kerang memang elok putih bersih, tak berkerak lumpur lagi.
Rupanya ada petua mudah untuk kopek kerang tanpa perlu merebusnya terlebih dahulu. Malah isinya lebih segar dan manis. Bukan apa, jika selalunya kita nak masak kerang seperti buat sambal, rendang dan sebagainya, kerang akan direbus terlebih dahulu barulah mudah nak kopek isinya.
Harini sis nak kongsi petua macam mana nak kopek kerang tanpa rebus. Biasa nak kopek kerang kena rebus baru boleh keluarkan isi sebab kerang tu dah masak. Tapi berat kerang akan berkurang sebab bila kopek, banyak yang masuk mulut sebelum dibuat rendang.
*Masukkan kerang yang telah siap dicuci ke dalam peti ais sejuk beku, biarkan semalaman. Esoknya keluarkan kerang, rendam sekejap dan cuci, cuba buka kerang tu mudah sangat.
Mingguan Wanita: Macam ni rupanya nak mudah kopek kerang tanpa perlu direbus terlebih dahulu. Biarkan dalam peti sejuk beku rupanya, barulah isi kerang lebih segar dan manis.Boleh cuba petua ini nanti.
Kebiasaannya jika nak tanam pokok cili, boleh semai dari bijinya atau anak pokok.Rupanya kita boleh juga tanam pokok cili menggunakan keratan pucuk, malah elok subur berbuah.Ikut cara yang dikongsikan ini.
1. Cari pucuk yang agak keras sikit, selepas itu cucuk je dalam bekas semaian.Boleh guna peatmoss atau tanah merah atau tanah selut pun boleh.Saya guna tanah pasir kampung je.
2. Letakkan di tempat teduh sehingga keluar akar dan pucuk baru beserta buah.
3. Kalau ada penggalak akar boleh guna (celup penggalak akar sebelum tanam), kalau tak ada pun tak apa dan jangan lupa siram setiap hari atau 2 ke 3 hari sekali.
Mingguan Wanita: Baru tahu, rupanya nak semai cili selain biji benih dan anak pokok, boleh juga gunakan keratan pucuk. Memang lebih mudah, elok pokok subur malah berbuah merimbun.
Bila tiba bulan Ramadan, inilah masa untuk turunkan berat badan. Tapi ada sesetengah kita berat badan naik pula. Pelik bin ajaib. Sedangkan apa yang dimakan semasa berbuka tak adalah banyak sangat.
Jangan terkejut kalau berat badan naik. Bukan setakat ambil makanan yang terlalu banyak tapi ia mungkin melibatkan pengambilan minuman bergas atau kordial. Inilah boleh jadi satu sebabnya.
Lagi menyedihkan berat badan naik dan timbul pula masalah kesihatan lain. Kena tahu, semua ini boleh berpunca dari pengambilan minuman bergas yang biasa diambil bukan setakat bulan Ramadan tapi juga pada bulan-bulan biasa.
Ikuti penjelasan daripada pakar dietitian Norhamizah Binti Sohaimi, Dietitian, Pantai Hospital Laguna Merbok tentnag pengambilan minuman bergas semasa bulan Ramadan.
Seperti yang kita tahu, minuman bergas ini mengandungi sehingga 6 sudu gula untuk setiap gelas dan kandungan gula yang terlalu tinggi ini dapat meningkatkan risiko kepada penyakit tidak berjangkit.
Pengambilan air bergas dalam kuantiti yang banyak dan berterusan di dalam bulan Ramadan dapat menyebabkan seseorang menghadapi penyakit kencing manis malah boleh mengakibatkan peningkatan berat badan walaupun di bulan puasa.
Jika pengambilan ini tidak dihentikan seterusnya ia dapat mengakibatkan kerosakkan buah pinggang seperti yang dikatakan oleh Ketua Hospital Kerajaan Dr. Adib Risvi, pakar buah pinggang.
Minuman berkarbonat/bergas dikategorikan sebagai minuman berkafein dan semasa bulan Ramadan, pengambilan air berkafein perlulah dikurangkan bagi mengelakkan kehilangan air dari badan justeru dapat menyebabkan dihidrasi.
Pengambilan air bergas dalam jangka panjang boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan di mana ia dapat meningkatkan berat badan dan seterusnya menyebabkan penyakit obesiti. Kesan kepada penyakit obesiti dan berlebihan berat badan dapat meningkatkan risiko pelbagai jenis penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.
Selain daripada risiko penyakit tidak berjangkit, kesan jangka masa panjang pengambilan air bergas juga boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah dehidrasi.
Dehidrasi perlu dielakkan semasa bulan Ramadan kerana ia dapat menyebabkan seseorang berasa cepat haus atau dahagakan air manis, mengalami keletihan dan mudah mengamuk, gangguan emosi seperti mudah marah dan mengurangkan fungsi otak untuk berfikir. Selain itu, ia juga menjadikan bibir dan kulit cepat kering, air kencing menjadi keruh dan mengganggu degupan jantung dan pernafasan menjadi laju.
Ada cara menangani masalah ‘addict’ pengambilan minuman bergas adalah seseorang boleh menggantikan air berkarbonat anda dengan:
1. Melebihkan minum air kosong iaitu dengan mengambil 8 gelas air kosong dalam sehari. Air kosong tidak mengandungi gula dan kalori berbanding minuman bergas.
2. Menggantikan minuman bergas dengan minuman bersusu di mana ia lebih berkhasiat untuk kebaikan sumber kalsium, tulang dan gigi yang kuat.
3. Menukarkan minuman bergas dengan jus buah-buahan asli dan segar bagi membantu menambahkankan sumber vitamin dan mineral di dalam badan.
4. Memilih minuman isotonik yang tidak berkarbonat, rendah gula dan tanpa pemanis serta perisa tambahan.
Perlulah diingatkan bahawa minum air bergas dalam kuantiti sedikit tidak menimbulkan masalah, yang penting jangan jadikan ia sebagai tabiat atau ketagih untuk minum minuman berkarbonat setiap waktu.
1. Lebihkan pengambilan air kosong. • Minum air kosong sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas. Ia dapat membantu mennghidratkan tubuh badan selepas seharian berpuasa.
2. Jus buah-buahan • Ketika berbuka puasa, disarankan minum jus buah-buahan (tanpa gula) dan elakkan daripada meminum minuman bergula seperti minuman kordial.
Mingguan Wanita : Ingat, bagi yang ambil peluang nak turunkan berat badan di bulan Ramadan, elakkan minuman bergas, kordial mahupun minuman manis lain.
Sumber: Norhamizah Binti Sohaimi, Dietitian, Pantai Hospital Laguna Merbok.
Avatar The Last Airbender jadi perhatian selepas klip filem baharu bocor di media sosial. Seorang lelaki ditahan kerana didakwa akses server secara haram.