Bila masak nasi, baru sehari dah mula basi. Sayangnya terpaksa buang. Kalau dimakan juga, kesan lain yang timbul nanti.
Begitulah. Boleh dikatakan nasi ni makanan ruji rakyat Malaysia, Tak hairanlah, ada yang boleh ‘menggigil’ kalau tak dapat makan nasi dalam sehari. Namun, boleh jadi pelik, seleoas sehari, nasi cepat basi.
Ada sesetengahnya mengatakan ‘ruqyah’ dan tidak mustahil juga cara kita masaka dan periuk yang digunakan tak sesuai.
Tak kisah apapun, mak-mak boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Imy R Saidin ini bagi mengelakkan nasi cepat basi. Hanya guna satu bahan saja.
Saya dan keluarga telah amalkan petua ini sejak 3 tahun yang lalu. Alhamdulillah, anak-anak jarang sakit berbanding dulu, setiap bulan mesti ada yang demam.
Ads
Caranya, hanya letak bawang putih 3-5 ulas semasa masak nasi.
Selain daripada sihat, nasi ini juga lambat basi dan bagus untuk buang angin.
Tak perlu risau tentang bau bawang putih bila masak bersama. Sebab baunya tidaklah sampaiu menjejaskan rasa nasi.
Ads
Malah, kalau nak bagi hilang bau bawang itu, boleh juga letak daun pandan untuk bagi nasi itu wangi.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Ada banyak cara nak elak nasi cepat basi, sampaikan ada yang kena letak periuk atas api dulu. Tak kisah cara apa pun, kita cuba dan ada kebaikannya.
Rupanya rebus cili kering dengan bawang putih antara tip cili yang dikisar tahan lama sampai seminggu, tak masam mahupun berkulat.
Cili kisar boleh dikatakan bahan asas yang mesti ada setiap dalam masakan, bagi mak-mak sukakan pedas. Tapi nak buat cili kisar ni agak renyah, perlu dibuang biji, direbus dan dikisar.
Jadi sebagai penyelesaiannya, ramai mak-mak yang suka kisar cili banyak-banyak untuk kegunaan harian bagi mempercepatkan waktu memasak.Tapi masalah yang timbul bila, cili kisar tersebut tak tahan lama, cepat rosak, masam dan berkulat.
PETUA CILI KISAR TAHAN LAMA DAN TIDAK BERKULAT
Kak Nad memang akan buat pes cili kering untuk memudahkan kerja memasak. Jadi sekali buat memang sekali banyak. Jadi untuk dapatkan pes cili kering tahan lama. Ini je yang selalu kak Nad akan buat.
Cili kering
2 labu bawang putih
Air Tapis secukupnya
1. Guntingkan dahulu cili kering untuk buang biji-bijinya.
2. Basuh dengan air biasa.
3. Rendamkan dengan air suam yang dah ditapis. Jangan guna air paip.
4. Dah kembang baru masakkan cili kering dan bawang putih, boleh tengok cara caranya di dalam gambar. Masak dengan air yang dah di tapis juga sampai mendidih dan boleh tutup api.
5. Dah sejuk sikit boleh tapis dan blender macam tu je. Kalau kering sangat tambah air sket je. 1/4cawan macam tu jer. Lepastu boleh add on cili kering tu lagi dan lagi sampai lah siap.
6. Masukkan dalam tupperware dan bila dah sejuk baru simpan dalam peti ais.
Dah siap! Mudah kerja nak memasak nanti bagi emak emak yang superbusy.
Mingguan Wanita:Begini rupanya antara tip buat cili kisar tahan lama lebih seminggu elok tak rosak berkulat. Kena guna air bertapis dan rebus cili kering dengan bawang putih. Boleh cuba nanti.
Bencana banjir yang melanda Lembah Klang baru-baru ini, membuatkan banyak harta benda rosak, rumah dan kereta ditenggelami air. Kenderaan seperti kereta bila sudah dimasuki air kebanyakkannya akan rosak teruk dan memerlukan kos yang besar untuk memperbaikinya.
Namun jika ada membuat ‘cover PERILS’ sewaktu mengambil insurans kenderaan dahulu, inilah masanya untuk ‘claim’ dengan pihak insurans. Jadi cuba semak semula, salinan insurans kenderaan yang kita beli dahulu.
MACAM MANA NAK CLAIMS INSURANS KERETA MASUK BANJIR ?
Jika kenderaan anda ditenggelami banjir & ada ambil cover PERILS , ini langkah anda kena buat;
1. Jangan start enjin.
2. Ambil gambar, catat lokasi, masa dan tarikh kejadian banjir.
3. Bila banjir dah surut, jangan start enjin lagi tetapi terus call towing insurans untuk tow kereta ke balai polis untuk buat report.
4. Selepas siap buat report, boleh hantar ke mana2 workshop panel insurans untuk membuat claims.
Kalau renew dengan ejen, boleh call ejen terus ya.
Semoga banjir cepat surut dan hujan berhenti segera.
“Wahai bumi! Telanlah airmu dan wahai langit (hujan!) berhentilah.”
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ringkas ini bermanfaat. Buat sesiapa yang diuji, dugaan bencana banjir dan kereta ditenggelami air boleh ikut panduan yang dikongsikan ini.
Ada pelbagai cara dan resipi untuk membuat cekodok. Namun nak dapatkan cekodok yang cantik bulat-bulat, rangup di luar dan lembut berongga di dalam ada tekniknya. Paling penting tak letak yis. Bukan apa, bila letak yis rasanya terlalu ‘kuat’ atau ada juga orang yang sensitif tak boleh makan yis.Rupanya antara tipnya kena campur sedikit air panas dan buat dua kali bancuhan cekodok.
Saya nak share resepi cekodok paling simple je,tapi rasa dia rangup diluar, lembut dan berongga di dalam. Uma mantuhak (mak mertua) yang ajar, saya suka cekodok dia semua sedap-sedap dan cara dia buat pun mudah,anak-anak pun suka.
4-5 sudu tepung gandum
Air panas menggelegak secukupnya
Air Biasa
Garam
4 senduk nasi membukit tepung (bancuhan biasa)
Daun Kucai
Ikan Bilis *saya kisar sekejap guna blender kering
1. Ok yang ni penting, bahan pertama kene buat, 4-5 sudu tepung gandum (saya guna cap ros).
2. Air panas menggelegak, curah dalam tepung tadi perlahan-lahan, kacau dengan sudu cepat-cepat sambil campur air biasa. (Saya guna air paip je) kacau sebati. Sukatan agak-agak je. Kalau guna 5 sudu tepung tu, mula-mula sekali curah air panas, sebelah tangan lagi kacau tepung dengan sudu,lepas curah air panas cepat-cepat curah air biasa pula untuk mengelakkan tepung tu berketul, janji dapat tekstur berkanji tu.
3.Lepastu jadi macam ni. Mak mentua saya kata jadi macam kanji (lebih kurang rupa nestum baby yang segera tu kalau dibancuh). Ni rupa lepas saya kacau,tak nak bagi berketul-ketul. Step awal sekali buat sikit je, tapi kalau buat banyak kilo, kena lebihkan lah buat kanji ni.
4. Masukkan garam. Masa ni bancuhan ni suam-suam, garam mudah larut.
5. Ok mula nak buat bancuhan, curah tepung ikut banyak mana kita nak buat cekodok.
6. Saya masukkan daun kucai yang halus tu, sebab baunya sangat wangi. Pokok kucai ni pon mentua yang bagi, tanam dalam polibag banyak-banyak.
7. Saya masukkan ikan bilis, boleh je nak masukkan apa-apa ikut citarasa masing-masing. Anak saya suka letak 2 bahan ni je.
8. Kemudian, kacau sebati.
9. Masukkan air biasa (Saya guna air paip je).
10. Bancuh sampai jadi camni,tak pekat sangat,tak terlalu cair. Lebih kurang doh yang senang dijemput sebab nak bagi bentuk bulat-bulat.
11. Ha jemput camni, ibu jari tu nanti tolak doh masuk dalam kuali.
12. Camni, jadi bulat la cekodok tu. Anak-anak suka yang bulat-bulat. Boleh je nak sudukan bentuk kapal terobang boleh, nak buat panjang boleh tapi kene guna pinggan, maaf saya tak dapat tunjuk sebab anak bising nanti cekodok deme jadi panjang.
13. Jemputkan ke dalam kuali, pastikan masa mula-mula nak jemput tu basahkan tangan.
14. Ok ni rupa bulat-bulat. Kaup balik dengan sudip dalam kuali tu, sampai masak (kekuningan).
15. Ni rupa lepas belah, berongga tanpa letak yis. Mungkin ramai yang tahu cara ni, saya kongsi untuk yang belum tahu lagi. Cicah kuah kari fuhhh memang sedap, kulit nya pun rangup. Saya tak goreng kuning sangat sebab ada anak 2 tahun makan.
Mingguan Wanita: Begini rupanya teknik nak buat cekodok bulat-bulat, rangup di luar dan lembut di dalam tak letak yis. Boleh cuba nanti untuk anak-anak.
Tak masuk akal, tetapi harga makanan RM1 memang wujud di kedai makan ini! Kalau peniaga lain terpaksa menaikkan harga makanan akibat kos bahan mentah yang semakin meningkat,