Teruja pula mak-mak bila tengok anak rambut lebat dan hitam. Apa rahsia yang mak-mak guna untuk bagi nampak sebegitu.
Biasanya rambut anak ni nipis dan tak lebat pun. Susah la nak dapatkan rambut lebat. Bukan setakat anak kecil, orang tua pun rambut jarang-jarang. Lagi teruk kalau dah salah guna produk. Dahlah nipis, gugur pula tu.
Rupanya ada petua yang boleh bagi anak rambut lebat, tak kusit dan sihat. Inilah antara produk atau bahan yang digunakan oleh Elfira Loy pada anak sulungnya yang dikongsikan oleh Fatin Lee ini.
Rasa serba salah nak kongsi takut ada yang fikir kita nak sanjung artis Malaysia. Tapi tak salah pun kalu kongsi benda baik terutamanya viral tentang Elfira Low jaga anak dan ramai nak tahu cara rambut anaknya lebat dan nampak sihat.
.
Bila ditanya, produk yang digunakan, terus dia senaraikan produk penjagaan rambut anaknya secara rutin.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Ads
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Bawang putih antara ramuan yang selalu kita gunakan dalam masakan dan ia mempunyai banyak khasiat yang tersendiri. Jika mak-mak suka berkebun, boleh cuba tanam bawang putih sendiri di rumah. Ada jenisnya yang sesuai ditanam di negara kita dan caranya menanamnya juga kena betul. Barulah menjadi bawang putih yang ditanam.
Fahamkan perkongsian daripada Mahadzir Hashim ini sebagai panduan jika nak belajar asas tanam bawang putih.
Kaedah Asas Penanaman Bawang Putih;
1. Pemilihan Benih
Terdapat 2 jenis bawang putih yang diimport kita harus kenal;
i) Softneck- kulit bawang berwarna putih cerah keseluruhan. Mempunyai daun yang lembut dan sedikit menjuntai ke bawah. Ia di tanam pd musim panas di China dan Korea.
ii) Hardneck- Kulit bawang berwarna putih dan kemerahan di bahagian atasnya. Mempunyai daun yang agak keras mencacak. Ditanam pada musim sejuk di negara pengekspot.
Di sebabkan cuaca kita yang panasnya,jenis softneck sesuai ditanam di negara kita dan memberi hasil positif.
Pilih bawang yang baik dan segar sahaja untuk benih tanaman. Pecahkan bawang kepada ulas-ulas dan ambil yang matang sahaja.
2. Media tanah sediakan:
2 bahagian tanah pasir
1 bahagian cocopeat
1 bahagian tanah organik
3. Cara Tanaman:
Tanam ulas bawang secara menegak dengan bahagian akarnya ke bawah.Kambus butir bawang dengan tanah sedalam satu inci atau 2cm. Jangan terlalu ke dalam benih mungkin lemas bila proses menumbuh. Proses siraman di perlukan pagi dan petang.
Selepas 5 hari daun bawang akan mula kelihatan di paras tanah. Pembajaan organik perlu dilakukan pada peringkat ini.
Selepas 14 hari daun bawang akan meninggi. Daun bawang perlu dipotong sehingga tinggal seinci. Ini untuk menggalakan perkembangan bawang. Daun bawang boleh digunakan untuk masakan.
Proses diulang pada tiap kali daun bawang menjadi panjang. Sehingga daun bawang tidak lagi tumbuh dan mula kekuningan. Proses ini akan mengambil masa antara 100-120 hari atau 3-4 bulan.
4. Tuaian
Setelah daun bawang mula menguning bawang boleh dituai dengan cara mengorek tanah dan mencungkil. Jangan mencabut kerana akan menjejaskan bawang.
Bersihkan sisa tanah yang melekat dibawang dengan cara mengetuk perlahan. JANGAN BASUH kerana bawang putih perlu dijemur di tempat redup selama 4-5 hari sehingga daun dan bawangnya kering.
Selepas 5 hari pengeringan bawang sudah boleh di ambil untuk kegunaan atau disimpan.
NOTA:
1. Pokok bawang memerlukan sinar matahari maksima untuk pertumbuhan bawang. Jika anda menggunakan polybag pastikan ia tidak di letakkan di tempat berbumbung atau ternaung.
2. Proses siraman setiap hari dan pembajaan organik setiap minggu akan mempercepatkan proses kematangan bawang.
3. Untuk anda yang tinggal di kawasan tanah tinggi dan sejuk seperti Cameron Highland, Ranau serta Tambunan di Sabah, pilihan bawang putih Hardneck adalah lebih bersesuaian. Rasanya juga lebih enak.
Moga bermanfaat
Info Ekstra!
Pastikan ulas bawang dalam kedudukan berdiri sebelum dikambus.
Peringkat daun bawang perlu dipotong hingga tinggal seinci atau 3cm. Daun bawang boleh digunakan untuk masakan.
MW: Memandangkan bawang putih boleh tahan juga mahal harganya, boleh cuba tip dan cara betul tanam bawang putih ni.Pastikan pilih jenis bawang putih yang sesuai iya.
DIY Repair Pintu Plywood Kos RM70, Puas Hati Sangat Takda Kesan Pecah! Bila pintu plywood rumah di rumah berlubang-lubang dan pecah sebenarnya kita boleh baiki sendiri je. Lebih jimat bajet dan tak perlu nak tukar pintu rumah baru. Bahan-bahan yang diperlukan tak banyak malah cara nak baiki pun mudah.
Boleh cuba baiki sendiri pintu Plywood yang pecah ikut cara yang dikongsikan oleh Abu Aqil sebagai panduan;
Hari Ini Tukang repair plywood door pecah.
Kos barang dalam ±RM70.Harga pintu plywood ni RM200. Mahal banding pintu plywood biasa sebab kat bahagian bawah pintu ni ada louver untuk ventilation.
Potong 45° keluar, di keliling lubang. Ini supaya wood filler yang akan digunakan nanti akan lebih mencengkam ke plywood pintu ni dan kurangkan risiko rekahan di keliling lubang.
Gosok dengan kertas pasir di keliling lubang.
Langkah 2:
Sumbat potongan kotak di dalam pintu di keliling lubang. ini bagi membantu penggunaan PU foam selepas ini.
Langkah 3:
Spray PU foam sehingga ia memenuhi ruang dalam lubang.
Langkah 4:
Selepas beberapa jam PU foam mengeras (tak keras mana pun, jadi macam span yang agak tumpat je) Potong lebihan foam supaya rata dengan pintu.
Gunakan scrapper yang lebih lebar daripada lubang sebagai rujukan. pastikan foam tu ada gap 2-3mm daripada scrapper supaya wood filler yang akan digunakan selepas ini dapat betul-betul rata dengan permukaan pintu.
Langkah 5:
Guna scrapper untuk ratakan wood filler. Pastikan guna scrapper yang lebih lebar daripada lubang dan masa tarik scrapper tu, terus tarik dari kanan ke kiri, jangan berenti tengah jalan. ulang banyak kali sampai rata.
Tunggu sehingga wood filler ni kering. Sebab lepas kering, mungkin ada rekahan seperti dalam gambar ni. Ulang semula proses ratakan wood filler.
Langkah 6:
Ni wood filler dah kering dan takda rekahan lagi.
Gosok kertas pasir sehingga halus mulus.
Langkah 7:
Terus boleh cat! gambar ni cat basah lagi. Lepas kering dah takda beza.
Puas hati sangat ni first time buat..langsung takda kesan pecah tu. Alhamdulillah!
Mingguan Wanita: Begini rupanya, nak baiki sendiri pintu plywood yang pecah. Memang jimat kos. Takda kesan pecah pun dan paling penting tak perlu tukar pintu baru.
Sama ada isteri bekerja atau tidak, stok cili kisar tahan seminggu ini seharusnya ada dalam list simpanan bahan mentah di dapur anda. Ianya benda wajib yang kelak memudahkan dan mempercepatkan kerja memasak.
Tak adalah penat-penat urus anak atau balik dari tempat kerja nak menggodek satu-satu cili kering. Sebaiknya sewaktu hujung minggu, boleh usahakan untuk buat stok cili kisar ini.
Simpan dalam peti ais, bila nak guna boleh cedok saja. Ini petua yang dikongsikan oleh Arep Ismail akan cara beliau membuat stok cili di rumah ketika hujung minggu.
Guna Food Processor Asingkan Biji Cili Kering
Hari ni i nak share satu benda yang sangat membantu suri rumah dalam menyediakan masakan dengan pantas dan sedap. Almaklumlah kita ni rakyat Malaysia mana boleh lari dengan menu yang berkait dengan sambal dan cili.
Leceh kan bila nak masak time time tu la nak buat cili kisar atau lebih dikenali sebagai cili boh. Dah la kebanyakan masakan nak gunakan cili kisar ni. Nak buat kemain renyah, nak beli cili boh ada yang tak menepati citarasa.
Jom saya kongsikan cara saya sediakan stok cili kisar yang mudah dan sedap juga senang digunakan. First kita kena ada alatan bantuan yang memudahkan hidup iaitu food processor dan mesin kisar.
Guna Food Processer Untuk Buang Biji Cili
Ehhh mesin kisar tu memang la perlu, yang nak libatkan food processor tu apehal? Sabar sedara zaman dah moden apa nak buang masa gunting cili tu, masukkan je dalam food processor untuk asingkan cili dan biji nya untuk memudahkan urusan.
Stok Cili Kisar Tahan Seminggu Simpan Dalam Peti Sejuk
Bahan yang kita perlu adalah cili kering, bawang besar dan belacan. Cili kering tu lepas kita asingkan biji kita rebus dahulu selepas itu tos kan, masuk dalam mesin pengisar bersama bawang dan belacan maka kisar la sehingga menjadi cili paste.
Senang kan? Saya selalu buat untuk stok seminggu, dan petua penting untuk tahan lama simpan dalam bekas kedap udara taburkan sedikit garam dan gula. Kadang kadang saya campurkan sedikit minyak masak juga.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...