Bila cuti sekolah panjang, inilah masanya mak ayah rancang untuk anak berkhatan. Tanda anak mak ayah makin membesar dan ‘bujang’. Saat yang paling menggerunkan buat seorang yang bergelar lelaki.
Kalau anak berkhatan di kampung tentu seronok dengan majlis yang cukup meriah. Ada sampai yang sampai panggil bomba untuk mandi dengan air pili, perarakan dan pelbagai lagi. Satu kenangan untuk anak.
Berlainan di bandar, mungkin agak susah untuk adakan majlis eperti ini. Paling senang dan mudah dengan bawa anak berkhatan di klinik saja. Malah, ada cara yang boleh dipilih untuk memudahkan anak itu sendiri dalam penjagaan selepas berkhatan.
Itu bagi anak yang besar. Tak mustahil ada mak ayah yang pilih waktu berkhatan untuk anak mereka semasa mereka kecil. Sedihnya, anak pasti tak merasai pengalaman sekali dalam seumur hidup.
Walau bagaimanapun, ada waktu terbaik untuk anak berkhatan seperti yang dikongsikan oleh Dr Maryam Aziz ini.
Perkongsian ini dari kami Tok dan Nek Mudim yang dah handle ribuan kes khatan. Dari umur baru lahir sampai dewasa. Yang dewasa biasa Tok Mudim buat sorang lah.
Waktu baru lahir- 2 bulan
====================
Procedure sunat yang sekejap
Senang jaga
Cepat sembuh
3 bulan – 6 bulan
=============
Fasa baby suka menangis
Biasanya separuh jalan, mula menangis sebab nak kena dukung
Tak boleh baring lama-lama tanpa diangkat
Ramai juga bayi yang suka mengempeng, baby jadi marah time sunat sebab tak dapat mengempeng.
Senang jaga
Cepat sembuh
7-12 bulan
=========
Dah mula aktif
Lasak
Susah nak baringkan lama
Bila dibedung mula mengamuk
Masih senang dijaga sebab pakai pampers macam biasa je
Cepat sembuh
1-3 tahun
========
Fasa takut strangers
Takut tengok doktor
Mengamuk time khatan, kena pegang ramai ramai
Masih senang jaga sebab still pakai pampers
Boleh berlaku pendarahan semula jika terlalu aktif
Cepat sembuh
Ads
4-5 tahun
========
Fasa blur
Tak berapa takut dengan strangers
Senang diurus sebab boleh diam bila bagi phone
Senang tertidur bila doktor zikir
Biasanya takut untuk cuci
Lambat sembuh jika tidak dicuci bersih
6-8 tahun
========
Rasa takut tapi boleh dikawal
Boleh dengar kata
Boleh dipujuk
Mungkin menangis takut tapi masih boleh bertenang
Nangis sekejap time bagi ubat bius, selepas tu diam
Biasanya diam je main game atau tengok youtube sepanjang khatan
Takut untuk cuci
Lambat sembuh jika tak cuci bersih
9/10 tahun ke atas
============
Serba serbi susah
Takut yang tak boleh dipujuk
Kata orang kedah umur ni tak makan saman dah
Mak ayah bagi janji manis (eg mainan) pun biasanya tak jalan.
Dengar bunyi peralatan sikit, kelam kabut nak bangun and terjun dari katil sebab takut.
Nak Dr explain semua benda, tunjuk semua alat, tapi kalau tunjuk bertambah takut
Kalau dapat umur 9 tahun ke atas ni… Memang good luck lah nek and tok mudim.
Susah cuci maka lambat sembuh.
Ada je yang ok, cuma kebiasaannya begitulah
Kesimpulannya kalau boleh jangan tunggu sampai anak umur 10 tahun baru nak khatan ok!
Mingguan Wanita: Kalau berkhatan masa kecil, sedih pula sebab anak tak dapat lalui pengalaman itu. Kalau umur dah besar, bimbang anak malu pula. Begitulah. Boleh ikut saranan doktor ini.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Rupanya ada tips mudah untuk cepatkan kerja-kerja merebus di dapur. Malah hasilnya cepat empuk, jimat gas dan tak perlu guna pressure cooker (periuk tekanan tinggi) lagi. Sesuai sangat untuk merebus kacang hijau, kacang kuda, daging, kentang, keledek dan sebagainya yang kebiasaannya memakan masa lama untuk merebus.
Mak-mak boleh cuba tips 5:30:7 yang dikongsikan oleh Puan Nor Izan Mustapa ini.
“Jalan-jalan skodeng umah orang jumpa pulak satu info ni.Cara nak jimat gas guna tips 5:30:7 dari sis fah umi yasmin. Rebus 5 minit, tutup 30 minit, rebus semula 7 minit”.
“Hakak dah try rebus kentang, keledek, kacang kuda, kacang hijau dan daging…Alhamdulillah suma menjadi”.
* Tips 5:30:7
1.Masak air sampai mendidih.
2.Masuk kacang/daging/keledek/kentang
3.Biarkan mendidih selama 5 minit (kira masa dari mula didih lepas masuk bahan)
4.Tutup api dan tutup periuk dengan tudung periuk.Biar selama 30 minit (jangan gedik-gedik pulak nak intai)
5.Lepas 30 minit hidupkan api, biar didih semula selama 7 minit (kira masa dari mula didih).
6.Tutup api.
Info Ekstra!
* Tips ni berguna untuk yang x de pressure cooker.
* Untuk kacang kuda rendam dulu semalaman sebelum rebus masukkan daun kari, sedikit garam dan gula masa didihkan air.Saya tutup periuk sepanjang merebus.
* Untuk daging masukkan sedikit minyak dan garam sebelum rebus
* Tips ni boleh guna untuk bahan yang perlukan masa lama untuk merebus – contoh kaki ayam, lontong (saya refer pada post yang pernah cuba).
Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba!
MW:Menarik perkongsian tips ini. Memang kena cuba, untuk memudahkan kerja-kerja memasak mak-mak di dapur nanti.
Berita gembira buat mak ayah yang berada di negeri Sarawak, rebutlah peluang keemasan ini. Ada insentif baru diumumkan untuk anak-anak yang bakal lahir nanti di negeri tersebut.
Ini kerana Kerajaan Negeri Sarawak telah memperuntukkan RM40 juta bagi polisi terbaharu Sarawak iaitu setiap bayi yang dilahirkan bermula tahun hadapan akan diberikan simpanan sebanyak RM1,000.
Ianya diberi kepada anak-anak Sarawak tanpa mengira latarbelakang kaum, agama dan politik. Ianya hanya dapat dikeluarkan apabila mereka berusia 18-tahun dimana apabila mereka memerlukan wang tersebut khususnya bagi pembelajaran mereka.
“Bermula hari pertama tahun hadapan, semua kelahiran baharu rakyat Sarawak tanpa mengira kaum, agama dan status sosial akan mendapat intensif RM1,000 sekali.”
“Wang ini akan dilabur dan hanya boleh dikeluarkan apabila pemiliknya mencapai usia 18 tahun dengan tujuan utamanya ialah untuk melanjutkan pendidikan,” kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg pada Pembentangan Bajet Sarawak 2019 di Persidangan Dewan Undangan Negeri DUN Sarawak baru-baru ini.
Galak Lahirkan Anak
Menurut beliau yang juga Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi berkata, pemberian intensif itu selain menyediakan simpanan pendidikan masa depan anak Sarawak ia juga satu galakan rakyat melahirkan lebih ramai anak.
Pemberian insentif itu sebagai galakkan kepada warga Sarawak melahirkan anak, sama ada di negeri atau di luar, agar lebih ramai anak Sarawak yang bijak dan kuat mempertahankan negeri ini.
“Saya memperkenalkan idea ini untuk menggalak rakyat Sarawak mempunyai ramai anak supaya kita mempunyai ramai lagi anak Sarawak yang gagah serta bijak mempertahankan kepentingan Sarawak pada masa akan datang,”
“Kerajaan Negeri bersetuju membuat keputusan bagi memperkenalkan dasar baru itu bertujuan untuk memenuhi keperluan pendidikan atau dana untuk melanjutkan karier mereka,” katanya.
MW: Tahniah buat orang-orang negeri Sarawak atas insentif yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri ini. Mak ayah orang Sarawak jangan lepaskan peluang ini, semoga mendapat manfaat yang diharapkan serta lebih ramai bayi-bayi comel yang dilahirkan di negeri tersebut.
Menjaga anak perempuan tak sama dengan jaga anak lelaki. Masing-masing ada perangai dan cara tersendiri. Sebab itu, ada sesetengah mak ayah merasakan cukup berbeza dalam menjaga anak lelaki daripada anak perempuan.
Sejauh mana kebenarannya tidak pasti. Hanya mak-mak yang ada anak lelaki dan perempuan saja tahu bezakan. Atau ada yang merasakan jaga anak lelaki atau anak perempuan sama saja.
Sebab itu, ada mak ayah yang diberi rezeki semua anaknya perempuan dan tidak kurang juga yang mempunyai semua anak lelaki. Tak perlu kecil hati atau sedih sebab semua itu Allah dah tulis di Luth Mahfuz lagi. Paling penting cara kita sebagai mak-mak menjaga anak itu dengan sebaik mungkin.
Dalam perkongsian oleh Abu Hurairah Asifa ini, turut menekankan dalam mendidik anak perempuan. Mungkin orang cakap, anak perempuan rapat dengan ayahnya tapi ‘tak serasi’ dengan maknya.
Namun, dari segi rahsia perempuan, anak perempuan lebih selesa dengan maknya sebab sama-sama jantina. Tak kisah apapun, yang patut ditekankan adalah dalam mendidik anak perempuan.
Mendidik anak perempuan, kita akan terpaksa mengorbankan perasaan.
Anak perempuan, apalagi anak yang pertama, ia ‘panas’ dengan ibunya. Pada anak perempuan yang pertama, ada saja yang tak kena.
Tapi, walau sayang macam mana ia pada ayah, kasih ibunya tetap yang pertama. Rahsia mungkin dia bagitahu kita, tapi segala cerita dan peristiwa tetap ibu yang akan tahu segalanya.
Maka, dengan anak perempuan kita kena banyak meraikan.
Bagaimana?
1. Raikan dengan kata-kata, belaian dan pemberian. Hargai pandangan, kegembiraan, kesedihan, kejayaan dan kegagalannya. Selalu ucapkan tahniah, takziah, pujian dan pujukan. Pada sesetengah keadaan, berilah hadiah.
2. Perempuan makhluk perasaan. Pendekatan meraikan lebih berkesan bila berdepan perasaan. Ia menyentuh dan berkesan. Saya hanya membayangkan suatu hari nanti dia akan bakal menjadi seorang Isteri. Jika isteri itu sifat utamanya ketaatan, maka pendidikan untuk dia taat pada Ibu yang pertama, dan ayah yang kedua, bermula dari kami berdua. Ketaatan pada perintah yang baik. Taat anak perempuan kita pada ibu dan ayah, pasti dia juga akan patuh dan taat pada uaminya pula.
3. Rumah dan ruang hidup Paling penting, anak perempuan kena dibiasakan untuk berada di rumah. Bukan bermakna tak boleh keluar, tapi biasakan dia suka berada di rumah. Rumah adalah gelanggang wanita. Ruang yang kecil tapi besar peranannya.
Lebih Susah
Bela lembu 10 ekor lagi mudah daripada seorang anak perempuan.
Susah?
Sebab itu siapa yang ada 3 orang anak perempuan, Allah dah siap-siap bina Syurga untuk ibu dan ayahnya.
Janji menjaga mereka sekuatnya, dapatlah nanti habuan di sana.
Nak dapat anak perempuan yang baik, lelaki itu mesti baik pada ibunya, mesti baik pada isterinya, dan insya Allah,
Dia akan mendapat anak perempuan yang terbaik dalam hidupnya.
#sweeterapi
MW: Bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan. Jaga dan didiklah sebaik mungkin untuk jadi insan berguna.
Penyakit ain, Ayda Jebat akui setiap kali muat naik video anak akan meragam. Penyakit ain adalah satu kategori penyakit bersifat ghaib. Ianya adalah satu...