Perjalanan Tilmizah Sholihah terhenti pada minggu ketiga program Akademi Qurra 2024 sekaligus menjadi peserta pertama tersingkir pada program tersebut yang ditayangkan di TV Alhijrah, semalam.
Nurul Sholihah Shahrudin
Tilmizah Sholihah, 24, atau nama sebenar Nurul Sholihah Shahrudin sebelumnya diumumkan berada pada kedudukan dua terbawah bersama Tilmizah Athiyyah apabila masing-masing mendapat markah 78.75 peratus dan 79 peratus.
Sholihah yang tidak dapat menahan kesedihan atas penyingkiran itu berkata, dia sudah mencuba sehabis baik.
“Saya sudah cuba sehabis baik. Pada awalnya saya agak risau dengan keadaan diri yang belum bersedia untuk tugasan demi tugasan. Sebab saya nak mencuba dan belajar banyak lagi daripada Mudarrisah Suhailah Zulkifly. Namun, bukan rezeki saya di sini. Insya-Allah, saya cuba cari peluang di luar pula dan takkan putus asa.
Perjalanan Tilmizah Sholihah Terhenti Di Minggu Ke 3
“Sejujurnya memang sedih bila diumumkan tersingkir. Bagi saya tempoh tiga minggu ini belum cukup. Masih banyak lagi nak belajar terutama taranum. Lagi pula, saya akui kelemahan dari segi tajwid dan fasohah. Itu yang pertama saya nak capai,” katanya.
Ads
Sementara itu, Tilmiz Amnan dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Alunan Terindah apabila mendapat markah tertinggi iaitu 96.5 peratus sekali gus membawa pulang wang tunai RM500 beserta rehal.
Markah Tertinggi
Tilmiz Amnan dinobatkan selaku pemenang Anugerah Alunan Terindah pada minggu ketiga Akademi Qurra 2024 minggu ketiga.
Menjadi peserta pertama yang konsisten mendapat markah tertinggi buat dua minggu, Tilmiz Amnan, 21, atau nama sebenar Muhammad Amnan Muhammad Sani berkata,
bukan mudah untuk mengekalkan momentum apatah lagi cabaran yang diberikan setiap minggu semakin sengit.
“Alhamdulillah atas anugerah ini. Saya akui bukan mudah untuk mencuit hati juri untuk memenangi Anugerah Alunan Terindah. Malah, mendapat markah tertinggi juga satu ujian kerana orang akan meletakkan jangkaan yang tinggi setiap kali persembahan kita, jadi tekanannya agak tinggi.
Ads
“Mungkin kekuatan saya dari sudut lagu dan irama kerana setiap lagu perlukan penghayatan, bukan hanya dari segi taranum. Cuma saya perlu mencari tahap ketinggian suara supaya lebih selesa setiap kali bacaan,” katanya yang pernah menjadi Johan Tilawah Kebangsaan sewaktu sekolah rendah dan sekolah menengah.
Menurut penerbit Akademi Qurra 2024, Saifulizzam Mohd Lizah, selepas tiga minggu bersiaran, pihak produksi memutuskan untuk menyingkirkan seorang peserta dan cabaran selepas ini akan menjadi lebih sukar.
Ads
“Saya akui keputusan untuk singkirkan seorang peserta sangat perit untuk kami lakukan. Lagipun perbezaan markah Tilmizah Sholihah dan Tilmizah Athiyyah hanya satu mata sahaja. Kami sendiri tidak menyangka Keputusan ini kerana Tilmizah Sholihah agak konsisten pada minggu pertama dan kedua.
“Majlis syura akan menilai peserta dan tugasan selepas ini akan lebih sukar. Mungkin masa bacaan akan bertambah dengan dua taranum,” katanya.
Dihoskan oleh Raqib Majid, Akademi Qurra 2024 turut menampilkan Mudarris Ammar Mukhlis, Mudarrisah Suhailah Zulkifly dan Mudarrisah Nadia Hashim yang bertindak selaku tenaga pengajar.
Program yang ditayangkan pada setiap Sabtu jam 9 malam itu menampilkan juri tetap Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman dan dibantu oleh Ustaz Muhammad Qayyim Nizar Sarim serta juri jemputan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Orang kata, bila perut isteri hamil makin membesar inilah suami akan jadi prihatin, sayang lebih. Mintalah apa saja, pasti suami akan cuba usahakan. Bak perkongsian pelakon Mawar Rashid ini, yang bahagia dilayan macam puteri pada kehamilan kali keduanya.
“Bestnya pregnant, dilayan macam princess.. hope lepas preggy pun dilayan sebegini.” tulisnya ringkas disertai dengan tanda pagar HatiBerSyurga.
Bahagia, Genap 3 Tahun Berumah Tangga
Istimewanya hari ini, Mawar juga meraikan ulang tahun perkahwinannya yang ketiga bersama suami tercinta, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf. Pasangan ini mendirikan rumah tangga sekitar November 2017.
“Genap 3 tahun kita berumah tangga Radenku.
Happy 3 years anniversary Cinta hatiku. Tadi dah wish macam-macam kan. JazakAllahu khaira papalove. Kalini dapat surprise memang dia punya tersentuh tu, lain macam. Air mata tak stop tadi.. perasaan tak terungkap. Syukur Alhamdulillah.. Anja sayang abang @rafyaakob.”
Mawar dan Raf dikurniakan anak lelaki, Raden Muhammad Rafael pada Mac tahun lalu. Mawar juga mempunyai dua anak tiri iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 5, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.
Hamil Tak Batas Mawar Aktif Bekerja
Hamil 7 bulan juga tak membataskan Mawar bergerak aktif seharian. Ligat berniaga, coaching dan shooting demi membantu mereka yang memerlukan.
Katanya penat itu ofcoslah penat. Dan mengandung tak halang Mawar untuk tak fokus dengan kerja hariannya. MAWAROSE SQUAD itu pun salah satu kekuatannya juga.
Sebab itulah, antara big why mawar terus gigih dan niat mahu bayar zakat RM1 juta.
Mawar dan kakaknya, Lili sama-sama hamil.
Mengandung Sama-sama Dengan Kakak
Kehamilan kali ini pun lebih istimewa untuk Mawar, kerana hamil bersama dengan kakaknya. Maklum Mawar, kakaknya itu akan melahirkan bayinya dalam 1 ke 2 minggu lagi. Sementara dirinya, dalam tempoh dua bulan lagi.
“Kakak.. nak amik gambar baby bump sama-sama.. nanti ada baby, boleh sama-sama ambil jugak.” pujuk Mawar ketika mahu kongsi gambar dengan kakak. Malah, Mawar mendoakan agar kakaknya, Lili dipermudahkan bersalin dan bayi dalam kandungan kakaknya sihat dalam perlindunganNya.
MW : Seronok bila sama-sama hamil sama adik-beradik ini.. nanti anak-anak sama umur, meriah usia sebaya.
Penyanyi Ameer Sofazr berongsi berita gembira kini bergelar bapa apabila isterinya, Saidatul Nazriah Abdul Latif selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka, Selasa lalu.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Ameer atau nama sebenarnya Amir Mahiyiddin, 34, meluahkan rasa syukur atas kelahiran bayi perempuan seberat 3.1 kilogram itu yang bakal menjadi pelengkap rumah tangganya bersama isteri selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.
“Alhamdulillah syukur, isteri saya sudah selamat melahirkan puteri sulong kami, pada jam 7.40 malam, 27 Oktober lalu.
“Terima kasih pada seluruh keluarga, saudara, sahabat, kawan-kawan, peminat-peminat dan semua yang mengenali kami kerana mendoakan isteri dan anak kami.
“Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat-NYA. Amin,” ujarnya.
Terima Kasih Semua
Ameer dalam perkongsian sama turut berjanji akan menjaga amanah yang diberikan kepadanya dengan sebaik mungkin.
“Insya-ALLAH dengan rezeki dan amanah yang diberikan oleh-NYA, akan saya jaga sepenuh hayat. Terima kasih semua,” ucapnya.
Cukup bersyukur dan rakamkan momen indah sewaktu isteri hamil.Tahniah Ameer dan isteri.
Dibenarkan Iqamat Tanpa Pegang Baby
Berkongsi lanjut tentang pengalamannya menimang cahaya mata sulung ini, Ameer akui sangat bersyukur walaupun berdepan detik sukar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Buat masa sekarang saya hanya dibenarkan iqamat tanpa pegang baby. Tapi dapatlah sentuh baby sikit saja. Memang terharu sangat-sangat apabila kita ada waris atau zuriat dari darah daging kita sendiri.
“Bagi yang belum dikurniakan zuriat lagi janganlah berputus asa atau patah semangat kerana perancangan Tuhan adalah sebaik-baik perancang. Biarkan apa orang nak cakap, yang penting kita sebagai suami isteri kena sabar dan saling memahami,” katanya seperti mana dipetik menerusi Astro Gempak.
Tarik Balik Saman Terhadap Keluarga Ira & Diskaun Tuntutan Nafkah Anak, Lafaz Cerai Puteri Sarah Tak Jadi! Puteri Sarah baru saja hendak menarik nafas lega namun terbantut apabila lafaz cerai oleh suaminya tidak menjadi kenyataan.
Antara dua syarat diminta oleh suaminya Syamsul Yusof yang tidak dipersetujui Puteri Sarah antara yang membuatkan prosiding lafaz cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan tidak menjadi kenyataan.
Tarik Balik Saman Terhadap Keluarga Ira
Dua syarat yang diminta Syamsul ialah tarik balik saman terhadap keluarga Ira Kazar dan diskaun untuk tuntutan nafkah anak.
Malah proses lafaz cerai itu juga gagal selepas pihak peguam Syamsul mendakwa ada kecacatan dalam prosedur Jawatankuasa Pendamai (JKP).
“Saya takkan tarik kes! Saya akan teruskan. Kalau panjang, panjanglah,” ungkap Puteri Sarah seperti yang dilaporkan Harian Metro.
Syarat Keterlaluan
Ibu kepada dua orang anak itu menyatakan Syarat yang diminta oleh Syamsul agak keterlaluan.
“Tempoh hari, kami dah cakap kata persetujuan (untuk mudahkan proses hari ini), tapi ada beberapa perkara yang saya tak bersetuju antaranya mereka meminta saya menarik balik kes saman yang saya failkan terhadap keluarga Ira Kazar.
“Syaratnya, kalau saya nak dilepaskan, saya kena tarik kes itu dan saya takkan tarik.
“Kedua, dia minta diskaun untuk tuntutan nafkah anak. Anak-anak bukan untuk didiskaunkan!”
“Harta sepencarian pun saya tak minta. Jangan takut. Saya banyak minta untuk anak-anak.
“Tapi, kalau itu pun nak diskaun, kemudian suruh tarik balik kes saman terhadap Ira Kazar, itu sudah berlebihan.
“Saya akan berjuang demi anak-anak. Saya dah tak berjuang untuk diri sendiri lagi. Kalau untuk anak-anak pun nak minta diskaun, jadi jawapannya tidak. Saya akan berjuang tak kiralah berapa puluh tahun pun,” ungkapnya.
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...