Perempuan Mengandung Alahan Ini Jiwanya Sensitif, Bukan Sebab Mengada.. Itu Pembawaan
Gambar sekadar hiasan / Kredit foto : Drama Setelah Terlafaznya Akad

Sayangnya ada yang tak faham kata perempuan mengandung alamah itu mengada, naik lemak, saja-saja buat lembik. Ya ampun, tak ada isteri nak saja-saja buat lembik hadap morning sickness.

Benda tu memang semulajadi datang dari perubahan hormon dalam diri orang perempuan yang mengandung. Bukan isteri tak cuba kuat.

Tapi asal bangun pagi je mulut loya yakmat. Tak boleh kontrol-kontrol dah. Dia memang takkan dapat tahan rasa tekak kembang, muntah hijau tu.

Bila dah tak habis semua keluar, masuk air pun muntah.. kau ingat ada tenaga lagi mak buyung tu abang?

Sah sah lah tak..

Lagi dah cover tenaga dua nyawa dalam satu badan. Jadi, sebelum judge kenalah faham ibu hamil ni emosinya memang turun naik.

Bila Isteri Mengandung Alahan, Suami Cuba Usahakan Ini

1. Sebab dia penat bawa badan yang naik berganda. Kali sebelum ni berat isteri cuma 45kg, bila hamil boleh naik sampai 10kg pun iya.

Dah berat seguni beras tu. Lagi nak minta dia terkejar ke sana ke mari layan suami, dengan anak-anak yang lain lagi.

Dengan letih-berat lagi.. mana tak emosi isteri tu cepat turun naik.

IKLAN

2. Kalau di awal kehamilan ada isteri yang alami morning sickness yang teruk. Walau pun doktor kata, morning sickness tu normal untuk ibu hamil tapi bagi ibu-ibu baru dia memang takkan dapat handle emosi dan susah payah alahan.

Tiba-tiba tak boleh bau nasi, masuk air kosong pun keluar balik. Ada tu cuma boleh makan buah je. Itu ok lagi, ada isteri cuma mampu makan snack ‘jajan’ je. Nak tolak pun.. itulah satu-satunya makanan yang boleh lepas kat tekak.

Sebenarnya masa awal-awal macam nilah suami kena beri perhatian lebih. Cuba usahakan beli kismis ke, kurma ke.. atau buah tembikai yang bagus untuk redakan alahan.

Paling utama bersabar banyak-banyak dengan kerenah isteri. Kadang dia merentan, kau bertenanglah.

Bila dia rejek sebab tak tahan bau badan. Jangan pulak suami lebih-lebih merajuk. Itu perubahan semulajadi yang jadi kat orang rumah tu.

IKLAN

Itu belum lagi bab tak boleh masuk dapur, bau bilik air pun pening. Haih! Memang rumit. Tapi itulah kebenarannya.

Sabar.. banyak-banyak ya suami.

Gembirakan hati isteri yang hamil tu nanti makin berganda-ganda rezeki suami.

 

Perempuan Mengandung Alahan Ini Jiwanya Sensitif, Bukan Sebab Mengada.. Itu Pembawaan
Gambar sekadar hiasan / Kredit foto : Drama Setelah Terlafaznya Akad

 

IKLAN

Bolehkan Suami Sabar Hadap Emosi Isteri Hamil Alahan

3. Emosi isteri hamil ni ada ketikanya dia boleh jadi tersangatlah manja. Bukanlah sebab dia mengada, tapi dia nak sokongan emosi dari suaminya.

Jangan pulak kau lari keluar malam dengan kawan-kawan sebab tak tahan nak hadap isteri yang tiba-tiba merengek manja tu.

Urutlah belakang isteri bila dia baru lepas muntah tu.. urut manja-manja je. Tak usahlah beria sangat.

Isteri ni cuma nak rasa sentuhan kasih sayang suami dia je. Lagipun.. sapa yang sebab kan dia jadi macam tu.

Kenalah bertanggungjawab ya tak? Kasihan isteri tu, sudahlah bawa perut, kena perli mengada pulak.

Aduh! Derita betul rasa hati.

MW : Tak semua isteri hamil alami alahan yang teruk. Ada ibu hamil cergas malah boleh aktif ke sana ke mari. Tak rasa alahan teruk macam sesetengah ibu hamil yang morning sickness. Itu rezeki mereka.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI