10am cuci sayur

Tak dinafikan setiap kali mencuci sayur-sayuran dan buah-buahan kita akan risaukan saki baki racun serangga yang masih ada atau melekat. Takut memberi mudarat pada kesihatan diri dan keluarga. Ada juga yang menyarankan menggunakan sabun pencuci khas untuk mencuci sayur dan buah-buahan ini. Sebenarnya ia adalah tidak digalakan sama sekali.

Untuk faham lebih lanjut mengenai cara cuci sayur sebaiknya, fahamkan perkongsian daripada CHM Dr Fatimah Salim, Pensyarah Kanan Kimia & Penyelidik UiTM ini.

Menurut badan regulasi yang bertanggungjawab melindungi kesihatan dalam memastikan keselamatan dan keberkesanan sebarang produk kegunaan awam iaitu Food and Drug Administration (FDA), mencuci buah dan sayuran dengan sabun atau produk pencuci khusus komersial adalah TIDAK digalakkan.

Ini kerana saki baki sabun atau pencuci khas sukar untuk dibersihkan sepenuhnya dan mungkin tertinggal pada buah dan sayuran. Bahan kimia yang tertinggal pada permukaan atau diserap oleh sayuran dan buah ini boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit terutamanya kepada individu yang sensetif.

Cara Sebaiknya Cuci Sayur & Buah

Apa yang anda perlu lakukan ialah merendam, kemudian mencuci dan menggosok sayuran dan buah di bawah air yang mengalir. Boleh juga menggunakan berus penggosok khas yang bersih untuk menanggalkan lapisan perlindungan pada buah seperti epal, labu atau timun. Dan untuk mereka yang risaukan saki baki bahan kimia racun serangga, mungkin boleh merendam seketika dengan air garam atau soda bikarbonat sebelum mencuci dengan air yang mengalir.

IKLAN

 

IKLAN

Sekiranya buah dan sayuran tidak dimasak terus, keringkan permukaannya dengan kain atau tisu yang bersesuaian. Ini bertujuan untuk menghalang lembapan berlebihan yang boleh menyumbang kepada kemandirian kuman yang mungkin berbaki pada permukaan sayuran dan buah sebelum penyimpanan. Keadaan yang kering ini juga akan membuatkan sayuran dan buah tahan lebih lama.

Nota: Biasanya sayur berdaun macam bayam, saya akan kacau dan rendam seketika (3 minit) dengan air secukup yang buat sayur terapung. Ini untuk pastikan pasir atau tanah betul-betul tertanggal daripada sayur. Biasa saya ulang 3 kali. Dan lihat air basuhan terakhir untuk puas hati. Semasa siang juga saya cermat.

IKLAN

Baca Lagi Di Sini:
Basuh Atau Tidak Sebelum SIMPAN, Bergantung Cara Penyimpanan TELUR
Sanggup Guna KUALI HITAM, Kononnya Legend. Sebenarnya Ia Bahayakan Kesihatan

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi cara mudah dan selamat untuk mencuci sayur, memadai rendam sayur seketika dengan air garam atau soda bikarbonat dan cuci bersih berulang kali. Tak perlu menggunakan sabun atau produk pencuci khusus komersial.

Sumber: Makmal Makanan (MaMa)