Ada macam-macam cara untuk buat sambal ikan bilis. Sambal yang sedap rasa pedas dan manisnya secukup rasa.Jika selalu, kita masukkan gula waktu akhir sekali. Namun salah satu tip yang boleh dicuba untuk menjadikan sambal ikan bilis bertambah sedap adalah tumis gula dalam minyak dulu sampai menjadi karamel, barulah tumis bahan kisar lain seperti biasa.
Berikut perkongsian tip daripada Cikgu Zazo Mohammad yang mak-mak boleh cuba;
“Ma shaa Allah.. Sedap sungguh, 1st time buat sambal ikan bilis yang sedap ni.Tumis gula jadikan karamel sebelum ditumis cili kering”
“Terima kasih la sahabat koi koi.Koi Salz Eimas tak kedekut bagi resepi ni.Sedap sungguh..Sesiapa yang suka sambal ikan bilis boleh cuba resepi sahabat koi ni.Sedap sungguh. Semoga Allah murahkan rezeki aok rodong”.
Saya buat macam yang dia bagitau macam ni.
1.Panaskn minyak, masukkan gula sampai jadi karamel.
IKLAN
2.Selepas itu tumis bahan-bahan yang dah di blend (bawang besar, bawang putih dan cili kering) sampai keluar naik minyak.
3.Kemudian masukkan ikan bilis dan bawang hiris.
4.Masukkan air asam jawa gula garam dan air sehingga separas.
5.Kemudian masukkan gula melaka, kecilkan api biar sampai keluar minyak.Baru tutup api.
IKLAN
Siap!
IKLAN
Selamat Mencuba!
MW: Menarik resipi sambal tumis ikan bilis cara begini, secukup rasa pedas dan manis, memang sedap dan warna sambalnya pun cantik. Mak-mak boleh cuba sendiri masak di rumah.
Percayalah, pes tom yam boleh jadi punca utama rasa kuah tom yam anda masak sedap atau tidak dan sebab itulah anda patut godek resepi yang Puan Fatiha Hanani Ismail kongsikan. Lagi teruja, pes tom yam dia buat sendiri, jom cuba buat sebotol untuk mudahkan masak setiap hari…
Bahan-bahan:
2 Biji bawang besar
4 batang serai
2 biji cili hidup merah
5 Hiris lengkuas
7 Helai daun limau purut
4 Sudu makan udang kering
10 Ekor ikan bilis
4 Inci belacan
3 Sudu cili kering yang dikisar
Air asam jawa
Gula perang
Garam
Cara membuatnya:
1. Masukkan kesemua bahan (Kecuali air asam jawa, garam dan gula) ke dalam pengisar dan kisar sehingga lumat.
2. Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis bahan yang dikisar sehingga lumat dengan api yang perlahan.
3. Ketika ini bau tom yam akan mula terbit dan masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air asam jawa, gula perang dan garam. Seimbangkan rasanya.
5. Tutup api dan sejukkan selama beberapa jam sebelum disimpan ke dalam botol yang kedap udara.
Untuk masak tom yam…
1. Ambil dalam 2 senduk pes tom yam, tumis kejap… tuang air dalam 2 cawan.
2. Letak akar ketumbar dah mendidih masukkan ayam dalam 4-5 ketul potong kecil-kecil sampai ayam masak.
3. Masukkan serai, daun limau, limau,sayur-sayur, garam, serbuk perasa dan sedikit susu pekat.. Rasa ikut tekak masing-masing ya.
4. Selamat memasak!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sesekali tukar selera dengan makanan orang Korea menarik juga.Bagi mak-mak peminat makanan Korea atau suka layankan anak-anak yang makanan Korea boleh cuba buat sendiri ala ‘Bulgogi Fries’ ini. Iaitu taburan hirisan daging dan kentang goreng dengan sos mayonis istimewa.Menariknya, boleh guna daging burger je. Almaklumlah, bila beli sepinggan boleh tahan juga harganya. Buat sendiri lebih puas hati, boleh makan banyak-banyak.
Berikut perkongsian resipi ala ‘Bulgogi Fries’ oleh Puan MasAyu Legacy sebagai panduan;
“Semalam pergi kfry ioi Mall.. tak puas makan fries dia. Malam ni kita buat sendiri.. sebeban boleh makan.. korang mesti try okay. Sedap nak matiii.. resepi kat gambar tau..senang ya amatttttt”
Bahan-Bahan:
Mayonis
Lemon
Madu
Daun bawang hiris
Bawang besar hiris
Daging cincang tapi cari tadi tak jumpa so ummi gantikan dengan daging burger
Kentang frozen
Cara Membuat:
1.Goreng daging sekejap, kemudian buang minyak.
2.Hancur-hancurkan daging burger tu..siap.
3.Goreng kentang.
4.Bahan sos pula, mayonis + madu + lemon. Boleh ikut cita rasa nak paras mana.. ummi suka rasa dia yang tajam, cukup-cukup enak kat tekak. Gaul bagi rata.
5.Kentang dah siap goreng.
6.Letak adunan mayonis tadi. Jangan habiskan adunan tu sat lagi nak guna gaul daging pula.
Macam-macam versi buat sambal hitam ini. Tapi kalau nak tahu yang versi betul betul original, sebenarnya cuma guna 4 bahan ini saja; belimbing buluh, bawang merah, ikan bilis dan cili api.
Inilah yang dinyatakan Puan Siti Fatimah dalam masa yang sama berkongsi resepi dan cara-cara membuat sambal hitam original.
Katanya, “Kalau kau sejenis nak tunggu lampu isyarat bertukar hijau yang 80 saat tu pun tak reti menyabar dok berangin je berbalas balas hon, kau tak digalakkan lah untuk mencuba resepi ini.”
“Ini kalau aku nak buat jual, mahu lapan belas enam puluh ribu ratus ringgit sebekas ni.
“Sesaat kesabaran aku menunggu rebus belimbing tu je dah bersamaan dengan doblas ratus ringgit. Sebab tu lah sambal hitam ni orang jual mahal. Dia boleh tahan berbulan bulan tanpa perlu masuk esbok pun.”
Tapi untuk yang original sambal hitam lah. Original pembikinan sambal hitam, dia menggunakan empat bahan sahaja; Belimbing buluh, bawang merah, ikan bilis dan cili api.
Walaupun empat bahan sahaja, proses pembikinan dia mengambil masa yang sangat lama. Kau bercinta, gaduh, clash couple balik pun belum tentu sambal ni siap lagi. Mana kan tidak. Nak merebus belimbing buluh hingga betul betul hitam sahaja pun mengambil masa paling paling 4 jam.
Sesudah itu, perlu menumis perlahan pula kesemua bahan hingga betul betul kering. Itu pun dalam 4 jam masa diambil.
Alang alang nak buat stok simpan. Buatlah lebih. Alang alang nak pakai masa, tenaga dan gas yang banyak, buatlah sekali untuk ahli keluarga lain, saudara mara dan jiran tetangga yang ada. Bulan puasa pun dah nak dekat. Buat stok sahur pun terbaik ni.
Cara Buat Sambal Hitam Original
Rebus belimbing buluh sebelanga. Belimbing buluh ni ada lah dalam 2 ke 3 kg kot. Ni aku petik kat pokok sebesen.
Bersihkan buang tangkai, taburkan setengah cawan garam. Tak perlu letak air. Buka api, nanti perlahan lahan air belimbing tu keluar.
Kalau boleh jangan guna kuali atau periuk. Belimbing ni tajam. Dia menghakis besi. Kalau tak bocor pun, nanti kuali kau jadi hitam.
Kita nak buat sambal hitam. Bukan kuali yang kena hitam. Tak pasal suami anda cari sudut rumah termenung mengenangkan nasib kena belikan kau set kuali baru. Kuali betul.
Rebus guna belanga atau periuk kaca. Kalau tak ada, rebus dalam tin biskut. Dah siap rebus buang terus tin tu.
Ahh, kalau semua tak ada, kau tak payah buat lah! Banyak betul cerita.
Hah! Gini lah rupa dia bila belimbing dah mula mengeluarkan air. Teruskan merebus api sederhana. Jangan besar sangat apinya. Bergantung dapur gas anda lah. Agak agak sendiri untuk 4 jam punya rebus nak kering.
Sampai lah dia berubah warna dan kering.
Setelah 4 jam ini lah hasilnya. Dia jadi hitam dan mengecut macam buah prune. Dari sebelanga belimbing buluh tadi, dapatlah semangkuk besar belimbing hitam.
Ini Bahan Bahan Untuk Menumis
Bawang merah dimayang.
Ikan bilis tumbuk kasar.
Cili api blend.
Belimbing hitam dilenyek.
Agak agak je semua semangkuk semangkuk. Jumlah bawang dan ikan bilis biar lebih dari belimbing hitam dan cili. Kalau tak suka masam sangat, kurangkanlah belimbing.
Cili api biar sama banyak dengan belimbing hitam. Sambal ni kalau tak pedas, kau tak payah panggil dia sambal. Kau panggil dia milo ais.
Tumis dulu ikan bilis bagi garing sikit, lepas tu masukkan bawang dan cili api. Dah layu, masukkan pula belimbing hitam yang dah dilenyek tadi.
Minyak banyak tak apa. Aku tambah minyak dari semasa ke semasa.
Masa ni kau dah boleh mula perlahan kan api. Dan tunggu lah lagi dalam 3 ke 4 jam sampai betul betul kering.
Kacau. Jangan lupa pula mengacau sibuk leka tengok drama maghrib.
Tadaaaa! Ni lah rupa dia bila dah siap. Masa dah kering ni, senang nak turunkan minyak. Tinggal cedok je keluarkan minyak minyak kalau terlalu banyak.
Bila dah siap gini, tak perlu lagi nak tambah garam dan apa apa jenis MSG. Macam gini je dah sedap yang tidak tidak.
Ginilah cara buat dia. Senang bukan?
Bella & Caprice akhirnya berdamai. Menerusi ruangan komen, majoriti netizen menyambut baik perkara tersebut dan berharap tiada lagi perbalahan antara Bella Astillah dan Caprice.Malah...