Ramai yang mengetahui bahawa penyanyi Elyana menghidap penyakit Kanser Limfoma tahap 4. Semangat juangnya melawan kanser dengan menjalani rawatan dan sentiasa bersikap positif serta ceria amat wajar dijadikan inspirasi buat wanita lain.

Terbaru, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 31, memberitahu doktor memaklumkan barah limfoma itu sudah dikesan di sekitar saraf tunjangnya.Selain pernah menjalani rawatan kimoterapi sebelum ini, penyanyi ini memaklumkan buat pertama kalinya dia bakal menjalani rawatan radioterapi di sebuah hospital di ibu negara bermula kelmarin.

“Doktor sudah berjumpa saya dan sekejap lagi saya akan mulakan sesi rawatan radioterapi.

“Ini kali pertama saya menjalani rawatan ini, tak pernah lagi sebab selama ini saya hanya buat kemoterapi.

“Doktor cakap saya punya lymph nodes dah ada kat saraf tunjang, kalau saya tak buat apa-apa boleh menyebabkan lumpuh,” katanya yang bakal menjalani 10 kali sesi rawatan itu.

“Pening, Mual, Lesu, Rasa Nak Muntah” Elyana Kongsi Perasaan Kesan Buat Rawatan Radioterapi

Kesan Radioterapi

Radioterapi atau terapi sinaran merupakan satu kaedah perubatan untuk merawat dan mengawal sel-sel barah.Setelah menjalani rawatan radioterapi penyanyi lagu Kalis Rindu ini juga ada berkongsi perasaan serta kesan yang dihadapinya di Instastory laman Instagram miliknya.  Antaranya kesannya rasa lesu dan penat,rasa pening nak muntah dan loya seperti jalani kimoterapi.Bibirnya juga jadi kering, pecah-pecah.

IKLAN

Bagi Elyana rawatan kimoterapi menyebabkan kesan lebih teruk pada dirinya iaitu muntah teruk dan tiada selera makan berbulan-bulan berbanding rawatan radioterapi ini.Namun baginya ia perkara biasa dan hanya perlu banyakkan bersabar.

Sebelum ini, Elyana mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan dia menghidap kanser tahap empat ketika membuat ucapan selepas tersingkir daripada meneruskan pertandingan program Gegar Vaganza tahun lalu.

Elyana berkata, dia disahkan menghidap kanser limfoma sejak tujuh tahun lalu dan pernah menjalani kemoterapi antara 5 hingga 7 kali sejak 2014.

“Pening, Mual, Lesu, Rasa Nak Muntah” Elyana Kongsi Perasaan Kesan Buat Rawatan Radioterapi

IKLAN

Ramai Beri Sokongan & Mendoakan Kesejahteraan

Dalam pada itu, Elyana turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua peminat yang mendoakan kesihatannya.

“Ramai yang mesej bagi doa semangat, terima kasih banyak kepada semua, walau tak dapat balas satu-satu tapi saya baca semua.

“Ada pesakit kronik yang mesej, saya selalu bagi semangat. Alhamdullilah, saya happy sangat sebab saya fikir dalam tak langsung saya bermanfaat untuk orang lain,” ujarnya.

IKLAN

Tidak kurang ramai rakan selebriti yang datang menziarahi Elyana di hospital serta turut memberikan kata-kata sokongan. Antaranya Betty Rahmat, Anne Ngasri, Sherry Ibrahim dan Hatta Dolmat.

Mingguan Wanita mendoakan agar Elyana terus berjuang dan tidak berputus asa untuk melawan kanser ini. Semoga cepat sembuh, diberikan kesihatan terbaik serta kekal positif iya.

Baca Disini:

Meskipun Hidap Kanser Limfoma Tahap 4, Elyana Kekal Positif & Dalam Diam 7 Tahun Telah Berjuang Lawan Penyakit Ini!

Soal Penyakit Kanser, Ini Cara Elyana Ubat Hati Anaknya Setiap Kali Nak Tidur

Sumber: Mstar & Elyanaofficial

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI