Air Fryer ini, salah satu barang yang memudahkan kerja mak-mak di dapur. Tetapi semalam glamour kejap sebab ada ura-ura yang mengatakan air fryer ini boleh menyebabkan kanser!
Hah, kalau berkait dengan kesihatan, memang risau. Begitulah dengan netizen, macam-macam pandangan yang ditulis pasal menggunakan air fryer. Tetapi untuk betulkan tentang isu ini, Dr Hani Mynisada kongsikan sedikit info tentang bahaya atau tidak guna air fryer.
Bahaya Ke Guna Air Fryer?
Semalam ada beberapa orang tagged hani kat satu Artikel mengatakan penggunaan air fryer berbahaya boleh menyebabkan makanan menghasilkan sejenis kompoun yang menyebabkan kanser (ini pemahaman netizen berdasarkan kandungan artikel tersebut) makanya ramai lah yang tag suami kawan adik beradik memasing tak jadi nak beli air-fryer! Sebab kononnya air fryer bahaya boleh sebabkan kanser. Alahai ke situ pulak jadinya…
Ni nak cerita bab sains, hani ringkaskan;
Makanan BERKANJI bila digoreng/dimasak menggunakan SUHU YANG TINGGI (iaitu melebihi 120C), akan hasilkan sejenis kompoun yang sifatnya toksik yang boleh menyebabkan kanser iaitu akrilamida.
KANJI + SUHU TINGGI = BAHAYA
Contoh makanan berkanji: nasi; tepung; ubikayu; kentang; roti
Point nya disini, tak kisah lah menggoreng/memasak Makanan BERKANJI menggunakan cara apa: air-fried, deep-fried, oven-bake, microwave even guna kuali legend sekalipun ianya akan menghasilkan akrilamida.
Ads
Oleh itu, tolonglah.
Air fryer tak salah! Air fryer tak menyebabkan kanser.
Fakta ini perlu dibetulkan. Macam mana nak kurangkan risiko penghasilan akrilamida ni? Tapi teringin nak makan kentang goreng, ubikayu goreng.
Dua pemboleh ubah yang boleh kita kawal; SUHU dan MASA.
Gunakan SUHU yang rendah, tapi MASA yang lama untuk menggoreng.
Ads
Inilah kebaikan air fryer! Kita boleh manipulasi suhu dan masa kita memasak.
Kalau nak sukat suhu minyak masak jenuh pulak kan? OK dah clear yang kat sini?
Hani kalau bab benda yang memudahkan proses menguruskan rumah memang hani suka. Tak kisah lah mengemas atau memasak.
Oleh itu, apa sahaja gadjet/appliance/item yang memudahkan kerja kat dapur ni memang dalam wishlist hani dan hani sarankan kat jiran tetangga adik beradik mertua untuk guna.
Sebab apa, sebab nak memudahkan kerja kita kat dapur lah. Tak kisah lah wanita bekerjaya ke wanita suri rumah ke, wanita belum berkahwin ke, mana yang memudahkan kerja rumah, hani sarankan beli! Ada rezeki lebih, BELI!
Ads
Rupanya Air Fryer Kurangkan Stress Mak-mak
Bila kerja rumah kita dimudahkan, efisyen, insyaAllah kurang stress nak menguruskan rumah; lebih banyak masa dengan anak-anak keluarga dan diri sendiri.
Kat sini hani beri contoh penggunaan air-fryer yang efisyen dan mencepatkan proses memasak, banyak lagi boleh buat tapi hani bagi satu contoh:
Siapa suka makan ayam masak merah? Nak masak ayam masak merah secara konvensional:
Goreng ayam dulu (menggunakan minyak yang agak banyak dan menggunakan masa) dah siap goreng ayam baru masak sambal masak merah nya (kalau cara hani wajib gunakan minyak yang sama utk goreng sambal; jimat minyak pada masa yang sama elakkan ada minyak terpakai lebihan) = masa yang lama jadinya dan berminyak double lah kan.
New style. Hani masak sambal masak merah. Pada masa yang sama hani masak sambal, hani goreng juga ayam dalam air-fryer. Suhu jangan tinggi sbb kita taknak ayam tu terlalu garing. Ayam utk masak ayam masak merah wajib lembap-lembap juicy. So kita buat dua kerja dalam satu masa. By time sambal dah nak masak, ayam dah siap masak, tunggu nak dimasukkan je dalam sambal ayam masak merah = kurangkan penggunaan masa = anak pun happy ibu dia tak lama kat dapur.
Air fryer bukan hanya untuk menggoreng sahaja ya. Membakar pun boleh buat ayam percik, buat kek pun boleh. Bakar pizza pun boleh. Yang ni episode lain lah ya. Nanti-nanti hani kongsi Resepi menggunakan air fryer.
Nota:
Siapa yang nak beri hadiah pada diri sendiri atau suami nak beli kan hadiah pada isteri sempena hari jadi, hari ulang tahun perkahwinan atau saja-saja sebab nak jadi suami soleh nak banyakkan rezeki, tak payah fikir jauh, belikan AIR FRYER, BELI!!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Isteri Edika Yusof fail cerai. Tiada angin tiada ribut tiba-tiba hari ini kecoh apabila isteri kepada suami contoh, Edika Yusof , Nor Hidayah Yusri, didakwa telah memfailkan perceraian terhadap suaminya pada pertengahan Februari lalu.
Untuk rekos kisah Edika yang setia menjaga Hidayah selepas isterinya lumpuh separuh badan sejak 16 tahun lalu menarik perhatian ramai.
Psangan itu mendirikan rumah tangga hampir 22 tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nazirul Afiq, Fardeen Nasrulhaq serta Fereena Nurulhaq.
Isteri Edika Yusof Fail Cerai
Seperti mana dipetik merusi Kosmo Online, hal itu disahkan sendiri oleh peguam yang mewakili Hidayah, Mohd. Yazid Hazim selepas menghadiri sebutan pertama kes berkenaan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
“Untuk hari ini, hanya sebutan biasa bagi penyerahan dokumen. Sepatutnya pihak defendan (Edika) perlu hadir, namun kami menerima surat daripada pihaknya menyatakan tidak dapat hadir, mungkin atas alasan kerja dan sebagainya.
“Mahkamah telah menetapkan 23 April depan sebagai tarikh sebutan semula,” kongsinya.
Tidak Dedahkan Butiran Terperinci
Pada masa yang sama, Yazid tidak mendedahkan butiran terperinci.
“Sebab-sebab pemfailan tidak boleh didedahkan secara terperinci kerana bersifat subjudis kepada pihak defendan. Mungkin alasan-alasan itu akan dibentangkan berdasarkan arahan hakim pada 23 April nanti.
“Tetapi secara umumnya, punca penceraian adalah kerana tiadanya persefahaman antara plaintif dan defendan,” sambungnya lagi.
Tak Nak Beri Sebarang Komen
Manakala Hidayah pula tidak mahu mengulas lanjut tentang keputusan memfailkan perceraian.
“Semua tahu situasi dan keadaan saya. Kalau saya sudah sampai ke tahap pergi ke mahkamah, sudah tentu ada sebab yang sangat kukuh.
“Itu saja yang boleh saya katakan. Saya tak mahu memberi sebarang komen.
“Kalian boleh tanya pihak belah sana sebab saya tak mahu apa-apa keluar daripada mulut saya. Biar saya dengar dulu apa yang keluar dari mulut dia.
“Saya dan dia sudah tidak serumah, cuma tak perlulah saya kongsikan sejak bila,” kongsinya.
Isteri minta cerai sebab suami malas mandi, baru 40 hari kahwin. Seorang wanita India meminta cerai selepas tidak tahan dengan tabiat pengotor suami yang baru dikahwininya.
Isteri Minta Cerai Sebab Suami Malas Mandi, Baru 40 Hari Kahwin
Baru saja 40 hari hidup bersama, wanita India ini sudah nekad untuk berpisah dengan suaminya. Wanita dari Agra, Uttar Pradesh itu berkata, dia tidak tahan dengan suaminya hanya mandi sekali dua kali sebulan selain menggunakan pakaian kotor dan nafas berbau.
“Suami saya hanya mandi enam kali dalam 40 hari lalu.
“Apabila mendengar saya mahu bercerai, dia berjanji untuk berubah dan menjaga kebersihan dengan mandi setiap hari,” katanya berkongsi masalah itu kepada pusat kaunseling.
Ketika disoal siasat pusat kaunseling di Agra, salah seorang kaunselor berkata, suami wanita itu, mengaku hanya mandi sekali atau dua kali sebulan.
“Lelaki itu mengaku membersihkan badan dengan menyimbah Gangajal (air suci dari sungai Gangga) seminggu sekali,” katanya kepada media.
Katanya, pasangan muda itu mula bertengkar mengenai kebersihan suami beberapa minggu selepas perkahwinan.
“Akhirnya, isteri berkenaan meninggalkan rumah mereka dan kembali tinggal bersama keluarganya.
“Keluarganya turut masuk campur dengan membuat aduan di balai polis dan memohon perceraian daripada pihak lelaki,” katanya.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Wajah dan rambut si kecil usia tiga tahun ini diselaputi debu. Selimut kerajang melindungi tubuh halus itu selepas 65 jam terperangkap dalam runtuhan bangunan. Yang diakibatkan oleh gempa bumi yang melanda pantai Aegean Turki.
Tak dapat dibayangkan, anak kecil bernama Elif Perincek ini melalui saat sukar lagi cemas selepas bangunan di diami keluarganya runtuh. Hampir tiga hari Elif bertarung nyawa. Terperangkap dalam bangunan runtuh di Bayrakali di wilayah barat Izmir sebelum diselamatkan Isninnya.
Tiga Hari Terperangkap Dalam Runtuhan Bangunan
“Shif saya bermula 10.30 malam. Petang semalam saya bekerja dengan 14 rakan penyelamat.Ditempat yang sama, kami sudah mengeluarkan ibu Elif dan adik-beradiknya.
Dari lokasi itu, kami meneruskan pencarian. Menuju ke ruang bilik dimaklumkan Elif berada. Sebaik sampai, kami nampak ada satu ruang yang teramat kecil, tak mungkin Elif mampu melepasinya apatah lagi terselamat.
Kami tebuk laluan dengan penukul untuk sampai ke ruangan itu. Dan di situlah kami menemui Elif. Besi bahagian atas kami potong dan bersihkan beberapa ruang. Segera saya minta selimut dari rakan penyelamat, nampaknya tiada pergerakan dikesan dari anak kecil itu.
Wajahnya penuh dengan serpihan konkrit.. saya mahu membersih wajah itu. Sebaik saya mahu menyentuhnya, Elif menarik ibu jari saya. Dia pegang tangan saya.. kuat seakan tak mahu lepas. Saya tergamam, begitu juga rakan penyelamat yang lain. Dan akhirnya kami menangis bersama-sama.” Sebak kongsi penyelamat Elif, Muammer Celik.
Ibu Dan Adik-Beradik Kembar Elif Diselamatkan
Sebelumnya, selepas 23 jam gempa bumi melanda penempatan itu, ibu Elif, Seher Dereli Perincek dan adik-beradik kembarnya yang berusia 10 tahun, Ezel dan Elzem Perincek berjaya ditarik keluar dari runtuhan.
Begitu juga dengan saudara lelakinya, Umut Perince, 7 dapat dikeluarkan. Namun, Umut kehilangan nyawanya. Sehingga saat ini, ahli keluarga Elif yang diselamatkan masih dalam rawatan.
Elif adalah mangsa ke 106 yang ditemui masih bernyawa dan berjaya diselamatkan daripada kawasan runtuhan. Dia yang mengalami kecederaan kemudiannya dikejarkan ke hospital.
Menteri Kesihatan, Fahrettin Koca memaklumkan Elif sudah pun sedar dan tidak mengalami patah tulang mahupun kecederaan yang serius. Bagaimanapun, Elif masih dalam pemantauan rapi memandangkan anak ini terperangkap dalam runtuhan dan tidak dapat bergerak untuk jangka masa yang panjang.
Adik beradik Elif juga dikhabarkan dalam keadaan yang baik.
Bencana Gempa Bumi Di Turki
Sebelumnya, kira-kira 58 jam selepas gempa seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun, Idil Sirin dapat diselamatkan di Bayrakli.
Bencana ini mengakibatkan hampir 1,000 orang cedera dan sekurang-kurangnya 150 orang masih dirawat di hospital.
Gempa dengan kekuatan 6.6 skala Ritcher mengakibatkan bencana, memusnahkan bangunan-bangunan di Turki dan Greece pada petang Jumaat lalu.
Malah, pihak berkuasa Turki memaklumkan terdapat 1,323 gempa susulan sehingga malam Isnin. Dengan 43 daripadanya bermagnitud lebih daripada empat.
Pihaknya juga melancarkan siasatan, menyiasat punca 58 bangunan yang runtuh dan rosak teruk.
Model Rusia buat laporan polis selepas jadi mangsa komen lucah, dimalukan ketika makan berseorangan di restoran. Seorang wanita warga Rusia tampil membuat laporan polis...