elyana

Kagum dengan semangat juang dan sikap positif yang dimiliki oleh wanita muda ini.Disebalik kelincahan dan semangat penyanyi Elyana Emrizal untuk menghiburkan penonton di atas pentas Gegar Vaganza 2017, siapa sangka sebenarnya beliau menyimpan rahsia yang sangat berat untuk ditanggung dan sedang berjuang melawan penyakit kanser Limfoma tahap 4!

Pendedahan tersebut diumumkan sejurus beliau tersingkir daripada konsert minggu kelima Gegar Vaganza 4 (GV4) malam tadi.Ketika membuat ucapan, Elyana turut memaklumkan dia penghidap kanser pada tahap empat dan meminta individu lain yang mempunyai penyakit sama agar terus kuat menempuh ujian itu.

7 Tahun Berjuang

Menurut Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal,30 berkata,sebenarnya dia mengetahui penyakit ini ketika kanser masih berada tahap dua, sejurus selepas melahirkan anaknya, Cinta Sumayyah, kira-kira tujuh tahun lalu.Namun, ketika itu hanya orang terdekat yang mengetahui tentang hal itu.

“Saya tidak mahu menyembunyikan apa-apa daripada peminat, oleh itu secara spontan saya membuat pengumuman mengenai kanser yang saya hidapi. Sudah tujuh tahun saya berjuang dengan kanser Limfoma dan sekarang hanya mampu berdoa kepada Allah selepas puas berikhtiar.”

Meskipun Hidap Kanser Limfoma Tahap 4, Elyana Kekal Positif & Dalam Diam 7 Tahun Telah Berjuang Lawan Penyakit Ini!

“Ada satu ketikanya, saya menghilangkan diri kerana berubat, namun kos perubatan kimoterapi memakan sejumlah wang yang besar. Jadi saya memilih untuk menggunakan alternatif lain.”

Fobia Lelapkan Mata

Elyana akui setiap malam beliau terlalu fobia untuk melelapkan mata kerana bimbang tidak akan bangun pada keesokan harinya untuk berjumpa dengan anak perempuannya.

Pernah hilang seketika dari dunia seni, Elyana memberitahu ketika itu beliau berada dalam keadaan lemah. Malah, doktor pernah memberitahu beliau hanya mempunyai masa setahun sahaja untuk hidup.

“Saya tahu ada yang kata saya sombong tolak persembahan semua, sedangkan badan saya ketika itu sedang mengembang dan rambut gugur. Doktor beritahu saya ketika itu saya hanya ada setahun untuk hidup. Saya nekad berhenti kimo dan cabar diri saya untuk berjuang. Syukur umur saya panjang sampai hari ini.”

Kepada Elyana, teruskan berjuang dan jangan pernah putus asa untuk melawan penyakit ini. Kami mendoakan segala yang terbaik buat anda. Semoga pesakit kanser yang lain diluar sana juga turut mengambil sikap positif dan semangat juang seperti Elyana ini.

Info Ekstra!

Kanser Limfoma

Menurut Ketua Perkhidmatan Hematologi Kebangsaan, Datuk Dr. Chang Kian Meng,Limfoma Hodgkin (HL) dikategorikan sebagai sejenis penyakit berbahaya yang sangat jarang berlaku, tetapi banyak terjadi kepada golongan muda.

Kanser Limfoma tergolong dalam kategori kanser darah, Limfoma Hodgkin (HL).Ia bermula dari sel lymphocytes, iaitu sel darah putih yang mengalir ke seluruh tubuh menerusi bendalir dikenali sebagai limfa, yang merupakan sebahagian daripada sistem imun manusia.Apabila nodus limfa membengkak, lymphocytes yang tidak normal akan membentuk sel tumor yang boleh menyebabkan berlakunya Kanser Limfoma sekaligus mengganggu sistem petahanan tubuh.

Sumber: B.Harian Online & Beautifulnara

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI