“Pengantin bukan untuk disidai” kadang tu bila difikir semula benarlah pendapat Kaunselor Keluarga Puan Normaliza Mahadi tentang kenduri kahwin yang perlukan bajet besar.

Masyarakat kita juga sering mengharapkan wang belanja perkahwinan untuk mengadakan kenduri secara besar-besaran kerana mahu menunjuk kemewahan dengan mana-mana pihak serta malu dilihat sebagai keluarga yang tidak berkemampuan dari segi kewangan.

Dalam keadaan ekonomi merudum dan ramai yang poket kering sekarang ni, sudah tidak sesuai membazir mengadakan majlis kenduri kahwin secara besar-besaran.

“Pengantin Bukan Untuk Disidai”

Sememangnya mengadakan majlis kahwin besar-besaran juga merupakan perbuatan menambah beban bakal suami serta boleh menjurus kepada pembaziran.

Dalam Islam sendiri tidak ada istilah belanja kahwin, sebaliknya Islam hanya mewajibkan pemberian mahar atau mas kahwin daripada bakal suami untuk bakal isteri.

Mas Kahwin Berdasarkan Kemampuan

Setuju dengan cadangan dari Kaunselor Keluarga Puan Normaliza Mahadi menerusi posting di Facebooknya tentang elakkan pembaziran dalam majlis perkahwinan besar-besaran.

IKLAN

“Saya nak mencadangkan kepada semua keluarga di Malaysia ini supaya

  1. Tak payah mintak hantaran daripada bakal menantu tetapi meminta mas kahwin berdasarkan kemampuan.

Contohnya minta mas kahwin  30% daripada gaji bersih bakal menantu.

Jadi makin banyak gaji bakal menantu makin banyak mas kahwin pengantin perempuan dapat.

  1. Tak payahlah buat kenduri kahwin yang kena berhutang sana sini. Hentikanlah nak impress tetamu ni.

Kalau nak hidangkan mee goreng aje pun tak salah. Buat sambal udang kering. Minum pulak dengan air sirap limau. Perghhhh… sedap makcik. Memang makan tambah pinggan.

IKLAN

Nak meehoon goreng pun ok. Kalau nak buat nasi campur dengan sup ayam dan sambal belacan pun ok.

Nasi beriani lah, nasi minyaklah kebanyakkannya tetamu yang datang tu semua dah biasa makan.

  1. Tolonglah tinggalkan budaya bagi door gift ni. Tetamu ni tinggalkan dalam kereta aje door gift tu. Bila depa basuh kereta, abang Bangladeshi tu buang aje. Menyemak.
  2. Boleh dah kita tinggalkan budaya bersanding yang memakan belanja yang besar ni. Pengantin bukan untuk disidai kepada orang ramai.

“Cukuplah pengantin mengenakan baju yang senonoh, bersih, sedap mata memandang untuk bergambar kenangan untuk keluarga terdekat sahaja.

“Kepada yang masih berkeras mahukan perkahwinan yang gilang gemilang tetapi berhutang atau menyusahkan orang, SILAKAN.

“Atau kepada yang sangat takut apa orang kata, maka anda tak termasuk dalam cadangan saya,” kongsi Puan Normaliza Mahadi.

IKLAN

Mingguan Wanita :  Benar tu berjimatlah dalam keadaan ekonomi merundum sekarang ni. 

Sumber :  Facebook Normaliza Mahadi

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Misteri di sebalik bayi lahir pegang alat perancang kehamilan IUD

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI