Hujung-hujung Syawal ini, pasti ada lagi mak-mak yang rebut peluang nak cari dan lengkapkan persiapan baju raya. Penat berjalan seharian, singgah daripada satu kedai ke satu kedai yang lain mahu pun berdiri terlalu lama boleh mengakibatkan kesakitan pada tumit kaki.
YAng merasa sakit tumit ni biasanya golongan wanita pakai kasut bertumit tinggi atau rekaan kasut yang tidak sesuai dalam tempoh yang lama. Kalau silap gaya, boleh berdenyut dan sakit yang menyucuk pada bahagian tumit kaki. Rasa sakit ini pastinya membataskan segala pergerakan dan pekerjaan.
Haaa… mak-mak jangan risau, untuk hilangkan sakit kaki itu mak-mak boleh petua guna garam kasar bagi merawat sakit tumit. Jemput tengok caranya dulu..
Bahan-bahan:
1 kilo garam kasar
IKLAN
Kuali
Kain / tuala bersih
Cara Membuat:
1. Masukkan garam ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak menggunakan api yang sederhana besar.
IKLAN
2. Apabila garam mulai panas sekata, angkat dan bungkus dalam kain/ tuala bersih.
3. Kemudian tuamkan pada bahagian tumit kaki yang sakit itu.
IKLAN
Amalkan selalu, sakit tumit anda pasti berkurangan dan insya-Allah akan sembuh sepenuhnya.
Nota:
Fisioterapi serta penggunaan kasut yang sesuai dengan ortotik juga mampu mengawal kesakitan ini daripada berterusan.
Wow, ada petua jimat pudarkan jeragat! Haaa… perempuan ni kalau muda-muda tak jaga kulit maka cepatlah kulitnya bermasalah naik macam-macam. Tetapi salah guna produk pun boleh mengundang jeragat, jerawat dan whitehead.
Jadi kalau nak selamatkan kulit, anda boleh cuba tip yang dikongsikan saudari Marina Saringat ini. Sudahlah jimat, senang nak buat pula!
Tip Pudarkan Jeragat dan Whitehead
Actually ni petua orang dolu-dolu. Tapi saja ari flashback balik dekat ugais sejak ari belajar and dapat petua dari ibu ibu.
Tip pertama yang ari dapat ni sangat mudah dan senang je nak cari bahan-bahannya. Apa pun petuanya, mestilah kena KONSISTEN tahap infiniti gaiss.
Bahan-bahan:
-Sebiji buah limau tak kesa kasturi/purut/lemon(kalau lemon maybe kena hiris halus sebab kita perlukan jusnya sahaja)
-1 sudu kecil tepung gandum/kalau takda tepung gandum/tepung beras boleh asalkan berasaskan tepung.
-Perahkan jus limau dan campurkan ke atas tepung.
-Gaul sebati.
Cara Pakai
-Pastikan sebelum lumur di muka, gaisss… bersihkan muka terlebih dahulu. Barulah tepek pelan-pelan lembut lembut pada muka youalls.
-Amalkan 3 kali seminggu dan konsistenkan pemakaian, lelama ugais tengok whitehead berkurangan, jeragat memudar plus lama-kelamaan kulit jadi bersih wakkkk!
Selamat Mencuba!
Nota:
Awalnya pedih sikit, lama lama tunggu sehingga 15 minit/ kalau pakai waktu malam sebelum tido teruskan pakai hingga pagi pun takde masalah.
Bakar kulit muka. Wanita tak dapat dipisahkan dengan kecantikan. Sebolehnya mahu kelihatan awet muda walaupun umur sudah lanjut. Hinggalah sanggup buat apa saja untuk tampil cantik, kulit muka tegang dan licin.
Inilah yang terjadi pada seorang wanita yang mahu klelihatan awet muda dan tak suka dengan kedutan yang ada pada wajahnya sampai sanggup menahan sakit dengan bakar kulit muka.
Dia ingin memiliki wajah yang awet muda dan tidak suka dengan kedutan yang ada pada wajahnya.
Jadi, untuk merealisaikan perkara ini, dia telah membuang kulitnya dan menghapuskan tanda-tanda penuaan dengan mengambil risiko dengan rawatan yang ekstrem.
Regina Sganzerla, 67 tahun ingin menghapuskan tanda penuaan dan menjalani kaedah invasif. Dia diberikan bahan kimia yang menjanjikan keremajaan kulit
Kaedah rawatan ini tidak menyakitkan dan sangat pantas. Dia hanya akan membakar wajah tuanya dan menghilangkan bintik-bintik penuaan.
Dia telah berjumpa dengan pakar dermatologi, Mariana Losso yang memberitahu tentang kupasan phenol.
“Ia adalah satu rawatan yang hebat kerana ia dipanggil pembedahan tanpa keratan dan memberi keremajaan secara menyeluruh,” kata Mariana Losso.
Prosedur itu dilakukan dengan menyapu asid fenol. Semasa rawatan tersebut, penampilan Regina agak menggerikan tetapi dia sanggup menerima risiko dengan rawatan ini.
“Ia dikatakan luka melecur tahap kedua tapi terkawal,” tambah Mariana Losso lagi.
Dalam beberapa hari pertama, ia kelihatan agak menakutkan. Tetapi selepas bahan kimia di sapu, Regina hanya menunggu dan melihat transformasi yang akan berlaku.
Kemudian, akan ada pengelupasan yang mana ia digunakan untuk menghilangkan kedutan serta parut jerawat dan garis halus di wajah.
Namun, risiko yang bakal dihadapi dan sangat bahaya apabila tidak diamalkan dengan betul.
Selepas 12 hari untuk sesi rawatan ini, muka Regina menjadi sangat merah. Walaupun tidak merasa sakit tapi penampilan agak mengerikan, sehinggalah ia nampak perubahan penampilan barunya.
Dapat Kecaman
Walaupun Regina gembira dengan penampilan barunya dan berjaya tapi dia menerima kecaman daripada pakar kecantikan.
Mereka mengatakan rawatan ini sangat bahaya kerana fenol boleh tembus ke lapisan kulit yang paling dalam dan menyebabkan kesannya boleh membuatkan kulit wajah tidak dapat dibaiki.
Mingguan Wanita : Sebab tak nak dapat tua, sanggup pula dia.
Sunburn terjadi apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari atau sinaran lain seperti ultra violet (UV) yang melampau. Kulit yang kerap terdedah kepada cahaya matahari bukan sahaja akan menggelapkan kulit bahkan menimbulkan masalah lain seperti jeragat, pigmentasi dan kulit nampak lebih tua.
Menggunakan krim atau losyen yang mempunyai formula penghadang matahari sekurang-kurangnya UV25-50 untuk yang maksimum.
Jika sering memandu ketika waktu panas, gunakan sarung tangan sebagai pelindung. Tangan juga perlu dilindungi kerana kulit tangan yang terdedah kepada cahaya panas akan nampak lebih berkedut dan pigmentasi akan muncul.
Penggunaan pakaian dari kain woven adalah yang terbaik untuk menyerap peluh. Pakaian pula hendaklah longgar dan elakkan pakaian berwarna gelap.
Jika terlalu panas contohnya berjalan-jalan di tepi pantai, pakailah topi atau paying.
Amalkan penggunaan cermin mata yang boleh menyaring cahaya UV untuk mencegah kararak.
Ambil suplemen antioksidan bagi melindungi kulit. Sinaran UV ini adalah satu bentuk radikal bebas yang mampu merosakkan kulit.
Bahan Alami Bantu Rawat Sunburn
Mayonis
Selepas berjemur lama di bawah sinaran matahari, sapu sedikit mayonis pada kulit dan anda akan dapat rasa kesan kelegaan. Mayonis juga mengandungi cuka yang membantu mengurangkan kesan kulit terbakar akibat sinaran terik cahaya matahari. Ditambah pula mayonis yang disimpan dalam suhu sejuk apabila disapu pada kulit mampu menyejukkan kesan terbakar pada kulit.
Tembikai
Tembikai boleh menyejukkan kulit anda yang terbakar akibat sinar matahari. Hiris nipis tembikai lalu tekan-tekan selama 20 minit pada wajah yang sudah dibersihkan, lalu bilas. Tembikai mengandungi zat astrigen yang bermanfaat sebagai tonik dan mampu menyejukkan wajah yang terbakar kerana matahari.
Daun Lidah Buaya
Ambil beberapa tangkai daun lidah buaya dan patahkan di tengahnya. Ambil lendirnya dan sapu ke kulit wajah sambil mengurut perlahan. Cuba amalkan setiap hari. Pasti akan nampak kesannya nanti.
Keledek goreng memang sedap dinikmati sebagai kudapan petang. Selalunya kita hanya beli gerai-gerai tepi jalan. Memang sedap tapi kalau nak puas makan, eloklah kalau kita buat sendiri sahaja.