Pemilik Kedai Dobi Beli 7 Cincin Emas Guna DUIT SYILING Penuh Sebakul! Kebiasaannya apabila ingin membeli barang dalam jumlah yang besar, kita menggunakan duit kertas ataupun pembayaran menggunakan kad. Jarang sekali menggunakan duit syiling dalam jumlah yang banyak, apatah lagi memerlukan ramai pekerja kedai untuk mengiranya.
Namun, Sebuah klip video tular di media sosial Thailand memaparkan situasi seorang pelanggan wanita mengunjungi sebuah kedai emas dengan membawa wang syiling, lapor laman berita Khaosod.
Pemilik kedai emas yang terletak di wilayah Maha Sarakham, Tangmo Konkrakkwai berkata, seorang pelanggan menghubunginya pada 26 Februari lalu dan bertanya sama ada kedai itu menerima duit syiling jika dia ingin membeli emas.
Bakul Biru Penuh Duit Syiling
Tangmo menjawab bahawa pihaknya menerima pembayaran melalui syiling tetapi tidak menyangka ia adalah menjadi sebanyak itu.
Apabila melihat seorang pelanggan datang membawa bakul biru besar yang dipenuhi wang syiling, Tangmo terkejut dan meminta izin untuk merakam kejadian itu.
Ads
Pemilik Kedai Dobi
Pelanggan itu berkata, dia berasal dari bandar Roi Et dan merupakan pemilik sebuah kedai dobi automatik. Oleh itu, dia mempunyai banyak wang syiling.
Tangmo kemudian meminta lima pekerjanya untuk mengira syiling tersebut dan tidak mengenakan bayaran untuk tugas pengiraan.
Ads
Pelanggan itu kemudian membeli tujuh bentuk cincin emas dan menerima diskaun selain hadiah sagu hati berupa topi.
Catatan Fatin Nurul Ain Mat Arisyang merupakan isteri pertama Da’i Nik Farhan yang dilafazkan cerai pada Selasa lalu dikongsikannya semalam. Memohon kemaafan kepada sesiapa pun yang terkesan dengan permasalahan rumah tangganya yang sudah pun menjadi viral.
Beliau akur bahawa perpisahan yang berlaku itu tidak disandarkan kepada orang lain. Malah, mahu melalui ujian tuhan ini dengan hati yang redha.
Hadamkan perkongsiannya,
JANGAN DILUPAI KEBAIKAN DAN KESILAPAN ITU MAAFKANLAH!
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
1. Tulisan ke-2 saya ini telah saya sediakan sebelum saya kongsikan tulisan pertama saya. Tiada daya dan kekuatan melainkan daya dan kekuatan datang dari Allah. Hanya Allah Maha Memberi kekuatan buat hamba2Nya.
2. Penulisan ke-2 saya ini bertujuan untuk mengajak semua untuk kita mengambil hikmah yang baik dan berhenti dari kita melakukan sesuatu ucapan, perkataan atau tindakan yang boleh merugikan kita di kemudian hari. Bab kata pepatah, luka kerana lembing senang diubati, tidak pada luka kerana kata-kata.
3. Ya, saya tidak mampu mengubati luka sesiapa pun yang mungkin terluka dari apa yang berlaku dari peristiwa ujian kami ini terutamanya ahli keluarga saya dan ahli keluarga mertua serta kenalan rapat mahupun tidak, namun saya sangat berharap paling tidak tulisan saya ini mampu menjernihkan kekeruhan hati melanda semua yang terlibat.
Jangan Dikecam Kesilapan Yang Berlaku
4. Pertamanya janganlah dikecam kesilapan yang berlaku tapi sama-sama kita mengambil hikmah yang baik kerana tiada manusia yang sempurna termasuklah diri saya. Ambillah pengajaran yang baik, dan buangla saki baki yang tidak baik itu jauh-jauh.
5. Saya sesekali tidak mahu menyandarkan perpisahan saya ini dengan meletakkan kesalahannya pada orang lain. Biarlah kami yang melaluinya dengan hati yang redha dan mengakui kelemahan diri sendiri dengan Allah SWT. DIA lah sebaik-baik penilai dan penerima taubat.
6. Dalam perasaan sedih, kecewa, sakit hati, marah dan sebagainya dalam hati kita, jangalah sampai kita melupai setiap kebaikan yang pernah diterima. Saya berharap janganlah kerana kesilapan(isu keluarga saya menjadi viral) segala kebaikan insan-insan terlibat dalam hal ini dilupai begitu sahaja. Namun, segala nasihat yang baik dan bermanfaat silakan untuk memberinya.
7. Sekali lagi saya nyatakan, berilah nasihat yang baik dan usahlah dikecam kerana ia keluar dari akhlak Islam yang sebenar serta berilah kemaafan terhadap kesilapan yang berlaku.
Soal Hak, Akan Diuruskan Dalam Keadaan Tertutup
8. Dalam persoalan hak, itu haruslah melalui saluran yang betul. InshaaAllah saya dan pihak keluarga akan mengikuti saranan pihak berautoriti untuk menguruskan kes penceraian ini sebaiknya serta dalam keadaan tertutup.
9. Saya mewakili juga keluarga saya, sahabat saya dan insan-insan yang terlibat secara langsung dalam permasalahan keluarga saya ini, ingin memohon kemaafan jika ada kesilapan yang berlaku dari pihak kami sama ada sedar atau tidak. Terima kasih atas sokongan dan doa dari semua.
“Memaafkan itu akhlak yang mulia walaupun tidak mampu melupakan, Maafkanlah“
Yang benar, (Fatin Nurul Ain) 4 December 2019 4.20 pm
Bekas isteri Da’i Nik Farhan Nik Mohamad yang kini sarat hamil diceraikan pada tengah hari Selasa, menerusi voice note aplikasi WhatsApp. Dengan alasan telah nusyuz dan memfitnah suaminya.
Kisah rumah tangga pendakwah bebas ini mula menjadi tular apabila rakan baik Fatin, mendedahkan pernikahan yang berlangsung di hadapan Kaabah, Makkah dilakukan tanpa restu isteri pertama.
MW : Semoga kemelut yang berlaku dalam rumahtangga
Waris paling layak. Begitulah bila berlaku kematian, pasti akan ada perselisihan tentang harta peninggalan simati. Namun, jangan sesekali disangkal bila si mati mempunyai isteri dan anak lelaki.
Dari segi hukum agama, kita sendiri boleh tahu dan faham tentang waris yang layak untuk dapat harta penigngalan si mati. Waima, mak ayah, adik beradik pun boleh dapat bahagian harta peninggalan tapi ia tidak sebanyak yang diperolehi oleh balu dan anak lelaki terutamanya.
Tak perlu nak gaduh, bermasam muka dan sebagainya. Apatah lagi menegakkan benang yang basa. Hukumnya harta peninggalan yang layak diuruskan tentulah balu dan anaknya.
Fahami apa yang dikatakan oleh peguam syarie, Muhammad Syarafi tentang isu yang viral di media sosial ini. Rasanya semua sudah sedia maklum siapakah gerangan itu agar info ini memberi manfaat dan panduan buat kita semua.
Ali kena faham, bila arwah abang meninggal dunia hari tu dan arwah ada isteri serta anak lelaki/ Orang yang paling berhak untuk uruskan harta si mati ialah isteri dan anaknya.
Cuma dalam situasi ni, Ali pun tahu,
Anak lelaki arwah abang masih di bawah umur. Mengikut undang-undang kita ada mesti lantik Pemegang Amanah untuk menguruskan harta bagi pihak si anak tu.
Dalam situasi ni, Ali kena tahu pada kebiasaannya anak yang belum cukup umur untuk uruskan hartanya sendiri kita akan lantik ibunya sebagai Pemegang Amanah bagi menguruskan harta bagi pihak anak tu sehingga mencapai usia yang membolehkannya urus hartanya sendiri.
Ali juga kena tahu, walaupun urusan faraid masih belum selesai,
Ali kena bagi laluan kepada balu si mati dan anaknya untuk tinggal di rumah tu sehingga urusan faraid selesai.
Sebab apa? Sebab mereka berdua waris yang paling banyak mendapat bahagian dalam harta si mati.
Masih Ada Bahagian Mak
Habis tu bahagian mak macam mana mana?
Ali jangan risau, bahagian mak tetap ada dalam harta arwah abang tu,
cuma bahagian mak ni tak banyak, 1/6 saja daripada baki harta yang tinggal tu,
Bakinya semua akan pergi kepada anak lelaki arwah abang,
Sebab apa?
Sebab anak lelaki ni dia akan menjadi penghalang kepada waris-waris selain dari:
1. Mak
2. Ayah
3. Suami
4. Isteri
5. Anak perempuan
6. Anak lelaki
Untuk terima bahagian faraid si mati,
Ali jangan buat susah camni, kita faham je dalam bahagian mak yang 1/6 tu ada bahagian ali jugak tapi bahagian tu sikit sangat kalau nak dibandingkan dengan hak anak dan isteri si mati terima.
Ibarat kata kalau rumah tu dinilaikan berjumlah RM1 juta, bahagian mak cuma RM166K+- sahaja dan balance tu semua ada lagi RM834K+- akan pergi kepada isteri dan anak si mati.
Ini cuma contoh kiraan je Ali jangan ambil serius pulak.
Nak tentukan nilaian terkini harga rumah tu kena guna khidmat penilai hartanah bertauliah ye.
Jangan kita memandai pulak buat nilaian sendiri.
Cuma nak pesan kat Ali, walaupun urusan faraid masih belum selesai,
Rumah tu tetap ada hak si balu dan anak arwah abang untuk tinggal sehingga selesai urusan di Mahkamah.
Maksudnya: Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber’iddah) empat bulan sepuluh hari.
(Al-Baqarah: 234)
Dalam menempuh bilangan ‘iddah serta berkabung bagi kematian suami, seseorang perempuan itu tidak boleh keluar dari rumahnya sepanjang tempoh ber’iddah tersebut melainkan darurat atau keperluan hajat.
Ini juga berdasarkan sabda Nabi SAW kepada Furay’ah binti Malik bin Sinan yang mana telah bertemu Nabi SAW bertanyakan adakah boleh bagi dirinya untuk pulang ke pangkuan ahli keluargnaya, Bani Khudrah kerana telah kematian suaminya. Lalu jawab Baginda SAW:
Maksudnya: Tetaplah kamu di rumahmu sehingga sampai apa yang telah ditetapkan.
Riwayat Abu Daud (2300) & Al-Tirmizi (1204)
Ali baca tak hadis nabi ni?
Kesian balu dan anaknya sampai nak kena keluar dari rumah arwah sedangkan mereka berhak untuk tinggal di situ.
Berkenaan arahan Mahkamah mengarahkan Ali untuk bayar RM60K tu itu kes lain, dan Ali kena selesaikan segera sebab perintah dah keluar ye,
Jangan tangguh-tangguh takut nanti kena contempt of court pulak.
Senang cerita macam ni la Ali, kita semua faham je Ali nak uruskan bahagian mak dalam harta yang ditinggalkan arwah abang tu,
Cumanya dalam situasi macam ni ada baiknya Ali cuba kendurkan sikit ego tu dan harmonikan kembali silaturahim yang dah keruh disebabkan isu perebutan harta ni,
Nak cerita bab harta ni Ali, kalau bagi setinggi gunung everest pun takkan pernah puas manusia ni.
Tapi silaturahim ni kalau kita jaga dengan baik Insya Allah akan membawa kita sampai ke syurga.
Toksah nak panjang bicara sangat,
Jumpa semula kak ipar tu minta maaf kemudian mulakan semula secara muafakat untuk selesaikan pembahagian faraid si mati,
Selesai masalah.
Mingguan Wanita : Betul sangat apa yang dikatkaan ini, jangan menidakkan hak si balu dan anaknya.
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Satu demi satu kes curang artis tular di laman sosial dan kali ini isteri kepada pelakon, Ammar Alfian pula terlanjur dedah kisah peribadi.
Isteri Ammar Alfian, Nelissa Nezam memuat naik status di akaun insta miliknya mendakwa suaminya telah berlaku curang ketika dia sarat mengandung enam bulan. Tulisnya…
“Ramadan kali ini saya diuji dengan cara yang saya tak pernah duga saya akan diuji.
“Suami yang saya kahwini selama tiga tahun bertindak curang ketika saya sedang mengandung enam bulan.”
Sebab Marah Dan Sakit Hati
“Bukanlah cara saya untuk mendedahkan kepada publik tentang kisah peribadi. Ia tercetus kerana perasaan marah dan sakit hati. Lukanya masih baru dan emosi saya didorong oleh situasi saya yang sedang berbadan dua. Bagaimanapun, apa yang sudah berlaku biarkan berlalu.
“Ini waktu yang sukar bagi saya dan keluarga saya,” Nelissa Nezam yang menyifatkan perbuatannya membuka kisah rumah tangganya ekoran perasaan marah dan sakit hati menerusi Instastory.
Malah, wanita itu akui situasi yang berlaku amat sukar bagi dirinya dan keluarga. Petang semalam, Nelissa tampil membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa suaminya curang ketika dia sedang hamil anak sulung mereka.
Nelissa berharap kemelut rumah tangganya boleh diselesaikan antara dia dan suami dengan baik.
“Saya sangat menghargai sokongan anda semua tetapi saya fikir adalah lebih baik untuk menyelesaikan masalah ini secara privasi dan saya mengutamakan kandungan bayi saya. Semoga saya dan Ammar akan menyelesaikan masalah ini antara kami berdua dan sesungguhnya mahu menjadi ibu dan bapa yang terbaik,” tambahnya.
Luahan Dari Ammar Alfian
Menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah, Ammar berkata isterinya iaitu Nelissa Nezam turut mengakui kesilapan selepas menghebohkan dakwaan berkenaan di media sosial.
“Saya memilih untuk berdiam diri kerana anda tak layak untuk mengetahui kebenaran yang anda tidak akan pernah tahu.
“Untuk pengetahuan anda, isteri saya telah memohon maaf atas setiap kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.
“Saya juga memaafkan dia seperti mana saya maafkan anda atas spekulasi serta fitnah terhadap saya,”luah Ammar.
Sedikit rumit bila diketahui orang luar namun MW mendoakan moga pasangan ini dapat selesaikan masakah rumahtangga dengan cara yang lebih manis. Seperti yang diketahui umum, Ammar dan Nelissa mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016 dan kandungan ini merupakan kehamilan pertama Nelissa semenjak berkahwin.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.