Tak Balik Rumah 2 Hari, Isteri Ketiga Rosakkan Cermin Kereta & Motor Suami! Menjalani kehidupan berpoligami, suami haruslah berlaku adil pada semua isteri-isteri demi keharmonian rumahtangga. Ia bagi mengelakkan sikap tidak puas hati diantara isteri-isteri terutamanya giliran balik ke rumah.
Rosakkan Cermin Kereta & Motor
Seorang peniaga kedai emas yang juga isteri ketiga seorang peniaga mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kemaman di sini hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan cermin kereta dan motosikal berkuasa tinggi milik suaminya pada Ahad lalu.
Pengakuan itu dibuat tertuduh, Siti Fazira Mohd Sofian, 28, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja melakukan khianat dengan mengetuk cermin hadapan dan belakang kereta jenis Mercedes-Benz dan merosakkan bahagian belakang motosikal berkuasa tinggi jenis Honda Gold Wing menggunakan bakul mengisi buah.
Ads
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 2.15 petang, di kediaman madunya yang merupakan isteri kedua suaminya, di Taman Gong Pauh, Chukai.
Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.
Ads
Tak Puas Hati Dengan Suami
Selain itu mahkamah turut menetapkan 15 Mac ini untuk fakta dan hukuman.
Media sebelum ini melaporkan gara-gara tidak berpuas hati setelah suaminya tidak pulang rumah selama dua hari, seorang wanita yang juga isteri ketiga, bertindak menceroboh masuk ke rumah madunya sebelum merosakkan motosikal serta kereta milik suaminya.
Mingguan Wanita:Semoga dipermudahkan segala urusan. Bukan mudah untuk hidup berpoligami, suami memainkan peranan penting dalam bersikap adil pada semua isteri-isteri bagi menjamin rumahtangga harmoni.
Sungguh malang tidak berbau. Minggu ini merupakan minggu terakhir bagi mak ayah membuat persiapan dan membeli keperluan buku-buku sebelum anak-anak kembali ke sekolah pada minggu hadapan.Tragedi musibah kemalangan jalanraya melibatkan anak murid sendiri memang cukup meruntun jiwa bagi seorang guru.
Menurut perkongsian daripada Cikgu Nadia Ahmad, anak muridnya yang baru berusia 6 tahun telah kemalangan bersama ayahnya selepas selesai membeli buku sekolah dan mengalami keretakan tempurung kepala serta patah tulang rusuk.
Luluh hati cikgu tak tahu nak cakap. Menggelatar jari jemari dan ada video yang cikgu terima rasa tak sampai hati nak tengok. Muhd Syakir anak murid cikgu kemalangan bersama ayahnya ketika pulang dari sekolah setelah selesai membeli buku abang-abangnya.
Muhd Syakir 6 tahun kini koma dan sedang dirawat di ICU Hospital Alor Setar, difahamkan mengalami keretakan tempurung kepala dan patah tulang rusuk.
Anak murid cikgu yang sangat manja, tiap-tiap hari lepas kelas akan peluk dan cium pipi cikgu. Terngiang-ngiang nak suara kamu.. seolah-olah sedang berlari-lari bercakap-cakap dengan cikgu.
Muhd Syakir yang kuat semangat. Bangun ya, nak. Jangan tidur lama-lama Cikgu tunggu kamu dan akan selalu doakan kamu. Bangun ya nak..
Cikgu tahu kamu kuat, teruskan berjuang wahai anak yang hebat. Abah, ibu, Cikgu, mak ngah Emillia Ihakishak, kawan2 semua tunggu kamu. Semua orang sayang kamu.
Ya, Allah..
Lindungi dan rahmati keluarga ini. Baik budi abahnya, sangat dikenali dengan sikap yang selalu merendah diri, ucapan terima kasih dan senyuman yang tak pernah lekang dibibir.
Bagi sesiapa yang terbaca posting cikgu, yang nak menderma seikhlas hati boleh terus hulurkan sumbangan kalian bagi meringankan beban keluarga ini.
Maybank
152050280460
Mohd Khairul Nizam (Abah Muhd Syakir)
Update terkini, adik Muhd Shakir dah sedar.
Terima kasih semua yang mendoakan. Alhamdulillah syukur ya, Allah.
Ramai yang bertanya tentang adik Shakir. Cikgu mewakili keluarga ini menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga dari pihak Encik Mohd Khairul Nizam buat semua di atas jutaan doa yang telah dititipkan.
Gambar : Keadaan adik Muhd Shakir kelmarin. Masih dirawat di Unit Rawatan Rapi ICU Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Hanya ibu dan abahnya sahaja dibenarkan masuk melawat.
Mesti Baca:Isu Kedai Buku Sekolah ‘Kaut Untung’, Senaraikan BUKU WAJIB, Bantu Mak Ayah, Tak Membazir!
Baca Lagi Di Sini: Ajarlah Anak Jaga Elok Buku Teks Sekolah, Pahalanya Mengalir Sampai Ke Murid Lain
Mingguan Wanita: Sayu hati dengan luahan kasih sayang cikgu pada anak muridnya ini. Semoga adik shakir diberikan kesembuhan, cepat sihat dan boleh kembali ke sekolah minggu depan.
Sebelum masuk sekolah sesi baru, mak ayah dah tentu akan ke kedai buku sekolah untuk membeli keperluan buku latihan, buku kerja dan sebagainya yang digunakan sepanjang persekolahan.
Masa inilah, segala senarai buku latihan, buku kerja berserta harga dikeluarkan mengikut tahun pembelajaran. Mak ayah perlu beli di kedai buku sekolah mengikut tarikh dan waktu yang ditetapkan.
Mungkin ada mak ayah yang tak tahu senarai wajib dan senarai tambahan perlu dibeli di kedai buku sekolah. Sampaikan semunya dibeli, sedangkan tidak semua diguna pakai dalam kelas.
Inilah yang membuatkan mak ayah ada merungut perihal perkara ini. Apa yang jadi isu, senarai harga buku tidak sama di setiap sekolah, ada yang perlu bayar mahal dan sebaliknya.
Pandangan dari Cikgu Mohd Fadli Salleh ini ada benarnya. Janganlah kedai buku sekolah ‘hisap darah’ dengan menetapkan harga yang mahal dan ada juga senarai yang dirasakan tidak perlu semata-mata untuk kaut untung.
Kedai buku sekolah rendah ‘hisap darah’ murid-murid dan parent. Ketahui hak anda!
1. Beza senarai harga buku dan alatan yang perlu dibeli. Senarai pertama dan kedua, dua-dua untuk Tahun 3. Dan banyak dimasukkan dalam list barang yang tak perlu pun.
2. Contohnya buku aktiviti untuk BM, Matematik, Sains, PSV dan Muzik. Buku-buku aktiviti tambahan ni kebanyakannya tak guna pun.
3. Kenapa tak guna? Kerana KPM dah sediakan buku-buku aktiviti untuk BM, Maths, Sains, Bahasa Arab tu. English je tak ada sediakan sebab buku teks murid guna Supermind, buku yang diimport dari luar negara yang dipercayai lebih mudah murid kuasai English.
4. Jadi, tiada buku aktiviti disertakan untuk English. Kita faham bila sekolah ambil pendekatan beli buku aktiviti tambahan untuk English. Tapi kenapa buku subjek lain pun ada buku aktiviti tambahan?
5. Buku aktiviti yang KPM sediakan sudah cukup untuk aktiviti murid sepanjang tahun. Tak perlu buku tambahan pun.
6. Sebenarnya banyak kedai buku sekolah rendah masukkan alat tulis dan buku-buku yang tiada keperluan pun di sekolah. Tapi mereka nak lariskan jualan. Dah la jual harga mahal dari kedai luar atau belian online.
7. Kedai buku sekolah rendah ni biasanya milik syarikat buku. Untung semua ke syarikat buku, bukan dapat ke sekolah pun. Mereka seboleh mungkin kaut keuntungan berganda musim nak buka sekolah ni.
8. Sepatutnya, kena ada harga kawalan dan kerajaan tetapkan harga siling agar kedai buku tak boleh ‘hisap darah’ parent dan murid dengan letak harga lebih mahal dari kedai kat luar. Mereka berada dalam premis kerajaan dan ada ready customer. Kenapa tak boleh kawal mereka?
9. Banyak kedai buku yang jual barang berbentuk mainan dan tidak ada kaitan dengan pendidikan untuk melariskan jualan mereka. Nak kutip untung berganda. Maklumlah budak-budak, tengok barang cantik sikit habis duit dibelanja kat kedai buku.
10. Banyak juga kedai buku dah buat set lengkap dah untuk setiap tahun. Dimasukkan siap-siap dalam plastik ini Tahun 1, ini Tahun 2 dan seterusnya tanpa parent boleh beli secara ‘loose’. Jadi parent terpaksa beli barang yang sama walau ada yang belum guna dari tahun lepas. Salah ni. Mana boleh paksa parent beli set yang mereka tetapkan.
11. Mak ayah boleh komplen pada Pk Hem dan GB jika perkara ini berlalu. Paksaan beli buku-buku tak perlu dan alat tulis yang harga lebih mahal dari kedai kat luar atau online ni banyak berlaku di sekolah-sekolah rendah terutama. Buat report dan jangan beli ikut saranan kedai buku, beli ikut keperluan kita sahaja. Alat tulis saya syorkan beli kat luar okeh.
12. Lihat list ke tiga dan ke empat, tu senarai buku yang sekolah di Kelantan dan Terengganu listkan. Jumlah buku yang perlu dibeli baru RM20 di Kelantan dan RM24 di Terengganu. Dua list awal sampai beratus-ratus weh. Jauh beza bila bandingkan sekolah yang telus bagitahu buku apa yang perlu berbanding list yang kedai buku keluarkan untuk memaksimakan keuntungan mereka.
13. Boleh juga bangkitkan isu kedai buku yang ‘hisap darah’ dan ambil kesempatan ini dalam Mesyuarat Agong PIBG dan dapatkan jawapan dari GB dan YDP. Usul dan pertanyaan dalam Mesyuarat Agong PIBG diminitkan tau. Benda diminitkan senang nak panjangkan ke PPD, JPN or KPM jika masih tak puas hati.
Semoga membantu ibubapa membuat persiapan sekolah anak-anak dengan lebih efisien dan tidak membazir.
Setiap sen adalah berharga untuk dijimatkan. Jangan jadi mangsa kerakusan syarikat kedai buku ya!
.
.
.
Mingguan Wanita : Sepatutnya harga kat kedai buku kenalah lagi murah sebab dah tentulah mak ayah akan beli kat kedai buku sekolah. Kecuali kalau dah habis stok boleh cadangkan mana-mana kedai buku luar sekolah.
“Semoga Allah Sentiasa Menjaga Hubungan Ini, Sayang Kamu Dunia Akhirat,” Datin Red. Bermadu juga tetap boleh bahagia, sekiranya wanita redha dan berdamai dengan takdir yang telah tertulis. Bahkan suami juga berperanan penting untuk berlaku adil dan menjaga hati semua isteri-isteri untuk kebahagiaan bersama.
Berkongsi suami yang sama Datuk Seri Adnan Abu dan menjalani kehidupan bermadu, keakraban hubungan Datin Red dan Adira di Instagram mereka baru-baru ini, mengundang pujian ramai.
Menerusi perkongsian video yang dikongsikan, Datin Red dan Adira erat berpegangan tangan hadir ke sebuah majlis pertunjukkan fesyen menampilkan kemunculan pertama anak Datuk Red di pentas peragaan.
Namun perkara yang mencuri tumpuan ialah kapsyen kedua-dua mereka saling meluahkan rasa sayang diantara satu sama lain serta berharap semoga Allah sentiasa menjaga hubungan baik yang telah dibina.
Ramai yang tumpang gembira dengan hubungan baik diantara madu ini. Malah turut memuji Dato Red memainkan peranan penting sebagai suami dalam menjaga keharmonian rumahtangga dengan isteri-isterinya.
Terdahulu, Adira berkahwin dengan Adnan secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan kini dikurniakan dengan 4 orang cahaya mata.
Perkahwinan Adnan bersama isteri pertamanya iaitu Sharifah Norshafila Hassim atau Datin Red mempunyai 5 orang cahaya mata.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, meskipun hidup bermadu tetap boleh bahagia. Tumpang gembira dengan keakraban Datin Red dan adira. Memang bukan mudah, namun apabila berdamai dengan takdir dan ketentuan tuhan serta tahu kedudukan diri dan tetap saling menghormati, bahagia pasti menanti. Semoga berkekalan bahagia dalam rumahtangga dan hubungan baik yang dibina hingga ke akhir hayat.