Dewan Rakyat pada Isnin diberitahu bahawa kekurangan bekalan beras putih tempatan di pasaran terjadi kerana berlaku pembelian panik atau ‘panic buying’ oleh pengguna dan peniaga.
Keluhan orang ramai kesukaran untuk mendapatkan beras selain harga yang semakin mahal dijawab oleh menteri terlibat hari ini.
Pembelian Panik Peniaga & Orang Ramai Punca Beras Putih Berkurangan Di Pasaran
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, apabila beras import naik harga, permintaan terhadap beras putih tempatan melonjak.
“Bila berlaku kenaikan harga beras import begitu tinggi, yang selalu beli beras import berubah (pembelian) ke beras tempatan menyebabkan berlaku kekurangan (bekalan di pasaran).
“Sebelum ini beras tempatan tidak dipedulikan sangat termasuk oleh para peniaga,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Bagaimanapun, Mohamad memaklumkan kerajaan belum memutuskan untuk melarang warga asing daripada membeli beras putih tempatan.
“Warga asing pun perlu makan, jangan lupa mereka bekerja dan berkhidmat untuk membangunkan negara kita,” ujarnya.
Memetik laporan Sinar Harian, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) sebelum itu mencelah dan meminta Mohamad menyatakan keputusan kerajaan terhadap cadangan larangan pembelian beras kepada warga asing.
Ads
Mohamad menegaskan, beliau yakin langkah-langkah intervensi yang dilakukan dalam isu kekurangan beras tempatan itu termasuk pelaksanaan Operasi Beras Putih Tempatan akan dapat menangani masalah itu.
Bekalan Mencukupi Sebenarnya – Mat Sabu
Dari segi kedudukan stok bekalan beras negara, menurutnya, sehingga kini stok bekalan beras negara adalah sebanyak 900,000 tan metrik membabitkan 250,000 tan metrik simpanan stok dan 650,000 tan metrik stok dagangan.
“Jumlah ini adalah mencukupi untuk menampung keperluan beras negara bagi tempoh empat hingga lima bulan.
“Sehubungan itu kementerian berpandangan bahawa masih belum terdapat keperluan mendesak yang bersifat kecemasan untuk menggunakan simpanan stok yang berjumlah 250,000 tan metrik,” jelasnya.
Ads
Katanya, stok dagangan sedia ada sebanyak 650,000 tan metrik adalah mencukupi bagi menampung keperluan domestik.
Pagi tadi, pelakon Ashraf Muslim berangkat ke Tanah Suci Makkah. Meninggalkan dua isteri yang dicintai, Dayana dan Sakinah serta anak-anaknya di tanah air selama 40 hari.
Bismillahirrahmanirrahim… Saya Mohd Ashraf bin Muslim.. hari ini telah dipanggil oleh Allah SWT untuk menyahut seruannya bagi menjalankan tanggungjawab Rukun Islam yang ke-5.
Alhamdulillah dan terima kasih Allah. Dengan rasa rendah diri saya ingin memohon maaf kepada ahli keluarga, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan yang mengenal diri saya dan halalkan makan minum saya.
Tepat jam 9 pagi ini bermulalah pengembaraan saya ke tanah suci selama 40 hari meninggalkan ahli keluarga dan sahabat-sahabat serta harta benda sementara waktu utk menjalankan tanggunjawab yang paling agung.
Doakan saya supaya dapat haji yg mabrur dan memberi kesihatan yang cukup di sana.
Doa Ashraf Muslim Untuk Isteri-isteri dan Anak-anak
Dan doakan juga isteri-isteri dan anak-anak serta harta benda saya sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Saya amat berterima kasih kepada ayahandaku Muslim dan arwah bondaku Farilah bt Azil kerana kesungguhan mereka serta keizinan Allah SWT saya dapat menunaikan haji.
Sedih, hiba dan rindu semua ada waktu ini hanya Allah sahaja yang tahu. Tapi ini lah dinamakan pengorbanan bukan aku sahaja perlu lakukan malah orang sekeliling yang menyayangiku. Terima kasih, wahai isteri-isteriku Dayana dan Sakinah.
Anak-anakku Sarah , Adam, Anas dan Safiyyah kerana sentiasa memahami ku sebagai seorang ayah, teman baik, teman untuk dimarah, teman untuk mengadu, teman untuk bermain-main, teman berkasih sayang, teman untuk ber’spiderman’, teman untuk bersilat, teman untuk main tembak-tambak, teman untuk makan, teman bergosip, teman untuk main rumah-rumah dan masak-masak, teman untuk tidur dan teman untuk segala-segalanya.
Maafkan ayah sayang-sayangku. Ayah pergi sekejap jer. Kita jumpa nanti yer.. jangan sedih dan risau… love you all so much @ashrafslegacy
Dalam dunia ini banyak tabiat pelik dan kadang-kadang tak masuk dek akal. Selain orang mengandung yang kerap dikaitkan dengan tabiat pelik, kanak-kanak kecil juga seringkali dikaitkan dengan pelbagai tabiat pelik.
Begitu juga dengan remaja ini yang dikaitkan dengan tabiat peliknya yang suka mengunyah dan menelan rambut. Bayangkan rambut pun dia makan. Perkara ini terkantoi bila doktor terjumpa 7 kilogram gulungan rambut seorang remaja di India.
Rambut Pun Dia Makan
Di New Delhi, seorang remaja perempuan di India mempunyai tabiat pelik apabila gemar mengunyah dan menelan rambutnya sejak beberapa tahun lalu.
Perkara itu terbongkar selepas doktor merawatnya mendapati sesuatu yang aneh iaitu terdapat gulungan rambut di dalam perutnya.
Sweety Kumari, 17, menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di daerah Bokaro, Jharkhand, penghujung bulan lalu.
Dalam pembedahan selama enam jam itu, doktor berjaya membuang tujuh kilogram (kg) rambut dari dalam perutnya.
Memetik laporan Daily Star, doktor yang mengetuai pembedahan GN Sahu berkata, ia adalah kali pertama dia berdepan dengan kes seperti itu selepas bertugas selama 40 tahun.
Pada awalnya, doktor mengesyaki remaja itu menghidapi ketumbuhan berdasarkan pemeriksaan pertama menggunakan kaedah ultrabunyi.
Tabiat Aneh Telan Rambut
Doktor kemudian berasa curiga selepas mendapat tahu remaja terbabit mempunyai tabiat aneh iaitu gemar menelan rambut.
Hanya selepas pemeriksaan lanjut, doktor mendapati ada gumpalan rambut di dalam perut Kumari.
Dalam pada itu, media melaporkan keadaan itu dikenali sebagai Sindrom Rapunzel adalah antara masalah kesihatan yang amat jarang di dunia.
Menurut Jurnal Perubatan Britain, terdapat kira-kira 90 kes seumpama itu di seluruh dunia pada 2018.
MW: Jangan pelik ya dengan tabiat pelik manusia kerana terdapat banyak ragam manusia yang kadang-kadang kita tak terjangka dek akal.
Sharon beri bayangan bakal berpisah. Tiada angin tiada ribut terbaru pasangan selebriti Sharon Paul dan suaminya Rusdi Ramli memberi bayangan seakan rumah tangga mereka sedang bermasalah.
Ibu kepada dua cahaya mata, Sharon menyatakan dirinya bertahan dalam keluarga dek kerana anak-anaknya, Reo Ridza, 14, dan Ryan Ridza, 11.
Sharon Beri Bayangan Bakal Berpisah
Untuk rekod pasangan selebriti ini berkahwin pada 2008. Sebelum itu, Rusdi pernah mendirikan rumah tangga dan memiliki cahaya mata lelaki, Efiezal Ridza.
Sharon menyatakan dia masih bergelar isteri kepada Rusdi dan masih tinggal bersama.
“Anak-anak sentiasa menjadi keutamaan saya. Anak bongsu, Ryan mahu kami terus menjadi keluarga.
“Jadi, saya bertahan sahajalah. Bagi saya, setiap rumah tangga ada pasang surut, tapi bukanlah bermakna kami bergaduh.
“Tapi, kami beri ruang antara satu sama lain dan menantikan lampu hijau daripadanya,” ungkapnya seperti mana ditemubual menerusi rancangan hiburan Melodi.
Rusdi Nampak Tak Bersemangat
Tambahnya lagi, Sharon melihat Rusdi seakan tidak bersemangat kerana tawaran kerja yang berkurangan.
“Suami masih berlakon dan mengarah, tetapi saya tak tahu apa yang berlaku.
“Ini kerana dia nampak seperti tak bersemangat, mungkin kerana tawaran kerja berkurangan menyebabkannya jadi begitu.
“Kalau saya, akan cuba teroka sesuatu baru. Kalau tak boleh ini, cuba pula yang lain.
“Saya tengok suami macam sendu dan tak bersemangat. Tapi, saya tak masuk campur sebab tahu sahajalah perangai orang lelaki, tak boleh didesak.
“Jadi, saya berikan masa dan ruang. Kita tengok macam mana nanti.
“Mungkin, saya hanya tunggu anak-anak. Seperti saya katakan tadi, anak-anak adalah keutamaan saya.
“Suatu ketika bila sudah habis sekolah dan dewasa, mereka tak perlukan saya. Atau mereka tak kisah jika kami tak bersama lagi.
“Cuma kebaikan yang saya nampak sekarang, Rusdi selalu ada di rumah. Secara kebetulan, saya selalu habis kerja lambat jadi tak perlu risau kerana suami boleh hantar dan ambil anak,” sambungnya.
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...