pelanggan

Biar pun ada larangan merokok di tempat makan, namun masih ada segelintir pelanggan merokok yang buat-buat lupa. Macam tiada rasa bersalah pula bila asap itu berterbangan ke meja bersebelahan.

Kejadian yang disaksikan sendiri oleh Eddie Dieana ini sedikit lucu juga untuk dikisahkan. Bila mana, ayah ini menegur pelanggan yang merokok di kedai makan.

Namun, tegurannya mendapat balasan acuh tak acuh saja. Sehinggalah ayah itu membuat tindakan balas yang di luar jangkaan sesiapa pun.

Bersarapan Di Kedai Makan Dengan Isteri Dan Anak-anak

Pagi tadi saya bawa isteri dan anak-anak bersarapan di kedai makan.
Sedang saya tengah leka menyuap anak-anak makan. Saya dapati orang bersebelahan meja dengan saya menyalakan rokok.

Mujur angin datang dari arah belakang saya. Jadi asap rokok tu tak menghala ke arah isteri dan anak-anak saya. Tetapi menghala ke meja makan di sebelah sana.

Saya lihat abang di meja makan yang terkena asap rokok tu bingkas bangun lalu menegur brother di meja sebelah tadi.

“Bro, kalau nak hisap rokok.
Boleh isap jauh sikit tak?
asap rokok kena dekat anak-anak aku lah.”
Tegur abang tu dengan nada yang agak sopan.

Tapi malangnya brother yg isap rokok tu tidak mengendahkan teguran abang tersebut malah berkata.

Aku isap rokok dekat meja aku je.
Tak ada kaitan pun dengan meja makan kau. Kalau kau tak boleh nak bau,
kau pindahlah meja lain
jawab brother tersebut.

IKLAN

Baca sini : Mulai 1 Januari 2019, mak-mak boleh rasa lebih tenang, selesa bawa anak ke kedai makan. Ini sebabnya.

Jawapan Pelanggan, Buat Ayah Ini Terdiam

Abang yang menegur tadi hanya terdiam dan menggelengkan kepala tanda tidak puas hati cara brother tadi jawab.

Tak lama berselang, nampak abang tadi bangun semula. Tapi beliau tak menghala ke brother yang isap rokok tu. Sebaliknya beliau pergi ke arah anak beliau.

Dalam hati saya terfikir.
“Agaknya dia nak amek anak dia pindah tempat lain lah kot.”

Abang tersebut dua 3 kali tinjau ke arah pampers anak perempuan beliau.

IKLAN

Ingatkan apalah yang dia nak buat.

Rupanya dia bukak pampers anak dia yang penuh taik tadi. Dia biar terbuka dekat atas meja makan.

Saya tengok brother yang isap rokok tadi tersembur air dari mulut dia.

“Huish, selekeh. Taik pun letak atas meja.”

Ini meja makan aku. Tak ada kaitan dengan meja kau. Kalau kau tak boleh tengok kau pindah meja lain.” jawab abang tersebut.

IKLAN

Akhirnya Pelanggan Merokok Pindah Ke Meja Lain

Brother yang isap rokok tadi terus ambil air dan nasi goreng dia dan pindah ke meja paling hujung dalam kedai makan tu sambil menggeleng-gelengkan kepala.

Saya yang menyaksikan kejadian tu hanya mampu tersenyum. Tanda setuju dengan tindakan abang yang buka pampers tu.

“Hahahahahha”

Lawak apa lah yg diorang berdua buat pagi-pagi ni.

Tindakan abang tu betul-betul di luar jangkaan saya. Saya jangka abang tu akan bawa isteri dan anak-anak dia pindah meja. Rupanya beliau buat 1 tindakan bijak untuk balas dendam terhadap brother tu tadi.

Mingguan Wanita : Kadangkala bila teguran secara halus tak jalan, bila ‘main’ kasar macam ayah itu buat barulah nak sedar.

Sumber/Foto : Eddie Dieana