Pecah ‘Tradisi’ Susur Galur Keluarga, Akhirnya Dapat Waris Perempuan Selepas 138 Tahun Menanti. Sebenarnya tak kiralah anak perempuan mahupun anak lelaki kedua-keduanya adalah amanah dan anugerah yang tidak ternilai dalam keluarga.
Namun siapa sangka, setelah berderet melahirkan anak lelaki, penantian untuk mendapat waris anak perempuan diperkenankan hanya selepas 138 tahun menanti.
Sepasang suami isteri di negeri Michigan, Amerika Syarikat memecahkan ‘tradisi’ susur galur keluarga apabila menyambut kelahiran bayi perempuan pertama selepas 138 tahun, lapor laman berita Indian Express kelmarin.
Pasangan tersebut, Carolyn dan Andrew Clark dikurniakan cahaya mata perempuan pada 17 Mac lalu.
Tak Pernah Dikurniakan Anak Perempuan
Menurut Carolyn, dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa keluarga suaminya tidak pernah dikurniakan anak perempuan dalam susur galur keluarga berkenaan sejak 1885.
Ads
Bercakap kepada program bual bicara Good Morning America, Carolyn berkata:
“Saya bertanyakan ibu bapa Andrew untuk mengesahkan maklumat tersebut dan mereka menjawab bahawa keluarga itu tidak pernah mempunyai waris perempuan.”
Tambah Carolyn, ketika dia dan Andrew berkahwin, mereka pada awalnya menyangka trend itu akan berterusan disebabkan anak sulung mereka ialah seorang lelaki.
Namun pada 2022, ketika hamil sekali lagi, Carolyn diberitahu bahawa mereka akan menimang cahaya mata perempuan.
Ads
Kini, pasangan itu gembira kerana berjaya memecahkan trend tersebut dengan kelahiran bayi mereka, Audrey Marie Clark.
Mingguan Wanita: Siapa sangka, rezeki dapat waris perempuan dalam keluarga besar selepas 138 tahun menanti. Pasti bayi comel ini dilayan istimewa dalam keluarga.
“Siapa Anak Kena ‘Chicken Pox’ Tolonglah Duduk Rumah Jangan ‘Selfish!,” Anzalna. Dalam perkongsian terbaru pelakon cantik Anzalna Nasir, 35 ini di Instagram ada berkongsi luahan rasa kesal kepada mak ayah yang bersikap pentingkan diri dan tetap membawa anak-anak pergi beraya meskipun anak tidak sihat dan menghidap demam campak (Chicken pox). Bukan apa, penyakit seperti demam campak ini boleh berjangkit pada orang lain pula.
Ia susulan anak-anak saudaranya berjangkit penyakit demam campak ini sewaktu hari raya.
“Missing @diananasir86 sebab anak-anak dia berjangkit chicken pox! Kesian @the_angguns.”
“Siapa anak yang kena chicken pox can try dan siapa yang kena tu tolong la duduk rumah jangan selfish!” ujarnya.
Disamping itu, ibu kepada dua orang cahayamata ini juga ada berkongsi tip bagi mengurangkan kegatalan dan kesan parut akibat demam campak. Iaitu dengan berendam di dalam air Soda Bikarbonat.
“Tiba-tiba teringat waktu kami empat beradik (@nazirahnasir97 dalam perut mama) kena chicken pox serentak kat Canada. Doktor kat sana suruh berendam air Bicarbonate of soda dalam bathtub untuk kurangkan gatal dan tak tinggalkan kesan,” ujar pelakon ini.
Hasil perkahwinan dengan Hanif Zaki pada 2016, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki yang comel bernama Mohamad Eidress,4 dan Mohammad Emirhan, 11 Bulan.
Mingguan Wanita: Memang ada benarnya apa yang dikongsikan oleh Anzalna ini. Jadi mak ayah jangan pentingkan diri, bawa anak-anak yang berpenyakit demam campak pergi beraya. Penyakit sebegini memang berjangkit dan boleh menjangkiti anak orang lain pula.
Bekas ratu cantik dedah gugur kandungan kembar luar nikah, saya sudah kehilangan segala-galanya. Setiap manusia tidak sempurna dan melakukan kesilapan. Mengakui kesilapan dan bertaubat adalah jalan terbaik.
Satu pengakuan dari pelakon yang juga bekas ratu cantik, Nor Shakila Mohammad Saiful Islam yang mendakwa menggugurkan kandungan kembar hasil hubungan bersama teman lelaki yang kemudian mengahwininya jelas mengejutkan.
Kata pelakon ini, apa juga tindakannya agar memberi keberanian kepada wanita lain untuk melakukan tindakan yang dilakukannya jika berdepan masalah sama seperti memberi saya,” katanya dalam satu temubual bersama Malaysia Gazatte.
Memetik lanjut pendedahannya itu, pelakon ini mengakui dirinya sudah kehilangan segala-galanya dalam hidup.
“Saya tidak kehilangan apa-apa, saya sudah kehilangan segala-galanya,” itu jawapan seorang bekas ratu cantik yang juga pelakon, Shakila Saiful.
Wanita berusia 27 tahun itu berkata demikian ketika ditanya kenapa dia berani mendedahkan pengalaman menggugurkan kandungan anak luar nikah dengan teman lelakkinya awal tahun lalu.
Pemilik nama sebenar Nor Shakila Mohammad Saiful Islam itu menambah, dia bukan mahu mengaibkan maruah dan dirinya tetapi hanya ingin bersuara agar masalahnya didengari pelbagai pihak.
Malah dia sedar, sekiranya terus berdiam banyak lagi perkara buruk seperti ugutan yang akan menimpanya pada masa akan datang.
“Setakat maruah saya, nama saya dan bukan saya mengaibkan diri saya tetapi saya tidak hilang apa-apa lagi. Saya tahu kalau terus mendiam diri banyak lagi benda yang akan terus berlaku lagi selepas ini.
“Saya harap apa yang saya suarakan boleh keberanian kepada wanita lain untuk melakukan tindakan ini jika berdepan masalah sama seperti memberi saya.
“Saya juga berharap kisah hidup saya ini akan memberi inspirasi kepada mereka di mana adalah betul untuk bersuara dan jangan takut,” katanya.
Shakila menegaskan, dia memilih untuk bersuara di media sosial walaupun sedar kesan yang lebih buruk yang menimpanya.
“Saya tahu akan teruk kena kecam. Apa yang saya lakukan demi anak kembar yang saya gugurkan kerana mereka perlu diberi peluang untuk hidup. Saya perlu melepaskan segala-galanya untuk kesakitan yang saya lalui,” katanya.
Shakila juga memberitahu sudah bersedia untuk menerima ancaman lebih buruk selepas pendedahannya ini.
“Saya tidak hilang apa-apa lagi, mereka sudah rampas semua yang saya ada. Jika dengan bersuara ini dapat memberi kesan untuk mengubah keadaan dan orang lain, saya berserah,” katanya.
Semalam, Shakila membuat pendedahan berani apabila mendakwa diperdaya dalam perkahwinannya biar pun sanggup berkorban nyawa menggugurkan kandungan anak luar nikah sebelum ini.
Dia menggugurkan janin anak kembar berusia sebulan pada awal tahun lalu walaupun pada awalnya enggan melakukan perbuatan terkutuk itu.
Shakila memberitahu, dia melakukan perbuatan tersebut selepas dipujuk oleh keluarga suami dengan alasan fatwa di dua buah negeri menghalalkannya.
Sebelum itu dia dan suami berkahwin pada 22 Mei tahun lalu sebagai janji menggugurkan janin itu.
Namun, kata wanita berusia 27 tahun itu, pada 24 November tahun lalu, suaminya telah memfailkan cerai di mahkamah syariah iaitu kira-kira enam bulan selepas mereka berkahwin.
Shakila berkata, selepas terasa diabaikan, dia cuba berhubung dengan bapa mentua di media sosial selain turut meluahkan perasaannya dan menceritakan segala cerita sebenar termasuk penguguran bayi yang pernah dilakukannya sebelum ini.
“Sebagai tindak balas kepada tindakan saya cuba mengadu nasib kepada bapa mertua sendiri, saya telah diugut oleh individu-individu tidak dikenali termasuk dibunuh,” katanya yang telah membuat beberapa laporan sejak awal tahun ini. Terkini,
Kes laporan polis seorang bekas ratu cantik yang mendakwa mendapat ugutan termasuk bunuh kini di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, ini kerana pengadu telah membuat laporan di Balai Polis Beranang.
“Akhirnya Keluarga Kami Boleh ‘Move On’. Itulah antara luahan isteri kepada Da’i Syed, Hana Ismail apabila mendapat berita suaminya bebas daripada sebarang pertuduhan di mahkamah.
Pendakwah selebriti, Dai’ Syed Iqmal dan pengacara, Hana Ismail telah berkahwin pada 3 Disember tahun lalu. Pemilik nama sebenar, Nurulhana Ismail berasa sangat bersyukur apabila suaminya dibebaskan.
Menerusi perkongsian satu hantaran menerusi Insta stories Hana meluahkan rasa gembira dan syukur terhadap apa yang berlaku ke atas suaminya.
“Akhirnya keluarga kami boleh move on (melupakan) perkara ini.
“Suami saya sangat berani berdepan dengan situasi ini namun melihatnya pernah seperti ini (di fasa terendah), bikin luluh hati ini.
“Moga dalam rahmat dan lindungan Allah selalu sayang,” luah Hana.
Seperti mana dilaporkan BERNAMA, Da’i Syed dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada tuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun, hampir empat tahun lalu.
Hakim, Rihaida Rafie, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Syed Shah Iqmal, 27, di akhir kes pendakwaan.
Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, kira-kira jam 1.35 malam, pada 11 September 2019.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Seramai 18 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan bermula April tahun lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Nazneen Zulkifli manakala tertuduh diwakili peguam Syed Amirul Syed Edros.
Pada 31 Mei tahun lepas, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya turut melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta.
Syed Amirul ketika dihubungi Bernama mengesahkan anak guamnya kini bebas daripada sebarang pertuduhan di mahkamah.
Berat badan anak Amyza Aznan makin susut, banyak bergerak buat kaki rasa sakit. Anak kedua kepada pelakon itu, Adrian Adam reda dengan ujian apabila disahkan menghidap kanser tulang.