Pasangan itu milik Allah, dia manusia biasa yang hatinya boleh berubah. Kadang-kadang sang isteri sudah melakukan yang terbaik dalam menjaga hati suami, tetapi suami tetap berubah hati.
Isteri sanggup lakukan itu dan ini demi menjaga hati suami, namun masih ramai saja suami yang curang di belakang isteri. Ternyata hati suami ini berbolak-balik, tidak kiralah sama ada isterinya cukup sempurna atau tidak. Segala yang berlaku atas kehendaknya.
Ada orang kata, isteri kena pandai layan suami, baru suami tak cari lain.
Malah ada orang kata, isteri kena kongkong suami, barulah suami tiada peluang cari yang lain dekat luar.
Ada juga orang kata, isteri jangan kongkong suami sangat. Nanti suami rimas dan cari yang lain.
Dan ada orang kata, isteri kena jadi terbaik, barulah suami tak cari lain.
Pasangan Itu Milik Allah, Hatinya Boleh Berubah
Saya pernah berdepan dengan satu kes dulu. Isteri menuntut cerai walaupun mereka ini dilihat sebagai pasangan romantis, sangat sepadan dan tidak ada potensi langsung untuk mereka mengkhianati sesama sendiri.
Dia dan suami mengusahakan sebuah syarikat jual kereta. Mereka agak kaya. Ada seorang anak perempuan yang masih kecil masa itu, baru berusia empat tahun, comel.
Suami isteri ini bekerja bersama. Selalu bersama. Semua hal kewangan daripada syarikat sampailah ke keluarga, dijaga oleh isteri. Mereka tak pernah terpisah, di rumah dan di tempat kerja sentiasa bersama.
Suami Manusia Biasa & Hatinya Boleh Berubah
Mustahil suami boleh cari lain kan?
Tapi mana tahu, satu hari kami tersilap hantar surat ke alamat suami. Sebab suami beli rumah. Dia memang ada pesan, semua surat jangan pos. Dia akan datang ambil. Tapi entah macam mana boleh terlupa, kami terpos sekeping surat.
Bukan surat penting pun, cuma cc copy je (salinan surat), walhal selama hari ni cc surat kami cuma email saja.
Datanglah si isteri ke pejabat kami, bertanyakan tentang surat tu. Katanya bila masa pula suaminya beli rumah? Maka, pecahlah rahsia.
Rupanya si suami belikan rumah itu untuk perempuan simpanannya. Bahkan, mereka sudah ada seorang anak lelaki berusia dua tahun. Isteri mana yang tak kecewa kan?
Namun dia pelik juga. Segala kewangan, dia pegang. Setiap masa suami bersamanya. Bila masa pula dia jumpa perempuan lain, siap ada anak bersama.
Dipendekkan cerita, rupanya setiap bulan mereka akan ambil duit gaji masing-masing. Walaupun itu syarikat mereka, mereka masih disiplin mengambil duit gaji sama seperti pekerja lain.
Sebab tak nak campur adukkan duit syarikat dengan duit perbelanjaan sendiri.
Dan mereka akan terpisah selama dua jam setiap hari, iaitu masa makan tengahari. Sebab salah seorang perlu berada di pejabat, tak boleh dua-dua keluar sekali.
Maka, dari situlah si suami memiliki perempuan simpanan. Walau hanya terpisah 2 jam sahaja sehari.
Segalanya Tentang Hati, Suami Manusia Biasa
Kepada pada isteri di luar sana, walau apapun yang kita sudah buat untuk suami kita, cara keras, cara lembut….
Segalanya tentang hati…
Walau bagaimana kongkong suami, kalau dia nak buat hal, dia buat juga.
Walau bagaimana kita berlembut dan biarkan dia, pun dia boleh buat hal juga.
Begitu juga dengan isteri. Walau dapat suami sebaik mana sekalipun, masih ada isteri yang berpaling tadah.
Pasangan kita itu milik Allah. Dia manusia biasa. Hatinya boleh berbolak-balik. Nasihat orang kita dengar dan fikir kebaikannya, bukan ikut melulu. Selebihnya, berdoalah kepada Allah, hanya Dia yang terbaik, kerana Dia yang memegang hati setiap hamba-Nya.
Farizal Radzali
MW: Paling penting sebagai isteri dan juga pasangan, serahkan dan berdoalah kepada Allah untuk memegang hati suami hanya untuk kita. Namun jika pasangan tetap curang, percayalah ianya adalah kehendak Allah dan pasti ada hikmah setiap satunya walaupun perit.
Sekarang ini nak merapatkan hubungan antara suami isteri, kawan malah saudara-mara dah jadi mudah dengan adanya kemudahan WhatsApp. Senang kiranya nak berhubung. Tapi jadi sakit hati bila cuma bluetick atau seen tanpa respons yang kita dapat, setelah puas menaip panjang-panjang.
Kerana, ada sesetengah orang itu, amat payah nak jawab mesej orang lain. Beruntung lah sangat kalau dia beri respons tanda suka atau emoji. Sebenarnya menjawab respons mesej pun boleh memberi bahagia kepada orang lain.
Hadamkan pesanan Hafsah Mardhiah ini. Satu ingatan yang kadangkala tanpa sengaja kita terbuat, sibuk barangkali hingga terlupa mahu membalas mesej. Sudahnya, di pihak yang menghantar ingatkan kita tak sudi melayannya. Sudah.. jadi satu kes jauh hati pula.
Kes 1:
Seorang isteri excited bercerita dia dipuji oleh bos. Hasil kerjanya membawa pulangan lumayan pada syarikat. Kawan-kawan semua ucap tahniah. Panjang lebar menaip wasap bercerita pada suami. Tapi suami hadiahkan bluetick. Mungkin sedang sibuk.
Kes 2:
Seorang ibu bertanya khabar anaknya di universiti. Panjang lebar mak bertanya lepaskan rindu, sepatah dijawab. Tapi mak tak jemu. Masih lagi teruja nak bagi nasihat untuk anak yang disayangi. Suruh belajar elok-elok. Jaga diri. Panjang lebar mak menaip penuh perasaan. Akhirnya si anak hanya hadiahkan bluetick. Bosan mungkin.
Kes 3:
Seorang leader excited menyiapkan bahan untuk bantu team. Berhari-hari makan minggu bersengkang mata nak siapkan. Dalam kesibukan yang teramat, selit juga masa sebab fikir nak bantu team grow. Excited share kat group wasap hasilnya. Tapi krik krik. Ramai seen tanpa sebarang respond. Ala bluetick juga.
Energy receive, energy return. Tu cycle nya.
Ya kita boleh bercakap soal ikhlas. Tapi kita manusia biasa. Jauh untuk sampai tingkat ikhlas. Kita juga boleh bercakap soal sangka baik. Tapi tetap hati tergores.
Lama-lama energy akan drain disedut tanpa dikembalikan. Lama-lama hati akan jadi tawar. Berulang kali rawat hati. Sabar, beri lagi. Sabar beri lagi.
Let’s appreciate each other. Raikan semua orang di sekitar kita. Especially orang yang rapat dengan kita.
Tak susah pun. Hanya ambil masa 2 saat untuk beri sedikit respond Thanks Baik Noted Best! Susah ke? Kalau sibuk sangat la tu. Bagitau apa yang anda sedang sibukkan supaya orang tak kecewa menunggu.
Kita pun sedih kan kalau selalu dapat bluetick. Apatah lagi dari kawan or orang yang kita sayang. Kan?
#IngatanUntukDiri #HargaiYangTersayang
MW :Kalau pun malas nak menaip, tekan je butang voice note pada WhatsApp tu. Boleh je cakap terus.