Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pakaian yang tidak dipakai dan hanya tergantung dalam almari akan dihisab. Ibarat tidak pernah cukup, setiap kali nampak baju yang cantik dan memikat hati, pasti hendak dibeli. Berpada-padalah ketika membeli. Jangan diikutkan selera mata.
Pakaian Yang Tidak Dipakai & Tergantung Dalam Almari Akan Dihisab
Setiap kali ingin memilih pakaian sama ada untuk ke pejabat mahu pun bersiar-siar, boleh dikatakan ramai yang akan termenung di depan almari sambil cakap, ‘tak ada bajulah nak pakai hari ni,” sedangkan banyak sahaja baju tersusun dalam almari, menunggu giliran untuk dipakai.
PAKAIAN YANG TIDAK DIPAKAI AKAN DIHISAB
Beberapa tahun dahulu, bila terdengar seorang ustaz pesan yang pakaian tidak dipakai akan dihisab, termenung depan almari.
Tahun-tahun berikutnya, berulang lagi kata-kata itu.
Allah yang sebenarnya nak ingatkan. Hingga Allah campakkan rasa takut… Tarik semua yang tidak dipakai. Beli baju ini untuk majlis ini, beli baju itu untuk upacara itu. Allah..
Maka kita ini sebenarnya nak bercantik-cantik? Untuk siapa? Untuk apa?
Ads
Banjir hari itu (bulan Disember tahun 2021), memang Allah bagi tersedar betul. Beli memang seronok, belanja memang nampak macam bahagia.
Waktu itu sebenarnya akan nampak betapa banyaknya barang kita. Padahal bukan pakai sangat. Nak mengemas, Subhanallah..
TAK MAMPU NAK PAKAI SEMUA
Maulana Helmi dalam kata-katanya, “kita ada banyak kereta, tapi kita tak mampu nak pakai semua sekali dalam satu masa. Kita ada banyak bilik dalam rumah, kita tak bahagi badan untuk tidur di semua bilik dalam satu masa.”
Berpada-padalah Membeli
Macam itu jugalah perumpamaan pakaian. Kita beli banyak baju, tak mampu kita sebagai manusia nak pakai semua sekali dalam satu masa.
“Nak pakai nanti… ” Nanti yang belum pasti. Hanya kematian saja yang pasti.
Ads
Selalu sahaja kita rasa pakaian tidak ada sedangkan banyak bersusun dalam almari. Bila ke pusat membeli-belah, masih juga membeli pakaian. Selepas ini kita sudah boleh kurangkan beli pakaian baru. Beli ikut keperluan dan semestinya untuk dipakai.
Sibuk nak selongkar cerita buruk rumah tangga orang lain. Kemudian sebarkan termasuk di media sosial. Mereka yang macam ni akan sentiasa diri mereka suci dan sempurna. Apa yang mereka buati tu tak salah.
Isteri lari dari rumah, tinggalkan suami yang jatuh miskin, memang sah tak cium bau syurga! Isteri minta cerai daripada suami yang berpoligami padahal suami berpangkat ustaz kesayangan umat, memang layak kena laknat malaikat! Isteri abaikan suami, tak jalankan tanggungjawab, duduk serumah tapi tak sehaluan, padan muka bila kena penyepak!
Sibuk Jaja Cerita Orang Di Media Sosial
Semua pakat prejudis pada isteri, ramai salahkan isteri seratus peratus.Tapi bagi mereka yang masih waras berfikir, mereka yang cuba berlaku adil akan melihat masalah ini dari dua sisi, suami juga perlu dipersoalkan atas jenayah yang dituduhkan kepada isteri!
Kita amat mudah mengagak apa yang sedang bergolak dalam rumah tangga orang lain, sangka buruk dijaja ke sana sini dalam sosial media lebih ganas lagi.
Bukan main menakutkan komen-komen manusia berlagak suci. Semua orang boleh menulis semahu-mahunya, tuduhan palsu, fitnah dan buli, menelanjangi aib orang lain seolah-olah tak ingat mati. Padahal diri sendiri bukannya sempurna, perangai kasar seolah-olah orang yang sakit mental menghentam tak kira kawan atau lawan.
Tak Takutkah Allah Turunkan Ujian Yang Sama?
Sibuk mengata orang, rumah tangga sendiri berantakan! Tak sedar dosa mengumpat dan mencela itu boleh terkena pada diri dan keluarga sendiri. Tidak takutkah bila Allah bagi ujian yang sama pada rumah tangga kita sebagaimana yang Allah uji pada rumah tangga orang yang kita benci?
Tak payahlah komen berlebih-lebih, duduk mengucap istighfar sambil menginsafi diri dan pasangan yang banyak kekurangan lagi elok daripada membuang masa terlibat dalam isu rumah tangga orang lain.
Melainkan jika memang kita adalah peguam yang mewakili pasangan itu atau pegawai kaunseling jabatan agama yang ditugaskan mencari kata damai. Kenapa sibuk hal orang jika kenalpun tidak jumpa pun tak pernah, bergaduh pula dalam facebook membela yang satu dan mengata yang lain. Tak ada kerja lain nak buat?
Jangan Sibuk Umpat Orang, Dahsyat Azab Allah!
Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada, bagaimana boleh terlibat sama dalam konflik rumah tangga orang lain jika keluarga sendiri berantakan? Sedap sangat mulut memaki dan menuduh suami atau isteri orang sampai tak ingat dosa dan neraka. Ancaman bagi pengumpat dan pemaki bukan calang-calang dahsyat bunyinya, Allah SWT berfirman dengan herdikan yang tajam:
“Celakalah bagi setiap pengumpat lagi pencela. Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah. Dan tahukah kamu apa Huthamah itu? (Iaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan. Yang (membakar) sampai ke hati. Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka. (Sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang.” (Surah Al Humazah ayat: 1 dan 4-9)
Lupa Dosa Mengumpat Dan Mengata
Kita rasa takut, pilu bila tengok orang yang mati terbakar, kasihan sungguh mayat yang dijumpai rentung tapi kita lupa ancaman Allah bagi orang yang kuat mengumpat dan mencela. Dibakar dalam neraka huthamah, yang kekuatan apinya itu membakar sampai ke hati.
Bukan kulit dan daging saja terbakar tapi sampai ke jantung hati yang berada jauh di dalam jasad. Ini menunjukkan dahsyatnya seksa kepada si pelaku jenayah lidah! Mengapa Allah sebut hati juga terbakar? Ulama tafsir menyatakan kerana sesungguhnya tempatnya dosa itu bermula dari hati. Hati si pengumpat dan pencela ini tak pernah tenang sebelum dia mengeluarkan racun-racun benci, iri, cemburu dan dendam kepada orang lain.
Petanda Hati Rosak
Bila rosak hati ke manapun pergi orang lain tak akan selamat daripada libasan mulutnya, tajam bila mengata dan pedih bila menghasut. Bermula daripada hati yang menjadi tunggangan syaitan, segala kata yang diluncurkan itu deras menikam orang. Peliknya perangai ini juga didapati dalam diri orang-orang yang solat, bahkan alim berilmu.
Begitulah manusia tiada yang sempurna, tak payahlah mencari sebab kenapa orang baik-baik ada kalanya tak sabar menggunakan lidahnya. Oleh itu Rasulullah s.a.w mengajar kita sebuah doa yang cukup bermakna, yang berbunyi:
“Ya Allah aku berlindung kepadamu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, hawa nafsu yang tidak pernah puas dan dari doa yang tidak dimakbulkan.” (Hadis riwayat Imam Muslim)
Sebab Mulut Badan Binasa
Mengapa kita tak amalkan surah al-Humazah yang kita sudahpun dihafal daripada sekolah rendah? Kita tak takut ancaman Allah dalam ayat-ayat Al-Quran walaupun setiap hari kita baca. Kita mengata, mengejek, menulis komen jelek tanpa rasa menyesal kerana hawa nafsu telah melangkaui keberkatan ilmu. Bila ilmu tidak bermanfaat, hati kotor, hawa nafsu menjadi raja, hilanglah penjagaan Allah ketas diri dan keluarga kita. Kerana mulut badan binasa, sakit jiwa, punah keluarga!
Jenayah lidah akan memakan korban, bukan hanya rumah tangga orang yang dilibasnya boleh jadi terkena pada keluarga sendiri. Eloklah suami garikan lidah isteri dan isteri penjarakan lidah suami dari mengata, menghasut, mengumpat dan mengeji, sebelum datang bala yang menghancurkan bahtera sendiri.
Artikel ini dikongsikan oleh Dato’ Dr. Haji Juanda Haji Jaya, Perunding Undang-Undang Keluarga, juga kolumnis Mingguan Wanita.
Bila nak bangun sahut, liat betul. Tapi bila dah bangun susah pula nak tidur balik. Tak kurang juga yang boleh sambung tidur selepas sahur. Itulah kebiasaannya, tidur sekejap pun jadilah sebab lepas itu nak bersiap untuk ke tempat kerja pula.
Ini belum lagi, mak-mak nak siapkan kerja rumah dengan mengemas, basuh pakaian dan sebagainya. Inilah rutin yang dilakukan selepas sahur.
Sebenarnya dalam tempoh sejam selepas sahur, kita boleh buat macam-macam perkara, selain solat berjemaah dengan keluarga, ada cara untuk kita mendapat keberkatan di bulan Ramadan.
Jangan fikir tidur selepas sahur sampai diri pun ‘terbabas’ ke tempat kerja. Maklum saja, lepas makan dan perut pun dah kenyang.
Perkongsian daripada Abu Hurairah Asifa ini boleh dijadikan panduan buat kita semua. Ingat, sejam selepas sahur, lakukan perkara ini untuk mendapat keberkatan.
Satu jam selepas sahur, adalah penentu bagaimana puasa kita nanti bagaimana.
Ini adalah cara kita melihat bagaimana puasa kita sepanjang Ramadan ini.
Maka, selepas satu jam kita bersahur, apa yang kita perlu lakukan?
Apa perlu kita buat?
Sama-sama kita lakukan dengan berkat Ramadan
1. ELAKKAN TIDUR Ini biasa kita buat. Sudahlah perut kenyang, habis subuh kita terus tidur. Bahaya! Doktor juga nasihatkan jangan tidur lepas subuh dan lepas sahur kerana ia akan menjejaskan kesihatan kita. Bangun selepas itu bukan menyegarkan. Tapi, melemahkan dan menyakitkan. Tunggu sehingga paling kurang 7.30 pagi, kemudian jika terlalu penat maka rehatlah.
2. BANYAKKAN IBADAH Dalam bulan Ramadan, semuanya menjadi pahala dan berlipat ganda buat kita. Sekecil kebaikan pun menjadi sebab Allah memandang kita. Jadikan ibadah sebagai amalan yang selalu dibuat selepas satu jam bersahur. Baca Al Quran, zikir dan selawat. Banyakkan istighfar. Begitulah hidupnya hati dalam Ramadan ini.
3. BUAT SEDIKIT KERJA RUMAH Kemas rumah, basuh baju, menyapu, mop dan sebagainya untuk bagi kesegaran pada badan. Rumah yang bersih selalu menjadi kunjungan malaikat. Didoakan seluruh isi rumah yang bersih. Maka, kerja rumah yang dilakukan pun boleh jadi ibadah. Apalagi, kita niat mengambil keberkatan Ramadan, banyak lagi yang kita boleh lakukan selepas sahur.
Asalkan, tidak lepak dan terlepek sahaja tanpa berbuat apa-apa.
Sebab, segala yang kita lakukan ini, jika niat kerana Tuhan dan dilakukan dengan betul, maka ia menjadi tenaga yang akan menjadikan puasa kita bertenaga.
Tidaklah lemah sahaja dan sekadar menahan lapar serta dahaga.
Selamat bersahur dan berpuasa ya.
“Tuhan, terimalah amalan kami sepanjang Ramadan ini. Amin ya Allah”
#sweeterapi
MW: Kita kita semua peroleh kebaikan di dunia dan akhirat.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Jadi seorang mak-mak dan isteri bukannya mudah. Tanggungjawabnya cukup besar demi memastikan anak-anak dijaga sempurna dan suami dilayan sebaiknya. Adakalanya ketika ujian dan masalah datang melanda, rasa tak mampu untuk melakukan semua perkara. Ia membuatkan hati rasa sedih, jiwa merintih dan penuh keluh kesah. Apatah lagi jika diri dihimpit dengan masalah kesempitan hidup, dugaan dengan sikap suami mahupun anak-anak.
Surah Ghafir Ayat 44
Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah berdoalah bersunguh-sungguh. Minta kepada Allah dengan sepenuh hati agar segala kesusahan, kerisauan, kesedihan dan segala masalah dapat diselesaikan.Pujuk hati agar tenang atasi segala kekacauan jiwa tersebut dengan amalan baca Surah Ghafir ayat ke 44 ini.
Menurut Ustazah Asma Harun, apabila diuji sesuatu yang tidak dapat ditanggung menyebabkan hati tidak tenang bacalah ayat ini berulang kali sehingga hati benar-benar lapang. Sehingga sampai tahap walaupun dalam keadaan hati sedih dan terluka namun tetap boleh senyum dan bahagia, kerana menyerahkan bulat-bulat segala urusan kita kepada Allah.
Potongan doa daripada ayat Quran ini dikongsikan oleh pendakwah bebas Ustazah Asma’Harun dalam Muhayya Telekung Talk yang dianjurkan Prof Dr Muhaya didalam Instagram beliau.Mak-mak boleh amalkan baca doa ini setiap kali selepas mengerjakan solat, mahupun dibaca setiap kali ketika sujud di dalam solat.
Bila hati rasa sedih, tak tenang.. Pesan Ustazah Asma Harun, amalkan baca Surah Al Ghafir ayat 44 dalam sujud ketika solat. pic.twitter.com/GUAEA0nZbS
Rita Rudaini dedah sekolah sorok kes buli 'bawah karpet'-"Pelajar senior pukul, ikat pelajar di pokok sampai tak boleh berjalan." Pelakon terkenal tanah air, Rita Rudaini mendedahkan pengalaman pahit apabila salah sebuah sekolah yang pernah menjadi tempat anaknya menuntut dikatakan terbabit dengan kes buli yang serius, namun cuba ditutup oleh pihak pengurusan sekolah.