Agak-agak berapa kerap mak-mak cuci mesin basuh? Maksudnya, cuci mesin basuh itu sendiri dan bukannya guna mesin basuh untuk cuci pakaian. Atau mingkin juga tak pernah cui mesin basuh itu. Sebab itulah, jangan pelik dan hairan kalau pakaian yang kita bersihkan itu ada tompokan sabun atau kotoran halus yang masih melekat pada pakaian.
Bagi mak-mak yang kerap guna mesin basuh ini, ambillah masa sekejap bila dah siap semuanya dan cucilah mesin basuh itu. Lagi satu, nanti boleh tengok tahap kebersihan pada pakaian mahu pun dalam mesin basuh itu sendiri.
Kalau mak-mak tak tahu macm mana nak bersihkan. Perkongsian daripada SuperDaddy, Khairul Abdullah, boleh membantu dan memberi panduan untuk semua.
Saki Baki Sabun
“Saya cuci mesin basuh ini setiap 2-3 minggu sekali. Itu pun tiap kali cuci air, ia akan berwarna sedikit dan tetap berbuih walaupun tiada baju dan tak masukkan sabun pencuci. Sebabnya tiap kali basuh baju, akan ada saki baki sabun dan kotoran yang tertinggal kat dalam mesin tu.
“Lagi kerap basuh lagi banyak sisa sabun dan sisa kotoran tertinggal dalam tu. Jadi kalau rajin setiap minggu boleh cuci, aku jenis malas maka 2-3 minggu sekali.
Ads
“Boleh jer beli segala jenis pencuci khas kat Shopee tu atau aku suka guna baking soda dengan cuka jer. Beli jenama Meriah dalam RM3 lebih. Kemudian, campur cuka. Boleh guna banyak kali. Kalau ada clorox pun lagi bagus jugak.
Cara mudah sangat sesuai untuk mesin basuh top loading atau front loading.
1. Masukkan setengah cawan baking soda ke dalam tub/drum dan masukkan 1 cawan cuka ke dalam bahagian sabun pencuci tu. Set “clean tub” kalau ada atau set pada basuhan yang paling lama sekali. Kalau mesin yang ada setting air panas maka set air paling panas dan biarlah dia berpusing-pusing tanpa kain baju dalam tu. Sesekali datang check tengok warna air, seram ke tidak. Dah siap basuh buka penutup dan biarkan.
2. Kalau ada bleach klorox tu boleh buat satu round lagi. Masukkan setengah cawan bleach dalam tempat sabun tu dan basuh dengan air panas atau set basuhan yang paling singkat dan biarkan. Cukup 2 round ni maka mesin basuh tu kira cun dah.
3. Tempat letak sabun, softener tu pun jangan biar berkerak. Tray tu biasanya boleh cabut dan keluarkan. So cuci bersih-bersih dan bilas dengan clorox. Bahagian mana yang nampak dan boleh cuci maka cucilah.
Kena rajin sikitlah kalau nak pakaian kita sentiasa bersih.
Lepas tu basuh baju lepas ni mesti wangi. Sebelum ni letak sabun paling wangi dengan softener paling best pun tak berapa nak wangi kan?
Jom, kita pakat cuci mesin basuh selalu, agar pakaian kita sekeluarga dijamin bersih suci dan bermutu.
Ads
Air tu tetap berbuih macam letak sabun, padahal tak pun. Ada nampak warna gelap sedikit air tu. Itu cuci setiap 2-3 minggu, kalaulah tak pernah cuci langsung, mau hitam kot.
Buka tray sabun tu dan cucilah bersih-bersih. Guna berus basuh botol susu anak.
Guna wet wipes, masukkan tangan dalam tu dan gosok sekeliling bahagian dalam tu. Kalau ada kesan yang tak keluar boleh guna bleach. Pakai glove, celupkan span dalam bleach dan gosok.
MW: Mana-mana mak yang tak pernah cuci mesin basuh tu, boleh cuba cuci. Nanti tengoklah hasilnya kan…
Heliza Helmi, penyanyi kecil molek yang terkenal dengan kepetahan dirinya dalam memberi motivasi dan ceramah. Ya, kali ini saya cukup teruja untuk berkongsi cerita tentang semangatnya dalam membuat amal dalam bisnesnya.
Bisnes Heliza Helmi Niatnya Membantu
Semalam sewaktu bertemu dengan penyanyi yang lahir dari program realiti TV Akademi Fantasia itu di majlis pelancaran koleksi eksklusif pertama tudung Stella Collection di bawah jenamanya sendiri, HelizaGuzelHive, Heliza menyatakan koleksi tudung yang menepati piawaian syariah ini dihasilkan menerusi kolaborasi bersama Guzelhive International semenjak lebih setahun yang lalu.
Tidak sekadar bermotifkan keuntungan perniagaan, sebahagian daripada hasil jualan setiap koleksi ini akan disalurkan ke Tabung Myheart. Kerjasama antara Yayasan My Prihatin dan Institut Jantung Negara Foundation (IJN) ini ialah bagi membantu kanak-kanak pesakit jantung kronik daripada keluarga kurang berkemampuan.
Heliza juga mengharapkan orang ramai terbuka dengan konsep membeli sambil menyumbang ini. Malah secara jujur dia mengharapkan agar usaha dapat dilakukan secara berterusan dan dalam skala yang lebih besar lagi agar bukan hanya untuk pesakit jantung sahaja tetapi kalau boleh untuk pesakit dari kategori lain juga. Malah dia juga berusaha untuk membantu meringankan beban orang lain.
Selain itu Heliza yang terkenal dengan kerja-kerja amal dan misi kemanusiaan ini juga membuatkan saya cukup respek dengan dirinya. Malah perkongsian jihad dirinya menyertai misi kemanusiaan. Pengalaman berharga tatkala dapat membantu pelarian Rohingya di beberapa kem pelarian dan kampung di Cox’s Bazaar, Bangladesh membuatkan dirinya bersyukur atas ruang dan peluang membantu mereka yang kurang berdaya. Malah Heliza juga menyatakan pelarian ini berdepan pelbagai isu kesihatan, kekurangan bekalan makanan dan kehilangan tempat perlindungan serta kemudahan awam.
Heliza juga pernah menyertai beberapa misi kemanusiaan di Syria dan Palestine, misi pembinaan masjid di Sepanyol dan misi bantuan banjir di Pulau Pinang baru-baru ini.
“Kunjungan ke Syria cukup menginsafkan hidup mereka berdepan dengan risiko tembakan dan bedilan bom bertalu-talu tanpa henti. Itulah senario yang tidak dapat digambarkan yang menjadi kehidupan biasa masyarakat di sana. Namun, mereka sungguh tabah, menganggap semua itu sebagai ujian Allah yang perlu dihadapi dengan sabar.
“Saya turut berkongsi pengalaman getir semasa keluar secara tergesa-gesa dari sebuah kawasan yang dikhabarkan akan di bom dalam tempoh yang agak singkat semasa kunjungan ke Syria.
“Kawasan tersebut dinamakan Kafa Zeta dan ketika melawat untuk memberi bantuan penduduk di sana, secara tiba-tiba dikhabarkan kawasan itu bakal dimusnahkan dengan bedilan bom.
Keadaan ketika itu sungguh cemas kerana kami perlu keluar dari kawasan tersebut dengan pantas untuk menyelamatkan diri. Ibaratnya bila berada di sana nyawa dihujung tanduk. Tapi itu semua bukan penghalang untuk saya meneruskan aktiviti sosial ini. Malah setiap kali ke sana saya tidak kisah jika mati syahid, ” ujar Heliza yang akan menulis surat wasiat kepada keluarganya sebelum berangkat menjalankan misi kemanusian ke negara bergolak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pernah tak, tiba-tiba peti ais tidak sejuk. Mungkin gas habis kot. Terpaksalah panggil tukang baiki untuk masukkan gas. Tapi ada juga peti ais rosak atau tidak sejuk bukan disebabkan gas, maklumlah baru sahaja beli, tak sampai setahun pun.
Pening bila peti ais rosak sebab itulah tempat untuk mak-mak letak barang yang boleh bertahan lama. Kadang-kadang, tak berbaloi bila baiki kosnya agak mahal seperti harga beli baru. Rasanya baik beli baru daripada bayar upah baiki kan.
Sekarang, tak perlu risau, kalau ada peti rosak atau tak sejuk, cuba ikhtiar dulu. Modal nak beli barang pun hanya RM15 sahaja. Jimat berganda-ganda kalau panggil tukang baiki.
Boleh tengok perkongsian daripada Shahril M Sharip dan cara membaiki kalau peti ais kat rumah tidak sejuk.
Katanya,
“Tiba-tiba peti ais kat rumah jadi tidak beku dan perlu dibaiki. Alhamdulillah dengan modal RM15 sahaja, saya baiki sendiri. Itu pun pertama kali buat, banyak belajar an tengok dalam laman sosial.
Gambar cara membaiki pun ditunjukkan satu persatu.
MW: Moga memberi manfaat dan panduan untuk ayah-ayah baiki sendiri jika tiba-tiba peti ais tidak sejuk.
Rupanya untuk mengeluarkan jus lemon yang banyak dan isinya yang lembut berair, penting lumurkan dengan garam terlebih dahulu. Terutamanya jika nak buat pati lemon sendiri di rumah.
Buah lemon memang mempunyai banyak khasiat yang tersendiri. Perahan buah lemon yang kaya dengan vitamin C boleh dinikmati dengan campuran air suam, dicampur dalam teh atau boleh juga dicampur dengan sedikit madu untuk dijadikan ubat batuk semulajadi serta untuk menyejukkan badan.
Lebih mudah dan jimat jika kita buat sendiri stok pati lemon ini. Buat dalam kuantiti yang banyak, bila nak minum dah sedia ada.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Azrina Mohdini sabagai panduan;
Zaman berjimat sekarang ni, kena cari kerajinan untuk masak or prepare menu kegemaran keluarga. Biasanya saya beli pati lemon dari Korea yang sebotol RM30 lebih untuk dibuat air minum. Elok untuk sejukkan badan katanya.
Tapi selepas tengok a chinese uncle buat sendiri pati lemon, terus try buat sendiri. Walaupun rasa tak sama 100 peratus dengan brand korea tu tapi yang penting fungsi tetap sama – untuk sejukkan badan. Modal untuk 2 pek honeycomb sugar rock dan 7 biji lemon cuma RM12.Cara buat pun mudah.
1. Gaul lemon dengan garam kasar dan biarkan dalam 10 minit.
2. Kemudian basuh dan pastikan lemon betul-betul kering sebelum dihiris. Buang sekali biji lemon.
3. Masukkan lemon dan gula dalam kuali yang kering. Biarkan gula cair dan biarkan atas api selama 10 minit (api slow) untuk reduce pati bagi pekat sedikit.
4. Selepas 10 minit, tutup api dan biarkan sejuk sebelum masukkan dalam bekas yang kering.
Gula Sarang Lebah boleh beli di Shoppe atau Kedai Eco
Cara Minum:
Boleh bancuh dengan air sejuk atau letak ais. Ikut citarasa masing-masing. Kalau nak manis, boleh tambah gula sebab pati ni manis-manis buah je.
Info Ekstra!
Tujuan lumur lemon dengan garam untuk bantu keluarkan jus lemon. Bila hiris nanti, boleh tengok isi dalam jadi lembut dan berair je.Bila masak nanti, jadi banyak jus lemon.
Tak perlu tambah air, bekas masak dan bekas simpan pun kena betul-betul kering.
Masak pati ni kena beringat. Jangan bagi kena air supaya pati tahan lama. Boleh simpan dalam peti ais untuk tahan lama.
Mingguan Wanita: Jadi jika nak buat pati lemon sendiri di rumah, pastikan lumur dulu buahnya dengan garam sekejap. Barulah buah lemon nant jadi lembut, lebih banyak jus dan berair selepas dihiris.
Linda Jasmine lalui kehidupan dengan baik sebagai ibu tunggal. Selepas berpisah dengan bekas suaminya, Que Haidar kini kehidupan Linda Jasmine Hashim baik-baik saja.Akui Linda...